Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi

assalamualaikum semua,  lamanya tak kongsikan cerita pasal kehidupan aku kat blog ni.. aku baru je balik hadiri minggu sukan jabatan di Kelantan semalam.. nantilah aku ceritakan pasal sukan tu.. pagi tadi kami sertai gerai jualan bersempena Mesyuarat Agong Puspanita Negeri Pahang.. kami jual susu segar dan pau jugak karipap frozen.. alhamdulillah jualan agak bagus.. cuma tak sangka akan terkena musibah cermin retak di jalan Sungai Soi petang tadi..  Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi selepas jualan tadi, kami putuskan nak lalu jalan dari Indera Sempurna sebab ada hal di sana.. jadi kami kena lalu jalan dari Sungai Soi menghala ke Kampung Kempadang untuk sampai ke rumah kami di Bandar Putra.. sampai di jalan kawasan hadapan Petronas Sungai Soi tu shah dah bunyi,  katanya banyak batu berterabur di sepanjang jalan tu.. shah kata mesti ada lori ni yang bawak dan terjatuh dari lori.. memang nampak pun sepanjang jalan tu banyak batu kasar dan halus..  ma...

Temui cara nak atasi rambut gugur dan berbau

assalamualaikum semua,  korang yang pakai tudung mesti ada yang alami masalah macam aku kan? masalah rambut gugur yang teruk,  rambut berbau sebab tersimpan lama dalam tudung, dan paling penting masalah kelemumur.. dah lama aku cuba cari cara nak atasi rambut gugur dan berbau selepas seharian bertudung.. Temui cara nak atasi rambut gugur dan berbau  aku dah cuba macam-macam cara termasuk potong rambut pendek,  pakai syampu mahal dan jugak syampu murah.. ada yang sesuai dan ada yang tak.. ada yang aku cuba cuma dapat selesaikan satu je dari 3 masalah rambut aku tu.. dan ada yang memang sesuai tapi harganya pulak seram bulu roma bila nak sebut.. belum lagi bila guna ada rasa was-was nak tau bahan yang digunakan untuk hasilkan syampu tu selamat ataupun tidak..  tapi baru ni aku dapat cuba satu produk syampu dan perapi yang aku percaya dapat bantu semua orang yang ada masalah sama macam aku.. korang nak tau tak apa dia syampunya?  meh aku share...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk meme...

Keseronokan bersukan dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior

assalamualaikum semua, korang mesti ada pilihan dalam memilih rangkaian barangan untuk kegunaan anak-anak kan? aku pun sama jugak.. tapi memang selalunya anak-anaklah yang jadi pengaruh kuat dalam pemilihan barangan ni.. macam tu jugak untuk mandian anak-anak.. selalunya memang anak-anak akan mintak yang seronok bagi mereka.. macam mandian Carrie Junior ni..  Keseronokan bersukan dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka. Bermain dengan air merupakan aktiviti...

Sibuk berlatih main batu seremban

assalamualaikum semua, sekarang ni aku tengah sibuk berlatih main batu seremban.. mesti bila ada yang gelak bila baca tajuk ni kan.. ala batu seremban je pun.. maklum je la permainan ni orang anggap senang sangat kan.. apa la sangat nak dilatihkannya pun.. aku pun memula dulu macam tu la jugak fikirnya tau.. tapi percayalah.. bila dah masuk dalam peringkat saringan untuk pilih pemain terbaik 2 tahun lepas baru aku tau apa dia cabaran sebenar yang dinamakan permainan batu seremban ni.. bila dah sedar masa tu rasa nak tarik diri pun ada tau.. huhu.. Sibuk berlatih main batu seremban buat apa je aku sibuk nak berlatih dan siap ada pemilihan pemain terbaik ni kan? sebenarnya akan dianjurkan sukan peringkat jabatan untuk jabatan aku ni yang akan diadakan di Kelantan pada awal bulan depan.. jadinya kenalah buat pemilihan bagi memilih pemain terbaik yang akan mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang ni dalam semua sukan yang dipertandingkan.. dalam sukan ni ada 2 kat...

Sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea

Sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea assalamualaikum semua, eh aku belum cerita kan pasal aku terima Red Sparkling Box dari Althea Malaysia? meh la aku ceritakan kejap.. baru ni aku dengan anak dara kecik aku agak teruja sebab kami terima bungkusan Red Sparkling Box dari Althea tau.. maklumlah orang perempuan kan.. haruslah teruja lebih.. lelagi bila kotak yang diterima tu pulak dipenuhi dengan barang kecantikan yang memang orang perempuan tak boleh nak pandang sebelah mata la kan.. harus nak belek berulang kali sebelum pakai tau.. Sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea bagi penggemar alat solek dan skincare tentunya dah agak familiar dengan nama Althea kan? Althea ni memang terkenal dan dah ada banyak cawangan di serata dunia tau.. pada aku apa yang ditawarkan di Althea ni memang sangat berbaloi kerana setiap barangan yang dijual adalah dihantar terus dari Korea.. dan tentunya produk Korea yang berkonsepkan natural dan sesuai untuk semua jenis ku...