Selasa, 16 Oktober 2018

Ubat gigi Spiderman ke Princess?

Assalamualaikum semua, azam masuk setiap bulan ialah nak tulis blog setiap hari tapi apakan daya.. walau Allah bagi masa sama je untuk semua orang iaitu 24 jam sehari tapi tanggungjawab setiap orang tu berbeza-beza kan.. jadi jangan pernah pertikaikan kalau ada orang yang perlukan masa yang lebih untuk sesuatu perkara.. kerana beban setiap orang tu tak pernah sama.. 

Ubat gigi Spiderman ke Princess? 


tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal kerja dan masa pun sebenarnya.. saja bagi intro untuk tulis dalam blog.. pasal macam dah lama takde mood membebel dalam blog ni kan.. rasa macam suram la pulak kan.. hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal ubat gigi.. bukan pasal review ubat gigi pun.. ubat gigi atas tu pun bukan ditaja.. tapi beli sendiri tau.. hehehe.. 

kisah ni pasal abg ngah dan ubat gigi.. kisah ni jadi pada minggu lepas.. masa tu aku terima mesej dari cikgu anak-anak di sekolah.. pesannya berbunyi macam ni.. :

CERAMAH KESIHATAN GIGI DAN LATIHAN MEMBERUS GIGI
SASARAN : MURID TAHUN 1 - 6
( KECUALI TAHUN 4)
Tarikh : 9hb Okt 2018
MASA : 8.30 - 9.40
PERALATAN YG PERLU DIBAWA: *BERUS GIGI & CAWAN PLASTIK*

*jangan tanya kenapa tahun 4 tak terlibat pasal aku pun tertanya-tanya tapi malas nak tanya cikgu.. huhu.. 

bila dah dapat mesej seperti di atas tu.. maka kami fikir cuma perlu bawa berus gigi dan cawan je la kan.. gigihlah berpesan dengan anak-anak untuk sediakan semuanya.. alhamdulillah masing-masing berjaya bawak tanpa lupa.. ubat gigi taklah pulak kami bawak masa tu.. pasal biasa kalau ada program berus gigi perdana macam ni memang akan ada ubat gigi yang akan dibekalkan.. lupa pulak ni dah pindah sekolah baru kan.. ntah sama ke tidak ntah.. 

balik dari sekolah hari tu abg ngah, kakak husna sibuk buat liputan harian.. macam biasa la.. ada je kisah harian bebudak ni.. haruslah bertabah dengar cerita ni.. kali ni kakak husna mengadu.. 
"Doktor gigi bagi ubat gigi tapi dia bagi ubat gigi pedas tau ummi! " 

ok perhatian para doktor gigi dan misi gigi.. harap faham yang tak semua anak-anak berusia begini boleh bertoleransi dengan ubat gigi berpudina ok.. harap perihatin.. orang dah bagi ubat gigi free lagi mau demand.. hukhukhuk.. melampau kau ita oii!  haha.. 

abg ngah pulak ada kisah lain.. siap berbisik dia datang kat aku tau.. 

Abg Ngah : Ummi... nak tau tak? (sambil bisik) 
 

Ummi : Tau apa?  (bisik gak)  .. ini petua dengan anak.. kau layan je la ikut apa yang dia nak dan suka.. haha.. 
 

Abg Ngah : Tadi kan ada gosok gigi kat sekolah kan?  (masih perlahan tonenya) 
 

Ummi : Aah nape?  Cikgu marah ke tak bawak ubat gigi? (negatif noo mak kau nak oiii.. nasib badanlah) 
 

Abg Ngah : Taklah.. doktor bagi ubat gigi tadi. tapi kan ummi.. (masih cuma berbisik) .. doktor bagi ubat gigi Princess tau.. warna pink lagi tau.. hehehe (ketawa slow sekali tau.. 
 

Ummi : Ala ok apa janji ada ubat gigi.. 
 

Abg Ngah : Saya dah cakap dengan kawan saya tau.. Saya ada jugak ubat gigi macam ni tapi yang Spiderman.. tapi yang ni Princess pulak.. (masih ketawa lagi) 
 

Ummi : Ala sama je kan isi dia.. luar je gambar lain.. 
 

Abg Ngah : mana boleh.. lain la lelaki dengan perempuan tau ummi.. perempuan macam adik una boleh la guna yang Princess.. saya lelaki takkan nak guna yang Princess.. hahaha.. (ketawa lagi besar) 

Abg Ngah memang tak pernah la tak menghiburkan.. itulah keistimewaan dia dalam keluarga.. tapi aku selalu pegang apa pun kelebihan atau kekurangan anak jangan sesekali kita jadikan alasan untuk kita pilih kasih.. terus rasa nak petik ayat dari surah bersempena nama abg ngah..  Ahmad Najmi.. 

An-Najm 53:21


Petikan daripada Al-Quran: An-Najm (53:21)
أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلْأُنثَىٰ
Alakumu alththakaru walahu alontha
Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?


Semoga semua anak-anak kita dalam redha Allah jua di mana pun berada.. amin.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

dorsett pink berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Anak saya suka snagat ubat gigi yang ada gambar princess walaupun rasanya tak sedap. hehe.. gegirl sangat gitew

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alahai abg ngah.
Pendpt Aida, dia sedang membesar dgn sensitif nyer terhadap sekeliling.
Dah betul dah tu, princess bukan utk boy kan :-)
Cerdik abg ngah. Buat acuk Aida tersenyum baca entri mama awak ni.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haha.. dilemma abg ngah nak pakai ubat Gigi princess