Jumaat, 23 Februari 2018

Ujian RBPT untuk ternakan, penting ke?

assalamualaikum semua,  lama dah tak cerita pasal kerja kan? sebenarnya bila cerita pasal kerja aku jadi tak tau nak ceritakan pasal apa.. apa ye yang patut tulis? sebab kebanyakkan hal kerja ni adalah sulit.. bukan sulit apa la pun kan.. tapi bila kerja melibatkan hak orang lain ni pada aku macam ada kekangan pulak bila nak menulis..

Ujian RBPT untuk ternakan,  penting ke? 


kalau ikutkan tahun ni aku ada bermacam kisah nak tuliskan pasal kerja.. sebabnya aku dah terlibat dengan aktiviti pembedahan di klinik veterinar jugak.. yang tu secara sambilan la ya bukan kerja hakiki pun.. ada la jadual yang ditetapkan setiap minggu.. dan biasanya waktu aku bertugas tu tak banyak pun kes sebab aku sendiri yang mintak macam tu.. maklumlah dengan pengalaman aku sebagai vet di klinik aku rasa aku tak mampu nak handle..

tambahan pulak kerja hakiki aku sebagai vet di makmal.. banyak masa agak terbatas la.. walaupun hakikatnya orang akan cakap vet kat makmal ni macam takde kerja je rupanya tapi aku tak nafikan ramai yang tak tau tu.. maklumlah kami ni duduk dalam bangunan yang kadang orang nak masuk pun seram dengan rupanya.. tapi percayalah hati kami taklah seseram bangunan tu haa.. haha..

tapi kebanyakan masa vet atau staf kat makmal ni adalah bekerja sendiri dalam ruangan sendiri,  tapi bukan bermakna kami tak bersosial sesama sendiri.. kami ok je cuma adalah masa-masanya.. tapi bukanlah setiap masa kami akan jumpa satu sama lain.. sampaikan kadang-kadang walau pejabat kami kecik je,  jangan pelik la kalau ada keluar soalan-soalan macam ni.. "eh ada nampak Doktor Rozita tak hari ni? "

macam minggu ni aku bertugas sebagai pegawai bertugas mingguan.. secara rutinnya kami kat sini akan bergilir-gilir untuk ambik tanggungjawab sebagai pegawai bertugas mingguan.. dan sebagai pegawai bertugas,  orang tu akan bertanggungjawab atas semua kes yang didaftarkan masuk pada minggu dia bertugas tu.. termasuklah kes diagnostik melibatkan post mortem atau tidak dan jugak kes-kes survelan biasa..

aku sangat sukakan kerja yang aku buat ni sebab setiap hari akan berpeluang tengok cabaran kerja yang berbeza.. tak hanya benda yang sama je.. mungkin la akan ada satu dua hari tu hadap benda yang sama tapi tetap dalam bentuk yang berbeza masalahnya.. itu kot kelebihan bekerja dengan benda bernyawa ni.. walaupun selalunya sampai je kat makmal kami ni dah takde nyawa dah.. hehehe..

walaupun aku vet tapi aku tak buat rawatan dalam kerja hakiki aku ni.. jadi banyak la rawatan pada haiwan yang aku tak berapa mahir sangat.. banyak kes pun aku masih kena rujuk dengan kawan-kawan yang kebanyakkannya ada klinik haiwan sendiri.. aku cuma tau kalau ada persoalan yang melibatkan penyakit dan apa sampel yang perlu diambil untuk mengesahkan penyakit tu je.. haa yang tu memang bidang kerja aku sehari-hari..  macam semalam, sepetang aku dapat berpeluang bersama pegawai daerah untuk menjalankan ujian RBPT..


Apa dia RBPT ni?


RBPT adalah singkatan pada nama ujian Rose Bengal Plate Test.. kalau dalam bidang veterinar ni, kami gunakan ujian ni untuk pengesanan penyakit yang disebabkan oleh Burcella spesies.. ujian ni lebih kepada saringan pertama sebelum sampel disahkan dengan ujian lain untuk betul-betul pastikan ianya dikesan positif untuk penyakit yang disebabkan oleh Brucella spesies.. kalau kat Malaysia ni ternakan yang biasa diperiksa ialah lembu, kerbau, kambing, bebiri dan babi.. mesti ada yang tanya kenapa penting nak tau? kerana.. Brucella bukan sahaja boleh menjangkiti dan mendatangkan mudarat pada haiwan tapi ia juga boleh menjangkit manusia sebab ianya tergolong dalam penyakit zoonotik iaitu penyakit bawaan haiwan kepada manusia..

sebut pasal penyakit bawaan haiwan ni.. nanti kalau aku free aku akan kongsikan apa lagi penyakit bawaan haiwan atau zoonotik yang patut semua orang ambik tau dan sekurang-kurangnya tau cara nak cegah dari dijangkiti ok..

positif

negatif



dan minggu ni aku sempat menjadi pemerhati untuk ujian RBPT ni.. ianya boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang atau sebaliknya bagi orang yang lain.. tengok la atas minat masing-masing.. tapi aku cuma nak bagitau kalau berminat dalam bidang veterinar.. ini adalah salah satu kemahiran yang perlu tau.. yang buat ujian ni pun selalunya orang yang berada di lapangan.. itu je la nak kongsikan.. nanti aku kongsi kisah lain pulak ya.. sampai jumpa lagi..

Ceritaita

Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Eintan Nurfuzie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ada dgr.. nnti daerah kena buat.. x menang tgn nnti.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau Kak Sue rasanya tak mampu kut nak buat macam Ita tu.. penakut nak belah-belah benda bernyawa nie, kalau tak ada nyawa lagi lah.. ehehe..

Juls Julie80 berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kite salah sorang yang pernah terkena Brucella nih / virus Brucellosis thn 2012 warded KPJ Kajang selama 10 hari. Doc ckp kes ke-2 kat KPJ Kajang tu... dekat 2 bulan jugak MC..injek streptomycin hari2. tak sangka asal2 minum susu kambing, akhirnya jadik camtu.. tp entry pasal tu x pernah buat lagi..sebab rasa cam kes terpencil kot kat tempat kita nih...tanye doc pun, dia ckp biasanya negara pengeluar tenusu yg byk kene.. tp xpe la..insyaallah satu hari nnt akan buat entry pasal tu utk kenangan kendian hari.. :)

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik lah ana baca kak. Pape pun kena ada minat apa yg kita buat kan kak. Kalau tak ke laut lah jadinya.

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya dulu pun minat juga bab2 nih
apakan daya result exam tak bagus
hahaha

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ilmu baru ni. Tq ita for sharing

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ilmu baru saya belajar..walaupun agak oenakut sikut bab bab ni tapi suka tengok orang lain buat