Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kakak Husna dan Fashionshow!

Assalamualaikum semua, minggu sebelum ni aku dapat mesej dari cikgu kakak husna yang bertanya boleh ke kakak masuk untuk fashionshow atau pertunjukan fesyen sempena sambutan minggu perpaduan? masa tu memang agak terkejut la.. maunya tak terkejut.. tiba-tiba je kan..  princess husna di fashionshow!  tapi aku balas jugak.. takde masalah cikgu.. sebab aku rasa kakak husna pun lebih dari suka tu.. maklumlah memang kegemaran dia pun tu melaram.. bercantik-cantik.. sambil berangan jadi princess.. hahaha.. jadi aku setuju je la.. cuma cikgu pesan la suruh ajar dia berjalan ala catwalk dengan baik kat rumah..  masa awal tu aku ajar la dia jalan sikit-sikit.. tapi lepas tu disebabkan aku agak sibuk dengan persediaan bagi ceramah dan kerja-kerja.. latihan kakak husna agak terabai jugak la.. dan waktu aku balik dari mesyuarat hari jumaat tu pun sangat letih sampai tak mampu nak hadap anak-anak hari sabtu tu.. cuma sempat cari kasut baru kakak je untuk persediaan a...

Bukan mudah nak jadi Iron Women

Assalamualaikum semua, hari ni aku cuti.. cuti secara tiba-tiba.. plan asal aku akan ke pameran Lab Asia 2017 di PWTC.. banyak peralatan makmal yang ada dipamerkan kat sana.. pameran ni bersekali dengan seminar berkaitan makmal yang berlangsung dari semalam 10 Oktober sampai esok 12 Oktober.. kira memang kalau orang makmal memang patut berkunjung ke pameran macam ni untuk tau apa saja teknologi terbaru yang terdapat di dunia..  Shah di DMMC tapi sejak Isnin baru ni shah dah dimasukkan ke hospital.. di Darul Makmur Medical Center (DMMC).. maka aku kena jalankan tanggungjawab buat insan yang tersayang ni pulak.. alhamdulillah.. masih Allah bagi peluang lagi.. tapi bukan mudah untuk aku sebenarnya..  semuanya sebab selama ni shah la tulang belakang aku dalam segala hal.. baik penjagaan anak-anak,  hal rumah.. semuanya dia bantu.. kalau dia takde mula la semuanya jadi tunggang langgang.. ni pun tengahari tadi aku baru je kerjakan kain baju kat dobi.. kebetula...

Audit ISO 17025 dah selesai!

Assalamualaikum semua, semalam dah selesai audit assessment dari Jabatan Standard Malaysia selama 2 hari.. audit kali ni adalah bertujuan untuk pembaharuan sijil ISO 17025 makmal kami buat kali ke 3.. alhamdulillah sejak layak untuk persijilan pertama pada tahun 2012, kami berjaya lagi mempertahankan sijil ni dengan beberapa perubahan dari masa ke semasa.. mesyuarat penutup - tengah cemas masa ni ceewah.. macam buat ucapan pulak dah pepagi ni.. haha.. bukan la nak buat ucapan sangat pun cuma nak melahirkan rasa bersyukur dah terlepas satu lagi tanggungjawab yang agak berat ni.. inilah antara sebab jugak kenapa aku tak dapat menghadirkan diri dalam majlis konvokesyen adik aku.. sekarang cuma tinggal nak masukkan jawapan dan bukti untuk jawapan tu je la belum dibuat lagi.. insyaAllah akan cuba diselesaikan secepat mungkin..  penemuan audit semalam pun cuma dapat 1 NCR (non-confirmatory report) kategori 3 (minor) dan satu observation.. alhamdulillah agak sukar nak da...

Sekali dia keluar Vivo V7+ la pulak !

assalamualaikum semua, tadi aku baru je cerita pasal Vivo V5 tetiba hari ni nampak iklan Senheng dan SenQ dah mula jual Vivo V7+ la pulak.. (tulis ayat sambil tarik rambut ok).. stress.. hahaha.. korang dah kenapa hah? adoiii.. dah la aku tahap kecewa dah terbeli awal.. kali ni dia keluar pulak Vivo V7+ dengan harga yang sangat berbaloi ! ok ini memang masuk kategori mengancam jiwa dah ni.. kenapa aku cakap macam tu? sebab... meh kita tengok spesifikasi Vivo V7+ ni dulu.. Vivo V7+ Vivo V7+ ni didatangkan dengan 2 warna iaitu warna hitam dan gold (pujaan hati aku selamanya.. haha).. antara ciri-ciri yang jadi idaman kalbu tu ialah : 5.99" Fullview display Octa-core 64bit Processor 4 GB RAM dan 64 GB ROM Ada 3 slot card ( 2 simcard dan 1 SD kad) 24 MP Kamera Depan 16 MP Kamera Belakang 3225mAh Li-ion bateri dah baca spek kan.. ? meh kita tengok gambar pulak.. huhu.. 5.99" FullView Display 64 GB ROM 16MP Kamera Belakang 24...

Akhirnya memang puashati dengan Vivo V5

assalamualaikum semua, lama dah aku nak cerita pasal telefon bimbit yang aku sedang pakai sekarang ni.. tapi asyik la tak sempat nak tulis.. ada aku tulis aritu pasal nak buat pilihan samada nak beli handphone Vivo V5 atau Sony Experia XA1 ? selepas dari tu aku terus tak update dah aku dah beli ke belum kan? gambar aku dengan Vivo V5 di hari Temuduga EDP haa.. kali ni aku nak bagitau kat korang.. sebenarnya aku dah selamat beli telefon pintar baru iaitu Vivo V5 , yang aku rasa sangat puashati dengan fungsi dan kualiti telefon Vivo V5 setakat ni.. tengok je la gambar aku kat atas ni.. yang ni gambar aku ambik kat tandas JPA di hari temuduga program COTI aritu.. kalau korang nak tengok spesifikasi telefon boleh baca entri Vivo V5 ni.. tapi entri aku kali ni bukan nak ceritakan pasal spesifikasi pun.. cuma nak bagitau korang yang telefon pintar Vivo V5 yang aku pakai ni best ! hahaha.. itu je ok .. ok bye.. percaya ke kalau ita nak buat entri dengan hanya 2 perenggan...

Selamat Berkonvo Adik Manis!

Assalamualaikum semua, sejak dari dulu ramai yang kenal aku sebagai orang yang keras hati dan terejal katanya.. tapi tak ramai yang tau aku terpaksa jadi 'keras' atas apa yang aku lalui dalam hidup ni.. dan di sebalik kekerasan tu terselit kelembutan yang hanya orang terapat yang tau..  cilok gambar seorang graduan di fb :p hari ni aku betul-betul berasa hati aku sangat tersentuh.. semuanya sebab adik bongsu kami yang dilahirkan ketika aku berada di Tingkatan 3.. jauhnya jarak antara kami sebenarnya.. dan dialah satu-satunya adik perempuan yang aku ada.. adik kami yang sejak dulu kecil dan comel je dan sekarang ni dah bertambah comel ni dah besar rupanya..  dan hari ni merupakan hari bersejarah buatnya.. Hari adik kami ni meraikan hari konvokesyennya yang pertama!  dan aku pula.. hanya mampu menghantar doa sebagai iringan pengganti diri dari jauh buatnya yang berada nun di Kelantan semoga majlisnya berjalan lancar.. Maafkan akak sebab tak boleh temankan a...

Jualan #MYCYBERSALE : Dapatkan produk The Olive Tree dengan harga lebih murah!

Jualan #MYCYBERSALE : Dapatkan produk The Olive Tree dengan lebih murah!  Assalamualaikum semua,  korang pernah terfikir tak pasal bahan kimia dalam produk syampu yang korang guna hari-hari?  secara jujurnya aku memang pernah dengar dan sejak akhir-akhir ni mula mengkaji baik dan buruknya bahan kimia dalam produk yang aku pakai untuk rambut.. antaranya ialah untuk elakkan produk yang mengandungi SLS, SLES dan paraben..  Apa itu SLS dan SLES? mesti korang pun nak tau apa dia SLS dan SLES tu kan..?  SLS atau Sodium Lauryl Sulfate dan SLES atau Sodium Laureth Sulfate adalah bahan yang banyak digunakan terutama dalam barangan penjagaan diri seperti syampu,  mandian badan, ubat gigi dan jugak pembersih industri seperti bahan pencuci lantai.. antara sebab ianya digunakan adalah kerana fungsinya sebagai agen penghasil buih yang bagus..  tetapi dalam fungsi penghasilan buihnya tu jugak terselit kesan yang tidak baik terutamanya untuk badan...