Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Contents Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar

Sibuk berlatih main batu seremban

assalamualaikum semua, sekarang ni aku tengah sibuk berlatih main batu seremban.. mesti bila ada yang gelak bila baca tajuk ni kan.. ala batu seremban je pun.. maklum je la permainan ni orang anggap senang sangat kan.. apa la sangat nak dilatihkannya pun.. aku pun memula dulu macam tu la jugak fikirnya tau.. tapi percayalah.. bila dah masuk dalam peringkat saringan untuk pilih pemain terbaik 2 tahun lepas baru aku tau apa dia cabaran sebenar yang dinamakan permainan batu seremban ni.. bila dah sedar masa tu rasa nak tarik diri pun ada tau.. huhu..

Sibuk berlatih main batu seremban


buat apa je aku sibuk nak berlatih dan siap ada pemilihan pemain terbaik ni kan? sebenarnya akan dianjurkan sukan peringkat jabatan untuk jabatan aku ni yang akan diadakan di Kelantan pada awal bulan depan.. jadinya kenalah buat pemilihan bagi memilih pemain terbaik yang akan mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang ni dalam semua sukan yang dipertandingkan.. dalam sukan ni ada 2 kategori yang akan dipertandingkan iaitu sukan indoor dan sukan outdoor.. dan sukan batu seremban termasuk dalam kategori sukan indoor yang sama seangkatan dengan sukan karom, congkak dan jugak sukan dart.. 

alhamdulillah, aku dah terpilih mewakili negeri Pahang sejak aku masuk saringan pada tahun 2016 dulu.. ada aku cerita pasal batu seremban dulu.. tapi masa tu kebanyakkan ahli takde pengalaman bermain di peringkat macam ni.. cuma dua orang dari 5 orang yang ada pengalaman bermain di peringkat jabatan sebelum tu.. dan akhirnya kami cuma berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat separuh akhir dan menggondol tempat keempat bagi acara ni.. dapatlah jugak menyumbangkan mata bagi pasukan masa tu.. walau cuma 1 mata.. 

batu seremban ni memang tak susah tapi ianya lebih kepada ketahanan mental pemain bila berada dalam sesuatu pertandingan.. yang paling susah ialah bila pemain berada dalam keadaan tertekan dan tidak tapat bermain dengan baik pada akhirnya.. 

inilah semua ahli pasukan yang akan mewakili negeri Pahang ~ ada gaya pemenang tak? 


dan hari ni akan ada perlawanan persahabatan pulak dengan 2 lagi pasukan lain dalam jabatan ni jugak.. ini untuk menguji kemahiran pemain dan jugak membiasakan pemain dengan corak perlawanan sebenar.. doakan aku dan pasukan ya.. terima kasih!

Ceritaita


Ulasan

  1. Dekat opis ni pun ade team batu seremban...:)

    BalasPadam
  2. Kak Sue suka sangat main batu seremban masa kecik-kecik dulu.. good luck ya Ita..

    BalasPadam
  3. rindu pulak nak main batu seremban

    BalasPadam
  4. Wah hebat kawan aku ni wakil neg Pahang Tu. Good luck ye ita

    BalasPadam
  5. wah..terbaik siap dapat wakil negeri..tapi khaty main batu seremban guna batu biasa. Yang guna kain secomel tu tak pernah main.

    BalasPadam
  6. Mengembalikan nostalgia ni...Dulu main pakai ceper tak pun batu....Sekarang ni bukan main cantik lagi batu serembannya
    Moga grup Ita menanglah ek...

    BalasPadam
  7. Lama dah tak main batu seremban kak...kalau main batu seremban saya suka cari batu kecil dan nanpak bukat sikit

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus