Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 5 Julai 2017

Makan Steamboat murah dan sedap di Kuantan

Makan Steamboat murah dan sedap di Kuantan 

assalamualaikum semua, nak kongsikan cerita kisah kami makan steamboat murah dan sedap malam tadi kat bandar Kuantan ni.. sebelum ni sebenarnya dah lama macam teringin nak cuba.. bila lalu je kawasan masjid besar tu memang akan ada la tersebut.. satu masa nanti kita makan kat sinilah..

Makan Steamboat murah dan sedap di Kuantan


dan semalam tercapai la impian nak makan kat steamboat murah dan sedap kat depan masjid besar atau Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan ni.. aku rasa semua orang kenal kot bila sebut masjid ni.. masjid ni sangat terkenal bila sampai bulan puasa.. sebab apa tau? sebab orang berebut nak makan berbuka kat Padang MPK yang berdekatan dengan masjid ni..betul-betul sebelah masjid la kiranya.. aku pun pernah la sekali pergi merasa berbuka di Padang MPK ni masa tahun 2009 dulu.. kalau tengok muka aku punyalah lain masa tu...hahaha...

kalau nak tau steamboat yang murah aku cakap ni asalnya berjualan di Carboot di Taman Kerang, MPK.. tapi disebabkan kawasan tu sebenarnya tak dibenarkan untuk berniaga, pemiliknya ambik keputusan untuk menyewa kawasan lapang di hadapan masjid besar untuk meniaga.. alhamdulillah rupanya rezeki beliau makin nampak laris sejak berpindah kawasan ni..

pinggan yang lain



kata shah, harga jualan dia tetapkan untuk 3 cucuk pada harga RM2 je.. murah kan? dah la sosnya sangat sedap.. aku yang bercerita sambil menaip ni pun sambil telan air liur tau.. lapar pulak mengingatkannya.. dah la pagi tadi tak sempat bangun bersahur.. huhuhu..

dan malam tadi kami sampai dah dalam pukul 9.30 malam.. cuma sikit je yang tinggal.. menjelang jam 10 malam tuan gerai dah abis meniaga.. huhuhu.. kami pun makan tak kenyang.. tambah pulak pagi tadi tak sempat sahur.. lapar wei.. lempis je perut aku rasa saat ini.. hahaha..

sos sedap steamboat sedap dan murah


jadinya aku dah bagitau shah yang malam ni kena ualang pergi semula nak pilih dan makan puas-puas.. harap-harap ada la rezeki.. kalau tanya aku apa yang istimewanya gerai ni.. aku boleh jawab sos dia.. ada 2 sos.. pedas dan manis.. bila dicampurkan tu.. walla.. tak terkata la dia punya sedap tu.. meh la korang cuba jugak.. kalau orang luar yang tak tau cuba je la cari Masjid Sultan Ahmad Shah.. pasti jumpa lori steamboat dia kat depan tu.. selamat mencuba!

*info tambahan.. sos dia ada 3, black pepper, manis dan pedas.

nampak masjid tersergam indah tu?

kalau nak datang cari lori ni ye.. masa ni dah licin atas lori tu haa.. 


Cerita menarik lain

12 Luahan Ikhlas:

Seorang Syed berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nampak sedap ja. tapi akak dah tak duduk kuantan huaaa tak dapat la ajak dia pergi hehe. Selamat Hari Raya kak! :D

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik idea niaga Gini.. kelainan..

Wan Syahida Kahar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Steamboat. Sekali sekala layan memang best..

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yang buatkan steamboat sedap..adalah pada sosnya kan.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya. Lenkali dtg kuantan bolehlah try

Jueliza Jamani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dah lama tak makan steamboat la.. hehehe.. tp kan kalo kuah dia sedap mmg bercucuk2 boleh makan.

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau ada rezeki ke kuantan nak cuba juga lah kak. Nampak sedap sgt tu. Fav ana juga steamboat ni.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya terus teringin nak gi Kuantan dan dan ni jugak hihi...Memang murah kalau 3 batang Rm2 henggit. Untung ke depa menjual tu ek....

TunSha Ayunie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kuperati yang berbentuk angry bird tu je.. haha.. comel pulak bentuknya.. dah lama mengidam steamboat sebenarnya...

Mardhiyyah Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah sedapnya.. lepas ni bolehlah mya ajak family pergi sini bila balik kuantan..

lokman amirul berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sempoi klu singgah kelantan boleh cuba restoran nih

nini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah sedapnya...dah lama betul tak makan steambot ni tau =)