Selasa, 26 Disember 2017

Bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands

assalamualaikum semua,  kami di Cameron Highlands sekarang ni.. sebenarnya ini percutian yang tak dirancang pada awalnya.. asalnya sebelum cuti sekolah hari tu kami cuma akan habiskan masa di Kuala Lumpur sahaja selepas selesai uruskan urusan abah di HUKM tapi perancangan berubah mengikut keadaan semasa.. tapi tiba-tiba masa aku klik lawan web Bahagian Pengurusan Hartanah dan cari info nak tulis pasal macamana aku tempah rumah transit masa gi Kuala Lumpur hari tu ternampak pulak ada kosong di bahagian rumah peranginan persekutuan.. 

Bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands 


apa lagi aku laju-laju la tempah untuk 2 malam.. mana taknya kekosongan di waktu-waktu cuti sekolah ni adalah julung-julung kali nak jumpa.. sampaikan ada kawan tanya apa tips aku macam senang je nak tempah rumah transit dan rumah peranginan ni kan.. tahun ni je aku dah tempah 2 rumah peranginan,  di Bukit Fraser dan jugak di Cameron Highlands.. aku jugak berjaya tempah rumah transit di Jalan Duta di waktu cuti sekolah jugak.. 

sebenarnya takde apa rahsia dan tips nak share sangat pun.. pada aku cuma kebetulan dan rezeki kami anak beranak je kot.. kebetulan bila aku bukak website tu ada kosong jadi aku terus je la tempah.. aku tempah je masa tu tapi bayar kemudian.. kena bayar dalam masa 7 hari selepas tempahan jadi bayar kemudian pun takpe.. 

meh aku ceritakan lanjut pasal review pasal Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands ni.. di sini ada pilihan bilik biasa yang harganya RM50 untuk semalam, apartmen 2 bilik yang harganya RM100 untuk semalam dan banglo aku tak pasti harganya sebab banglo untuk gred 48 dan ke atas sahaja boleh menempah.. bagi gred 44 ke bawah ni cuma layak tempah bilik biasa dan apartmen sahaja la.. aku mulakan dengan review kemudian nanti akan ada cara untuk tempah rumah peranginan ni kemudian ya.. letih nak tulis semua dalam satu entri.. 

jalan terdekat ke Cameron Highlands dari Kuantan


nak ke Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands atau RPP Cameron Highlands ni tak susah sangat.. walaupun bagi yang tak biasa pergi.. macam kami dari Kuantan ambik jalan terdekat nak ke Cameron Highlands walaupun ada 3 lagi pilihan laluan perjalanan.. ada risikonya perjalanan ni tapi memikirkan faktor kesihatan semua ahli rombongan maka kami pilih laluan yang tercepat ni.. kalau dari Kuantan perjalanan akan ambik masa dalam 4 hingga 5 jam.. tapi disebabkan kami ke Kuala Gandah dan Temerloh dulu jadinya perjalanan kami jadi pendek sikit kerana bermula dari Temerloh.. 

masih menggunakan trek perjalanan yang sama.. kami lalui jalan dari Temerloh ke Lanchang.. kalau korang dari Kuantan boleh melalui lebuhraya pantai timur dari Kuantan hingga ke susur keluar Lanchang dan terus hala ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah..  akan jumpa jalan menghala ke Mempaga dan Raub..  boleh ikut terus jalan tu.. kemudian terus lalui jalan perkampungan felda.. jangan terkejut jika lalui jalan ni pada waktu malam kerana tak nampak pun lampu jalan dan garis jalan.. masa kami lalu ni pun hari tengah hujan maka perjalanan jadi lebih sukar.. dari Temerloh jam 9 malam masa tu sampai di kawasan felda ni dah dalam jam 10 malam.. tapi disebabkan aku memang anak felda dan faham sangat kualiti jalan di felda pada aku ni fenomena biasa.. jalan kecik,  berlubang-lubang, tiada lampu dan tiada garisan putih menemani di sepanjang jalan hingga ke Jalan Mempaga Utama.. di simpang utama Jalan Mempaga Utama itu pun takde lampu jalan.. kesian warga felda.. kemudiannya selalu dilabelkan tak bersyukur.. apalah nasib badan.. 

dari Jalan Mempaga Utama hingga ke Felda Sg Koyan tu kenderaan agak sibuk dan tak rasa takut.. tapi bila melalui jalan Sg Koyan merentasi Pos Betau hati mula rasa berdebar.. terfikir jugak kenapa kami ambik jalan ni.. sedangkan ada jalan lain yang lebih selamat.. jeling jugak ke skrin telefon.. takde signal dari Digi.. Allahu..  memang rasa lagi berdebar.. tapi hati disejukkan dengan kenderaan yang banyak berselisih turun dari Cameron Highlands melalui jalan yang sama.. jadi kami teruskan perjalanan yang dikira cuma berbaki dalam 1 jam lebih sahaja dari Sungai Koyan.. memang tak berapa jauh pun lagi.. 

jalan Sungai Koyan ke Cameron Highlands 


makin lama perjalanan makin kurang kereta berselisih dan kami lebih rasa jalan ni kami punya.. waktu tu dalam lewat jam 10 hingga ke jam 11 malam.. sesekali je nampak ada orang asli yang menaiki motor.. bila setiap kali kami ternampak batu jalan menunjukkan jarak ke Tanah Rata yang jelas di sepanjang jalan hati lega sikit.. tapi tak dinafikan jalan ni memang agak sunyi.. kami pernah lalui jalan yang sama pada tahun 2011 di waktu siang pun lebih kurang begini keadaannya.. ditambah pulak kami tak nampak ada kereta peronda satu pun berselisih dengan kami sewaktu lalui jalan ni.. lagi tambah mengusarkan hati sesiapa yang menggunakannya.. tapi kami tawakkal sahaja la.. dah terlalu kan takkan nak patah balik.. hehe.. 

sesampai di kawasan Lembah Bertam ada satu permandangan yang tak dapat kami lupakan sampai bila-bila.. waktu tu dah dalam jam 11.30 malam rasanya.. ternampak cahaya yang sangat terang dari jauh.. berkelip-kelip dengan sangat cantik.. terkagum kami dibuatnya.. rupanya ianya adalah lampu dari ladang-ladang sayur yang ada di sepanjang laluan di Lembah Bertam ni.. pemandangan yang sangat mengasyikkan.. kami tak sangka akan berpeluang melihat permandangan indah ni di waktu kami sampai di sini.. sangat cantik.. aku cuma sempat ambik gambar waktu dalam perjalanan.. tak mampu nak berhenti dan ambik gambar kerana memikirkan keselamatan ahli keluarga walau hakikatnya takde orang pun lalui jalan tu pada waktu tu.. 


maaflah kualiti gambar tak cantik



dari Lembah Bertam ke Tanah Rata agak jauh jugak.. ada lebih setengah jam perjalanan bagi yang tak biasa macam kami.. dan malam tu kami jadi gelendangan tidur dalam kereta menantikan waktu siang untuk check in di RPP Cameron Highlands.. ok aku bagi laluan ke RPP CH dari Tanah Rata ya.. dari Tanah Rata tu tak berapa jauh..  dan tak jauh jugak dari tapak pasar malam Cameron Highlands yang baru.. cuma 2 simpang sahaja jaraknya.. kalau korang datang dari arah Tanah Rata menghala ke Brinchang ada papan tanda yang sangat jelas berwarna hijau.. tapi jika tak perasan papan tanda RPPECH ni korang boleh cari papan tanda Golden Hill di mana tapak pasar malam diadakan sekarang ni.. dari situ lagi 2 simpang adalah RPP Cameron Highlands.. atau nak lebih mudah boleh setkan nama RPP di aplikasi maps google atau wave sahaja.. atau lebih mudah korang setkan untuk ke Healthy Strawberry Farm yang terletak betul-betul di pintu masuk RPP ni ladangnya.. 




kami tunggu pendaftaran pukul 2 petang

kena daftar kat bawah tu pejabatnya

unit apartment 2 bilik

deretan unit bilik biasa



alhamdulillah, syukur sangat bilik biasa di Cameron Highlands ni dah dinaiktaraf.. banyaklah perubahan dari kali terakhir aku menginap tahun 2011 dulu.. terbaru, bilik biasa sekarang ni dah ada 1 katil besar dan 1 katil bujang..  keluasan bilik masih sama dan agak luas untuk kami anak beranak ni.. lengkap dengan kemudahan peti sejuk kecil, televisyen yang dilengkapi siaran astro,  juga diberikan cerek dan remote tv waktu mendaftar masuk.. bawah ni aku sertakan gambar bilik.. 







ada jugak kemudahan barbeque yang disediakan di sini.. sesuai la untuk kalau yang bercuti keluarga dan bercadang nak habiskan masa bersama pada waktu malam.. ada jugak taman permainan untuk anak-anak yang selesa di sini.. aku pun boleh tinjau dari bilik je anak-anak bermain di bawah.. 

taman permainan di RPP Cameron Highlands 

taman permainan di RPP Cameron Highlands

taman permainan di RPP Cameron Highlands - kami tinjau dari bilik je


ada wifi percuma jugak di sini walau tak berapa kuat ok.. boleh minta password wifi ketika mendaftar.. bilik air juga dilengkapi dengan kemudahan air panas jadi mudahlah nak mandi pagi-pagi.. jika perlukan kemudahan menggosok,  ada disediakan seterika di hujung tangga.. ada penghawa dingin tapi tak berfungsi waktu kami masuk.. jika korang datang berkeluarga dan menempah 2 bilik akan ada pintu berhubung antara bilik atau dipanggil connecting door untuk mudah bergerak antara dua bilik.. ada balkoni yang nampak permandangan cantik di luar.. 

balkoni

di balkoni

permandangan dari balkoni.. luar tu la Healthy Strawberry Farm

dekat tepi tu la connecting door


pada aku sangat berpuashati dengan bayaran yang agak berpatutan untuk kami bercuti.. tambahan pulak dengan bajet yang tak berapa ada ni.. kami bekalkan diri dengan makanan segera dan cepat disediakan.. kami bawa Nasi Beriani Kambing Brahim dan Mee Segera Goreng Sedap untuk persediaan..  kurang-kurang dapat jugak berjimat sikit untuk hidangan makan malam dan pagi.. macam pagi waktu kami sampai ke sini kami beli sarapan pagi di tepi jalan..  secawan teh O panas biasa pun dalam lingkungan rm1.80 ke rm2 harganya.. belum lagi nasi lemak.. untuk 6 orang makan kami kena dalam RM30 hanya untuk sarapan pagi.. huhu.. bayangkan kalau korang nak sediakan makanan untuk makan tengahari atau makan malam di sini.. 

Nasi Beriani Kambing Brahim

Strawberi di Cameron Highlands 


makanan di pasar malam dan Kea Farm brinchang pun boleh tahan jugak harganya.. seketul jagung bakar atau kukus RM4 dan makanan goreng macam bayam goreng,  cendawan goreng dijual dengan harga 3 bekas RM10 atau RM4 untuk satu bekas.. rata-rata makanan lain harga lebih kurang macam di Kuantan.. mee goreng, nasi ayam,  soto dan sup sama saja harganya di Kuantan.. kami tak makan makanan tengahari secara buffet setakat ni.. jadi aku tak dapat nak kongsikan berapa harganya.. 

Harga strawberi waktu ni ada yang paling murah cuma RM10 sebekas dalam 12-13 biji macam tu.. dan ada jugak yang jual ikut kilo.. untuk strawberi petik sendiri di Cameron Highlands ni rata-rata letakkan harga dari RM60 untuk sekilo.. ada jugak yang boleh petik minimum RM30.. itu je la yang dapat dikongsikan buat masa ni.. nanti ada masa aku kongsikan lagi ya.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang boleh tahan la hrga di CH kan, tu belum buah tgnnya lagi, huhu.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Good sharing Ita.. Kak Sue takut betul kalau lalu jalan sunyi. Masa Kak Sue pergi dulu, ikut Tapah.. pening kepala jalan berpusing-pusing teruk.. ehehe.. dah la tak boleh petik strawberry sebab bukan musim. Nak kena pergi lagi nie..

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

untuk staff gov ni kan..dpt sewa penginapan macam ni. Murah dan jimat

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat bercuti ita. Mmg nampak selesa sgt rumah peranginan tu nak Cuba tempah guna adik ipar atau ayah aku laa

aima hassan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rezeki.
Not bad jugakan facilities dia.
Tak pernah try nak book rumah perseketuan lagi setakat berkhidmat dengan gomen ni. Should try one day!

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Okey gak rumah dia, yeak..rezeki betul k.ita dpt booking kat sini..susah nak dpt..asyik fully booked...