Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Fenomena Awan Arcus di Kuantan

assalamualaikum semua, kelmarin aku ada cerita pasal fenomena awan pelik yang muncul di Kuantan baru-baru ni kan? ada satu komen yang melintas masa aku cari info gambar untuk entri pasal awan tu baru ni... orang tu komen pasal awan arcus... serius aku memang tak pernah dengar... macam pelik bunyinya... terus aku cari info pasal awan ni... dan jawapannya... awan arcus ~ gambar dari google APA ITU AWAN ARCUS? Awan arcus adalah formasi awan yang rendah dan melintang. Ada 2 jenis awan arcus ni sebenarnya.. Jenis berlandas atau dikenali sebagai Shelf Clouds yang biasanya dikaitkan dengan penghujung tepi satu ribut. dan satu jenis lagi ialah jenis bergulung atau dipanggil Roll Clouds yang biasanya dikaitkan dengan udara sejuk dari laut yang tidak hadir bersama ribut. ni gambar dari airport kuantan ni gambar dari atas jambatan tanjung lumpur ni gambar di sungai isap.. awan tu atas pencawang elektrik di sg isap di gambar dari bukit rangin kuantan ni...

Lagi Barang Percuma dari Drypers!

assalamualaikum semua, semalam ada satu bungkusan sampai... aku pelik jugak.. dah lama tak membeli online ni... terfikir barang apa pulak yang aku dapat kali ni... dalam rasa pelik tu aku cuba belek kat sampul dia tu... alamat dia tak berapa jelas... bukan tak jelas tulisannya cuma tak jelas siapa penghantarnya... seram jugak nak terima ntah dari sapa-sapa kan? jadi aku cuba ingatkan balik... ooo... aku ada la request untuk tukar point dalam minggu lepas... tapi takkanlah cepat sangat sampai kan? tak sabar rasa nak bukak.. tapi sebelum bukak tu aku rasa-rasa dulu apa barangnya.... macam keras je kat dalam tu... rasa macam kayu... hahaha... terus aku dapat agak apa barang yang ada dalam tu... akhirnya barang yang ditunggu dah tiba.... nak tau apa barang yang aku dapat? eh bukan aku la sebenarnya... untuk bebudak ni sebenarnya... ni haa.. barang dia... bukan apa sangat pun... tapi ok la untuk anak main-main... mainan free kan...hehehe... terima kasih la Drypers... ...

Kenapa dipanggil kakitangan?

assalamualaikum semua, tadi pagi ada cerita menarik sewaktu kami berada di hospital untuk rutin setiap pagi selama 3 hari ni... sebenarnya selama 3 hari ni semua anak-anak ikut aku ke pejabat... asalnya semalam je transit tutup tapi hari ni dah bukak balik dah.. cuma diorang yang taknak pergi ke transit dah... alasannya takde kawan... ceh... memang alasan betul sebab kat tempat kerja ummi pun bukannya ada kawan... tapi ntah apa yang seronok ntah agaknya... Kenapa Kakitangan? dan pagi ni semasa rutin melalui Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, abg long ternampak tulisan di bahagian tepi kawasan meletak kereta yang ada di hospital tu... kawasan tu tertulis "Tempat Letak Kereta Kakitangan Sahaja".. abg long cuma baca dengan jelas bahagian "Kakitangan" tu saja... abg long : "Ummi, kenapa dia tulis kakitangan?, apa kakitangan tu?" aku : "Kakitangan tu pegawai dia la" abg long : "pegawai tu apa?" alamak.... bi...

Selamat Hari Raya Aidil Adha

assalamualaikum semua, khas buat semua pembaca Blog Cerita Ita yang setia, yang datang sekali sekala dan jugak yang baru  kenal... Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha walau dimana sahaja anda berada... semoga di hari raya ini memberi erti Korban yang sebenarnya dalam hidup kita semua insyaAllah... dan semoga apa yang kita doakan ditunaikan oleh Allah S.W.T. ihsan ~google doa aku supaya kalian baik-baik sahaja walau apapun dugaan yang menimpa...

Himpunan gambar awan pelik di Kuantan 8 September 2016

assalamualaikum semua, sejak malam jumaat lepas heboh satu kuantan dan satu malaysia aku kira pasal fenomena awan pelik yang melanda Kuantan pada petang hari Khamis, 8 September 2016 yang lepas... kebetulan hari tu pulak merupakan hari lahir Shah ... kami balik petang tu memang menghala ke Indera Sempurna dan Sungai Isap yang mana berlakunya fenomana yang dianggap pelik dan ganjil oleh ramai orang... awan pelik di Kuantan sebenarnya aku sendiri tak tau pasal awan pelik ni... sebabnya masa balik tu kami memang tempuh hujan dan angin yang agak kuat... dan kami cuma terkejar-kejar nak balik cepat sebab taknak rasa susah mengambil anak dalam hujan lebat... sampaikan kami tak sedar apa pun yang berlaku di atas kami masa tu... kalau la sesuatu tu berlaku dan dalam kami tak sedar... nauzubillahimindzalik... mintak dijauhkanlah... sentiasa berdoa diselamatkan dari apa jua bencana ketika kami berada di dalam dan di luar kenderaan...  ada komen dari rakan-rakan sekerja.....

Selamat hari lahir abang... dan maaf...

Assalamualaikum semua, semalam sebenarnya adalah tarikh penting untuk seorang insan yang istimewa... tapi kan... aku lupa... sungguh-sungguh lupa tau bukan main-main... betul tau selalu aku ingat... ingat sangat... tapi kali ni aku terlupa betul yang sepatutnya semalam hari istimewa insan teristimewa ni...  ini bukan kali pertama aku lupa sebenarnya... dan banyak kali dalam tahun ni aku terlupa... aku terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami... aku lupa jugak ulangtahun kami nikah... dan aku lupa jugak hari lahir mak aritu... terus aku jadi pelik... banyak sungguh benda aku lupa tahun ni... apa petandanya ye? ke sebab aku makin tua? hmmm.. tak dinafikan... tapi mungkin jugak kena banyakkan baca al-quran untuk tajamkan lebih daya ingatan... ingat tu ita... baca al-quran selalu-selalu... cabaran tu... buat suami tersayang... abang... maafkan ita ye lupa hari lahir abang... tak sengaja sangat... lepas tu nak buat kek pun tak terbuat jugak.. huhu... insyaAlla...

Apa yang Ibubapa perlu tau tentang Zika?

assalamualaikum semua, malam tadi negara dikejutkan lagi dengan berita satu lagi jangkitan virus Zika dikesan dalam Malaysia... dan kali ni lebih merisaukan kerana melibatkan golongan yang sangat berisiko iaitu ibu mengandung... aku pun terkejut sangat bila dengar berita semalam... kalau sesiapa yang berisiko macam ni jangan panik ye... cuba baca apa yang perlu dibuat untuk mencegah... kalau nak tau lanjut boleh baca kat Info Zika yang aku pernah tulis dulu... kes pertama Zika pada ibu mengandung bila ada jangkitan tempatan macam ni aku rasa yang paling panik tentulah ibu bapa kan? terutamanya mereka yang ada anak kecil macam kami ni kan...? oleh sebab tu aku awal-awal lagi dah cari info pasal apa yang ibubapa patut tau bagi mencegah anak-anak dijangkit virus berbahaya ni... gejala Zika Info perlu tahu Tentang Zika 1. Bayi dan kanak-kanak boleh dijangkiti oleh Zika.  ~ Setakat ni ada laporan yang mengesahkan jangkitan didapati dari gigitan nyamuk...