Isnin, 11 Disember 2017

Mamapipie yang membawaku ke dunia blogger

assalamualaikum semua, hari ni aku nak buat review paling istimewa buat insan yang teristimewa.. tak lain tak bukan buat seorang sahabat yang aku kenal sejak dari zaman persekolahan dulu.. bukanlah zaman berhingus tapi zaman selebet.. hahaha.. zaman aku bersekolah menengah dulu memang agak selebet ok.. pakai tudung yang dibuat sendiri menggunakkan kain bajet je masa tu.. hehehe.. kenangan betul.. tapi sahabat aku ni memang seorang yang patut aku kenal kerana Blogger Mamapipie yang membawaku ke dunia blogger pada awalnya dulu..

Mamapipie yang membawaku ke dunia blogger


dulu-dulu kami ni jenis ada blog sorang satu.. ye la masing-masing duduk jauh dari kawan kan? ada kawan baru jugak memasing masa tu tapi tetap tak sama dengan kawan yang kau dah kenal dan duduk sebumbung dan kadangkala makan bersama dan tidur bersama.. lain tau perasaannya.. jadi bila dah berpisah masing-masing ada tulis blog untuk update cerita kehidupan masing-masing.. masa ni dalam tahun 2006-2008 la macam tu.. masa tu kami menulis di platform Friendster.. dulu-dulu facebook dan blogger ni tak berapa popular sangat.. tapi dah sibuk la orang buat.. kami dulu banyak menulis di Friendster.. rugi aku tak salin semua yang aku tulis di friendster tu termasuk kisah kelahiran abg long dulu..

eh berbalik kisah blogger Mamapipie ni.. Mamapipie atau lebih dikenali sebagai Adda dah mula aktif menulis di blogspot.. dan mula ajak aku menulis di blogger ni.. buktinya aku ada letak post pertama dalam blog aku ni pada tahun 2008.. masa tu Adda dan menulis secara aktif tau.. dia dah punya ramai follower pun masa pun.. hebat tak hebat kawan aku ni? memang aku kagum la masa tu.. tapi nasib baik jugak la Adda ajak aku berhijrah.. dapatlah aku meneruskan minat menulis setelah frienster ditutup dulu.. aku dan kawan-kawan lain masih la terkial-kial lagi masa tu nak kenal apa dia blogspot tapi dia dah maju ke hadapan wei.. sesuai sangat la dengan ijazah yang Adda pegang.. Adda ni ada kelulusan dalam bidang IT dan sedang bekerja dengan syarikat pencetakan di bawah Karangkraf.. 

pertemuan 2 sahabat setelah 20 tahun lamanya terpisah


sejak bertahun lamanya Adda berblog akhirnya Adda buat keputusan untuk ada domainnya sendiri tahun ni dengan nama mamapipie.com.. tahniah Adda.. aku kagum sangat dengan kerajinan Adda dari segi blogwalking ke blog kawan-kawan ok.. boleh nampak di mana-mana saja ada komen Adda dan ramai pun yang kenal dia ni.. kalau tak hebat takkan iklan Innity nak bertapak di blog dia kan.. 

Adda dan keluarga bahagianya


mempunyai kerjaya serta keluarga bahagia yang terdiri dari suami dan anaknya Syafi tak pernah menghalang minat kawan aku ni berblog tau.. dalam kesibukan harian dia memang tak akan miss mengunjungi blog kawan-kawan yang lain.. rindu la zaman kita jalan blog kawan-kawan sekolah dulu kan adda...

untuk korang yang masih tertanya-tanya apa rahsia blogger hebat ni boleh la tengok blog, fb dan ig Adda.. tapi aku pasti la kalau korang blogger tegar tentunya korang kenal siapa dia ni..




Buat Adda, terima kasih sudi mengenalkan aku dengan blogspot dan sudi mengajar aku dari awal dulu.. semoga persahabatan kita kekal sampai Jannah ya kawan.. 
Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah ita, penat aku Cari gambar jejak kasih Kita Tu. Ko simpan lagi ye. Nak save laa.. sebenarnya aku dah lupa APA yg ditulis Dalam friends there Kita dulu. Best juga kan kalau boleh buka balik friendster lama Kita. Seronok Dan bahagia sangat aku aka kawan macam ko Dari zaman selebet hingga sekarang kan

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Br kenal k adda dgn lbh dkt. Sblm.ni dr blog je

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lamanya korang kenal.. harap ukhuwah korang dan kita semua berpanjangan lah sampai bila-bila ya Ita..