Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 30 November 2016

Papan Seterika Ajaib DIY

assalamualaikum semua,

hari ni nak kongsikan pasal pembuatan papan seterika ajaib yang akan dapat memendekkan masa untuk korang menggosok..  aku dapat idea ni dari gambar-gambar yang viral di facebook la.. macam best je bila tengok hasilnya.. jadi aku dengan gigihnya meniru gambar yang diviralkan untuk membuat papan seterika ajaib DIY...

papan seterika ajaib DIY

mesti ada yang berminat nak tau macamana aku buat jadi macam kat atas tu kan ? harap maaf sebab gambar langkah demi langkah tak dapat disediakan dengan baik disebabkan banyak sangat tangan-tangan ajaib yang turut sama membantu di sepanjang proses pembuatan.. tengok aje la gambar papan seterika ajaib nan satu di atas tu pun sedang cuba dicemari oleh tangan ajaib bersaiz paling kecik dalam rumah kami..

ok tapi aku boleh terangkan macamana dapat hasil seperti dalam gambar kat atas tu.. caranya korang sediakan papan seterika biasa.. macam kami ni papan seterika kami yang biasa je pun yang kami memang gunakan hari-hari kat rumah.. 

lepas tu dengan menggunakan aluminium foil atau kertas aluminium yang korang boleh dapat di mana-mana pasaraya.. seeloknya gunakan yang agak tebal sikit.. supaya boleh bertahan lama dan tahan koyak.. terutama kalau korang ada anak-anak yang mana sel otaknya sedang berhubung dengan baik macam anak-anak kami kat rumah ni.. eh lupa.. kertas aluminium tadi korang letakkan kat atas papan seterika tu.. pastu ratakan.. kalau korang nak lekatkan dengan paku tekan atau stapler pun boleh jugak.. janji dia tak bergerak-gerak la.. 

dah siap langkah tu korang letak pulak kain atas dia.. kalau lagi elok korang letak la alas papan seterika yang cantik atas kertas aluminium tu.. macam aku ni sebab memang kat rumah ni dah sedia ada kain pelikat shah yang diwakafkan untuk aktiviti seterika ni.. memang aku gunakan yang tu je la.. dan boleh cuba la menggunakan Papan Seterika Ajaib DIY korang tu..

korang mesti nak cakap entah apa-apa je ita ni kan ? eh.. sebelum korang cakap gitu korang tengok je hasilnya macam kat bawah ni tau...


sebelum ~buka mata luas - luas

selepas ~ dengan sekali gosok tau

apa yang best sangat Papan Seterika Ajaib aku ni tau ? yang bestnya dia jugak melicinkan permukaan yang berada di sebelah lagi tu.. jadi korang tak payah nak paling dan gosok yang di sebelah lagi tu tau.. sekali gosok  dua-dua belah dia cover.. haha.. menarik kan ? jadinya jimat la dari beli seterika atau papan seterika yang mahal.. 


tengok hasilnya yang sebelah lagi

ni info bukan rekaan ok.. aku dah cuba dan nampak hasil.. dan ada pesanan penaja lagi ni.. untuk hasil kedua-dua belah kawasan yang nak digosok tu lebih cantik korang kena gunakan alas kain yang tak berapa tebal untuk jadi pengantara antara kertas aluminium korang tu dengan kain yang nak digosok.. apa lagi.. jom cuba !
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

nuyui a.k.a miss YUI berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

uihh bru tau ni..

Yana MIB berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

perasan gak org share psl ni kat fb...tak sempat lg nk diy iron board tu..haha weekend ni boleh la try...senang iron baju sekolah anak kan kak...dh la byk nak kena iron...huhu :)