Catatan terkini

Kisah Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Imej
Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Contents Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari

Khasiat Buah Mulberry

assalamualaikum semua,

masih berada di Melaka ni... susahnya nak tulis blog.. line teruk betul.. kejap ada kejap takde.. tengah-tengah taip kang tetiba internet hilang.. tak best betul.. dan ni masa tengah ada internet marilah kita taip laju-laju.. hari ni nak kongsikan kebaikan buah yang kebanyakan dari kita tak sedar pun kewujudannya.. buah mulberry.. 


Pokok Buah Mulberry



INFO BERGUNA BERKAITAN MULBERRY


KHASIAT POKOK MULBERRY yang mungkin ramai tak tahu.

Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. Disebabkan itu, banyak petani yang mula menanam tanaman ini.

Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.

Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Khasiat buat Mulberry


Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)


banyak betul khasiat mulberry ni rupanya kan? tapi kalau aku sendiri memang suka sangat buah mulberry ni.. biasanya kami suka petik dan makan gitu je.. rasanya macam makan buah jambu air yang kecik-kecik saiznya tu.. rasa masam-masam manis.. anak-anak pun suka sangat... sedap!

dan biasanya kami dapat makan cuma bila balik kampung je la... pernah jugak dulu nak tanam dekat rumah kami tapi bape kali asyik la tak hidup.. ntah apa silapnya.. tapi nak cuba jugak tanam lain kali ni.. cukup la buat makan aku, shah dengan anak-anak je.. nak beli macam tak berapa ada orang jual je aku tengok..

dan satu lagi yang menarik tau.. buah mulberry ni salah satu kandungan yang ada dalam Gctea yang hebat.. nak tau lanjut pasal Gctea ni boleh baca entri GCtea tau.. atau nak tau lebih lanjut boleh email je kat rozitaabdrahman@yahoo.com atau boleh pergi ke facebook @gcteastokiskuantan atau ke instagram @gcteakuantan je.. lagi senang.. 

Ulasan

  1. Teringat lagu didi n friends hehehehe. Nampak sedap buah ni kak...teringin pula nak rasa

    BalasPadam
  2. byk juga khasiatnya..patutla tgk ada jiran petik daun dia..buat msak.. xtahu pun..tq share

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus