Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 23 Oktober 2017

Pengalaman kali pertama mencuba rawatan muka Chomo Led Mask !

Rawatan Chomo Led Mask di Cantik Persis Celebriti


assalamualaikum semua, aku belum cerita lagi pasal aku buat rawatan muka baru-baru ni kat Cantik Persis Celebriti kan? meh aku cerita ya.. maklumlah.. ini bukan aktiviti yang biasa aku buat pun.. malahan ini adalah  kali pertama tau aku buat rawatan muka tau.. jangan tanya kenapa aku tak pernah buat sebelum ni.. anggap je la Cantik Persis Celebriti akhirnya dapat membuka pintu hati aku untuk mencuba rawatan muka.. cia..cia..cia.. hahaha..

ni aku masa tengah pakai Chomo Led Mask.. macam transformers tak? haha


korang mesti nak tau rawatan apa je yang aku buat sebenarnya ni kan.. haa.. sebelum tu aku nak bagitau pasal Cantik Persis Celebriti ni yang dah menambat hati aku untuk mencuba rawatan muka kali pertama ni tau.. huhu.. sepanjang lebih 38 tahun wei.. ini yang pertama.. pecah rekod kan? Jadi meh kita kenalkan dulu apa dia Cantik Persis Celebriti ni.. Cantik Persis Celebriti ni sebenarnya sebuah pusat kecantikan di Shah Alam yang dulunya dikenali sebagai Celebrity Skin Expert.. expert tu tau.. sebab tu aku berani nak cuba.. 


muka bersedia untuk rawatan Chomo Led Mask - gambar ihsan dari Cantik Persis Celebriti


kebetulan pulak masa tu aku berkunjung ke Shah Alam atas urusan kerja.. jadi ambik kesempatan la singgah di sini.. ada banyak tau pilihan untuk rawatan kecantikan di sini.. bukan sahaja untuk muka tapi nak cantik seluruh badan pun boleh.. tapi aku cuma nak cantik muka je hari tu sebab badan ni aku nak kasi kurus mulus dulu la.. harapan.. hehehe.. dan hari tu aku mencuba rawatan Chomo Led Mask tau! dan tempat ni senang sangat nak cari.. merasa jugak aku naik Grab aritu..


Mesti korang tertanya-tanya apa dia Chomo Led Mask ni kan.. haa.. sama la macam aku memula datang tu.. terfikir apa la yang dimaksudkan dengan Chomo Led Masa ni agaknya.. pulak tu terfikir.. tak sakit ke bila buat rawatan tu ek? huhu.. dasar penakut ni memang semua persoalan akan timbul la.. tapi aku diberikan jugak penerangan tentang kebaikan Chomo Led Mask oleh staf di Cantik Persis Celebriti ni.. penerangan secara terperinci pasal manfaat rawatan ni dan jugak cara rawatan dijalankan.. memang betul-betul expert la ! sampai aku boleh cerita balik manfaatnya dalam video kat bawah ni..

Thanks for coming.. darling2 CANTIK PERSIS CELEBRITÍ hari ni busy sangat2 Pada yang tercari-cari 🎉🎊PROMOSI BARU LAGI BEST!! MURAH!! TERHANGAT!! BEST SELLER!! ✅ Nak Cari BACK MASSAGE & BEKAM ANGIN?? ✅ Nak cari SPA BRIDAL?? ✅ Nak cari FACIAL BEST MURAH?? ✅ Nak cari WAXING?? ✅ Nak cari BODY MASSAGE?? ✅ Nak cari EYELASH EXTENSIONS?? ✅ Nak cari EYELASH PERMING?? ✅ Nak cari PAKAR KECANTIKAN ?? ✅ Nak cari SALON DI SHAH ALAM?? 🙋🏻🙋🏻 Hellooo... Kita kat sini uollss!! . . ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖ UNTUK BOOKING SLOT 📆 @ PERTANYAAN MAKLUM BALAS *Direct Whatsapp saja* 😊 "PROMO BEST" ke👇👇 📲MIZZ FIZA 011-12825902 📲SIS INA 017-9391330 📲MIZZ NURIN 012-9409372 📲MIZZ LIESYA 018-3883747 ☎️ *Untuk hubungi SALON : 03-55194159* SEKARANG !! ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖ Untuk dapatkan PROMO PRICE.. Booking sebelum slot penuh.!! . . . CELEBRITI SKIN EXPERT No. 6A, 1 st floor, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 shah alam Selangor. Buka setiap hari 11pagi - 8malam #facialshahalam #cantikpersiscelebriti #celebritispa #spabestmurah #spashahalam #waxing #facialmurah #pigmentation #facialspashahalam #spashahalam #beautycentershahalam #waxing #carbonpeel #spabridal
A post shared by BEAUTY AESTHETIC SHAH ALAM (@cantikpersiscelebriti) on



Antara kebaikan rawatan Chomo Led Mask ni ialah :

  1. Memutihkan kulit wajah dan menegangkan 
  2. Mengurangkan minyak di muka
  3. Mengurangkan kedutan
  4. Mengurangkan kesan dan parut jerawat di muka



dan secara peribadinya aku sangat teruja dengan yang nombor 2 dan 4 tu pasal kulit aku sangat kuat berminyak dan banyak kesan jerawat yang lama-lama ni haa.. tu yang teringin sangat nak buang semua kesan degil tu.. meh kita cerita pulak macamana rawatan dibuat jom.. 


memula kulit wajah aku dibersihkan.. dan kemudian diwapkan atau disteam untuk menjadikan liang roma lebih terbuka dan mudahnya proses menanggalkan semua bintik putih dan hitam dari kulit wajah aku ni.. selepas itu barulah disapukan dengan serum dan diratakan menggunakan Ultrasound... best sebab sejuk je kulit muka masa ni.. dan akhir sekali disapu gel mengikut masalah kulit dan dipakaikan Chomo Led Mask untuk rawatan terakhir.. 

best masa pakai mask ni.. takde rasa apa yang pelik pun sebenarnya.. cuma rasa macam pakai topeng biasa.. kulit muka pun takde rasa sakit atau pijar macam aku bayangkan sebelum tu.. rasa selesa je sampai dah abis masa pun tak terasa.. kesimpulannya korang patut cuba rawatan Chomo Led Mask ni tau.. sebab ianya langsung tak menyakitkan.. 




pandangan mask dari depan.. comel kan?


Inilah Led di sebalik topeng ni sebenarnya..

dan kalau nak tau sekarang ni Cantik Persis Celebriti tengah buat promosi.. harga biasa untuk rawatan Chomo Led Mask ni ialah RM350 tapi mereka nak bagi harga promosi cuma RM150 je tau.. menarik kan? aku ulang ye...

Rawatan Chomo Led Mask 

Harga Biasa RM350
Harga Promosi RM150

Jadi jangan lepaskan peluang ok.. korang boleh hubungi pihak Cantik Persis Celebriti dan setkan tarikh temujanji sekarang melalui :

Alamat : 
CANTIK PERSIS CELEBRITÍ

Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

No telefon Care line : 03-55194159





Chomo Led Mask



Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Led mask ni pun nampak menarik. Nak cuba yg ni juga nanti

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Facial atau rawatan muka memang best..tp x boleh sekali rawatan je..kena konsisten sebulan sekurang- kurangnya 2 kali...

Pisyek Kumar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wow, macam topeng The Mask!

Hehehe.

Jemput join giveaway Pisyek: Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma