Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 2 Oktober 2017

DASHING Anytime EDT dalam pek bersaiz kecil !

KHAS UNTUK LELAKI! 

Assalamualaikum semua, cuak je bila tengok ayat pertama kan? haha.. mesti ada perempuan yang eh boleh ke aku baca ni..  kekeke..  boleh la wei.. sebab aku cuba nak perkenalkan wangian terkenal di kalangan lelaki sejak zaman berzaman iaitu DASHING yang sekarang ni disediakan dalam pek poket yang mudah dibawa ke mana saja! best kan.. aku dengar pun rasa best sebab aku pernah guna DASHING COOL zaman sekolah dulu-dulu.. 

DASHING ANYTIME EDT


Meh kita terus baca.. Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja.



“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki- iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah di dekati." Mr. Venkat, WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. 



Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.





1. Cool

Haruman maskulin ini merupakan tarikan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semula jadi dari dalam dirimu. 


2. Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.


3. Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 





4. Hattrick


Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.




Video unboxing Dashing Anytime EDT :



Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. Murah kan.. berbaloi la sebab satu tu boleh bertahan sebulan tu.. ! Aku tengah berangan kalau ada pek macam ni jugak untuk perempuan.. wah..  mudahnya!




Cerita menarik lain