Logo KBBA

Selasa, 22 Mac 2016

Kisah Hospital dan Takut Allah

assalamualaikum semua,

Kisah hospital


pagi tadi aku ke hospital hantar adik hadi untuk temujanji di klinik ENT HTAA... pernah pergi sebelum ni pasal masalah telinga dia...aku pernah cerita sebelum ni... Sakit Telinga dan fisioterapi.. dan pagi tadi adalah temujanji susulan... masalah masih sama jadi doktor cuba bagi penyelesaian dengan antibiotik selama seminggu.. lepas ni akan ada susulan temujanji lagi selepas dua minggu...

alhamdulillah setakat ni adik hadi ok dan tak meragam.. dia pun masih aktif dan tak pernah menangis sakit telinga ke apa ke... cuma ada masalah bila kami cuba bersihkan telinga dia je la... sebab dia tak mau berenti... hehehe.. paksa kami korek lagi telinga tu sampai nangis-nangis... sedap sangat gayanya orang korekkan telinga... sampai meleleh-leleh air liur selalunya... hehehe.. hadi.. hadi...

harapnya selepas dua minggu nanti telinga hadi makin ok...

Takut Allah

ni kisah semalam waktu kami balik kerja... macam biasa la akan ada perbualan anak-anak yang mencuit hati... kisah ni pulak antara perbualan abg ngah dengan abg long...

kisah ni berlanjutan dari kisah shah tak bagi diorang main kat luar semalam.. sebabnya takde orang yang nak pantau.. kami sibuk dengan nak mandi dan aku macam biasa la sibuk nak masak..

lepas tu entah macamana boleh pulak dua beradik ni berbual macam ni..

abg long : awak takut dengan ayah ke?

abg ngah : ye la..

abg long : awak takut dengan Allah tak?

abg ngah : takut...

abg long : kalau awak takut dengan Allah kenapa awak takut dengan ayah pulak?

abg ngah : saya takut dengan ayah dengan Allah jugak la...

abg long : kalau awak takut dengan Allah awak patutnya tak boleh takut dengan ayah... kita cuma boleh takut dengan Allah je la...kan ummi?

aku : (tetiba je ummi diseret dalam perbualan ni)... dua-dua betul.. abg ngah takut dengan ayah betul la tu.. tapi tak boleh melebihi takut pada Allah...

abg long dan abg ngah : ooooo....


susahnya mendidik anak masa kini kalau takde ilmu... kena sentiasa cari ilmu untuk sentiasa lebih ke hadapan daripada anak-anak...


p/s hari ni macam ada mood nak memasak lempeng cicah belen kuah asam pedas kerisi bekal pagi tadi... peh ngences....



Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

YB Shehan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

erm.. susah kan. anak2 plak makin bijak bercakap..

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kena sabo je la kan dalam memainkan ayat jawap soalan budak2. Sbb bdak akan ingt smpai bila2

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ye shehan... masa ni la paling payah kot.. bila dah besar diorang mungkin jadi malas bercakap..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aah lis.. ingatan budak2 kuat sangat2..

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan..ade anak nie kene banyakkan ilmu

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ya...kena ada sangat banyak ilmu... baru sekarang faham kenapa orang cakap anak2 mengajar kita jadi lebih dewasa..