Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 2 Oktober 2017

Enchanteur Stunning baru serlahkan keanggunan wanita

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 


Assalamualaikum semua,  korang biasa tak dengar pasal Enchanteur? ok tipu la kalau tak pernah dengar kan.. sebab aku rasa dari zaman aku sekolah dulu memang tak sah la kalau seorang pelajar perempuan tak ada satu sekurang-kurangnya botol bedak Enchanteur.. yang paling popular masa tu tentulah Enchanteur Romantic.. memang dah macam trend pulak ada bedak Enchanteur untuk seorang remaja perempuan pada zaman 90an dulu..  salah satu sebabnya ialah harganya yang memang mampu milik untuk semua orang..

Enchanteur Stunning


Aku rasa sebab ianya ada kaitan dengan kenyataan ni la.. Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell 

Enchanteur Stunning baru serlahkan keanggunan wanita


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

botol baru EDT Enchanteur


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias. Meh layan video unboxing Enchanteur Stunning kat bawah ni.. 




ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke :


Website di www.enchanteur.com.my 

Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY





Anak dara kecik,  si kakak husna dah sibuk mengendeng nakkan bedak dan body mist tu..  amboi la budak kecik sorang tu.. tak padan ok!




Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas: