Isnin, 22 Oktober 2018

Aku pun ada keyboard comel la!

Assalamualaikum semua,  aku nak cerita pasal keyboard comel yang semua orang tengah sibuk ni.. keyboard dan mouse untuk telefon android.. dan aku pun nak bagitau yang aku pun ada keyboard comel tu la ! eh nak eksen jugak.. hahaha.. 

Aku pun ada keyboard comel la!


aku beli dah 2 minggu jugaklah.. dah guna dan tau ok baru la boleh cerita dengan korang.. masa tu aku cuma tengok je kawan-kawan blogger beli tak terfikir la nak beli pun.. tapi lelama eh.. macam senang gak kan kalau ada satu macam tu.. senang bawak ke hulu hilir dan tak perlu nak usung laptop lagi.. oh.. tipikal orang perempuan kan.. haha.. pantang tengok orang ada benda comel-comel dan best ni.. 

sekali aku tengok kat Shopee aritu harga dia murah jugaklah.. bila kira-kira termasuk pos cuma dalam RM32++ je tau.. haruslah terpedaya.. tapi yang aku order ni kena tunggu dia pos dari China la.. pada aku tak lama sebab cuma ambik masa dalam 7 hari dari tarikh aku order..  cepat kan? 

yang hitam terus  boleh laras ikut hp korang ya


alhamdulillah kira mudahlah jugak nak guna.. macam hp aku ni Vivo V5 kan.. entah bila nak tukar.. cuma perlu cucuk kat port micro usb yang selalu kita guna untuk cas handphone tu kan.. dan on kan setting dekat OTG je.. lepas tu... tarraaa terus boleh guna tau.. cuma dia ada la sikit kelemahan.. terutama bila kau nak tulis blog direct kat Chrome tu.. sebab bila kau pusingkan hp tu melintang dia punya keyboard asal tu memenuhi ruang bawah tu sampai tak nampak kat mana nak tulis..  kena la klik button back baru hilang.. 

mouse pun nyala tau.. kelasss


apa pun aku puashati la beli.. senang pulak tu nak ganti guna..  kalau korang nak beli boleh gi kat Shopee .. aku rasa lebih murah dan cari seller ni jugak ya..  cepat!  https://shopee.com.my/homemall.my/1298891386?version=4d470a0293f8ccde7959703f19322dbd .. ada pelbagai pilihan untuk korang pilih.. ada banyak design.. good luck untuk kebolehan menahan nafsu untuk tengok yang lain.. eh.. haha

Ceritaita
Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak gak satu mcm ni... ok dah masuk wish list he he he

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kena sambar satu ke?

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pinky! cute.

Cuya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eksyen nya dia..kekekeke

very nice labenda ni...tapi takde niat nak beli...sebab dah ada laptop..hehehe

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh..kita pun ada gak k.ita..hehe

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kebetulan, ari tu aida baca kat blog jugak.
terus skrol kat shopee & lazada. comel.
murah jugak. just, ntah ye ntah tak nak beli, ita.
teringin ada.
mudah ekk nak blogging.
tak payah nak bwk laptop yg gabak nih...

Cantik Sihat Semulajadi by Umi Nazrah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alahai comey nya. Tapi apakan daya, kalau beli guna ni, confirm anak2 yg akan 'pergunakan' sepenuhnya. Hahahha

Shafyqah Azahar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

duk pasang niat nak beli tapi taknak beli sbb tak guna haha