Sabtu, 20 Oktober 2018

Latihan terbaik yang pernah aku ikut!

assalamualaikum semua,  aku ni baru je balik dari bengkel latihan ni.. Leadership Training kat Melaka Bandar Bersejarah.. alhamdulillah banyak betul belajar sepanjang berada kat training ni.. memang sangat bertuah rasanya terpilih dalam kursus ni.. 

Latihan terbaik yang pernah aku ikut! 


bukan macam latihan yang biasa-biasa yang kita cuma duduk dan dengar dari persembahan power point macam biasa.. tapi ianya lebih kepada kelas yang sangat aktif.. kami diberikan bermacam tugasan yang memerlukan bukan hanya kemahiran berfikir tetapi jugak memerlukan kerjasama dari semua ahli pasukan.. bukan tu je.. kami jugak diminta menulis sendiri point penting yang kami perolehi dari latihan yang dijalankan mengikut sesi dengan bantuan fasilitator.. Tuan Hj. Tajudin sangat bagus dan mahir dengan kerjanya.. dia sememangnya dilahirkan menjadi jurulatih yang sangat bagus!  aku percaya takde seorang pun peserta yang rasa menyesal walau terpaksa bekerja pada hari Sabtu selepas habis kursus ni.. 

antara permainan minda yang digunakan.. best! 


buat aku pulak yang merupakan orang baru kat IMR ni pun dapat peluang untuk kenal rakan sekerja dengan lebih rapat.. alhamdulillah sangat aku hargai peluang ni.. dengan peserta yang sangat sporting dalam semua tugasan yang diberikan memang sangat membantu kelancaran aktiviti di sepanjang latihan.. 

semoga ilmu yang kami dapat dari latihan ni dapat membantu kami untuk sama-sama memajukan IMR menjadi lebih baik.. dan aku berharap akan ada peluang untuk ikuti latihan seperti ni jugak di masa akan datang.. syabas buat penganjur! 

Ceritaita

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: