Selasa, 20 Februari 2018

Tips untuk jimatkan masa melipat baju

assalamualaikum semua,  hari ni aku tetiba je terfikir nak tulis pasal tips untuk jimatkan masa melipat baju.. walaupun aku sekarang ni dah jarang sangat lipat kain baju tapi aku tetap jugak rasa nak kongsikan dengan korang tips untuk jimatkan masa melipat baju..  mana tau korang boleh cuba pulak tips ni nanti-nanti kan.. 

tips
Tips untuk jimatkan masa melipat baju


Tips untuk jimatkan masa melipat baju:


1. Pastikan korang dah sesiap asingkan baju waktu korang sidai dan angkat. Biasa kami buat kalau baju biar dia sama dengan kelompok baju je,  kalau seluar biar dia dengan geng seluar je, kalau spentot pun biar sesama geng dia je.. jangan campur adukkan kalau tak nanti susah nak pilih-pilih kain mana dulu masa nak lipat. Nampak tak betapa tips nombor satu ni sangat penting? 

2. Boleh je korang sidaikan sekali baju korang tu sesiap dengan hanger atau penggantung baju.. jadi boleh jimat masa kan nak melipat.. cuma gantungkan saja..  hehehe.. 

3. Bahagikan baju yang dah diangkat mengikut jenis,  paling bagus kalau ada ramai rakyat dalam rumah tu korang bahagikan ikut seberapa rakyat yang ada.. Baju si anu asingkan,  baju yang si anu lagi satu tu asingkan jugak.

4. Tetapkan masa yang sesuai untuk lipat baju. Mesti ada yang kata eh lipat baju je kot,  pun nak masa sesuai ke? Eh mestilah!  Pasal apa tau?  nanti korang mesti kata nak lipat baju sambil tengok drama Syurga Yang Kedua la.. pastu bila terfokus marah dengan Daniel tu boleh pulak korang terkirai-kirai kain yang elok korang dah lipat tu pasal marah noo.. tu belum kira lagi korang terpegun dengar dialog Dato' Shery marah-marah orang lagi kan.. langsung tak jadi lipat baju.. eh belum lagi tengok si Sabrina yang lurus bendul tu..  terbengkalai la kerja jadinya.. jadi betul tak aku kata waktu yang sesuai tu penting? 

5. Korang boleh sediakan semua peralatan yang ada yang dapat menjimatkan masa melipat baju,  macam alat lipat baju yang orang duduk jual sana sini dan pernah viral pun dulu.. eh aku pernah siap buat DIY tau alat lipat baju tu.. tapi aku guna dua tiga kali je kot lepas tu alat tu melipatkan diri dia sendiri entah di mana.. 

6. Panggil semua ahli keluarga atau rakyat yang ada dalam rumah untuk sertai pesta lipat kain baju..  pastikan ianya menyerupai pesta betul dan menarik minat semua orang.. dan baju yang korang dah asingkan mengikut tuanpunya tadi dah boleh agihkan bahagian masing-masing untuk kerja seterusnya..  haruslah semua orang kena lipat baju masing-masing ok! 

7. Aku dah bagi 6 tips untuk jimatkan masa melipat baju kat atas tu tapi kalau korang malas jugak jadinya korang boleh perukkan saje baju korang dalam bakul dan memang lagi menjimatkan masa melipat baju pasal takyah lipat lagi dah.. 

8. Nak jimat masa lagi? korang takyah la lipat baju jiran tetangga semua.. lipat baju korang sekeluarga je ok.. terjamin jimat masa..

9. Eh..  masih nak baca lagi ke?  ok ni tips paling last aku bagi.. kalau nak jimat masa untuk lipat baju.. senang je.. korang takyah basuh baju.. kalau takde baju yang dibasuh bermakna takde baju untuk dilipat.. hah mudah kan?  jimat masa betul tu! 

Selamat mencuba! 

Ceritaita


Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hahahahahaaaaaaa.. Hadoi la tips nya tu tak menahan.. hahahahaha..

Nieyla Nadia berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahaha...
biasa libat baju time tgk tv..kekeke

CikLa Shahril berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Panggil rakyat jelata lipat secara berjemaah tu cikla setuju. Bagai pesta pulak. Hehe

Noriza Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tips yang tak payah basuh baju tu tentu ramai taknak buat sebab baju kalau dah berpeluh mesti kena basuh juga kan, so nak tak nak kena lipat juga lah..hehe

SITI SALIZA MOHD SACHARI berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alahai, tips yang dikongsi bersahaja tapi kelakar.hahhaha

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau lipat baju memang tak boleh tengok tv atau hadap hp.memang lambatlah habis melimpat