Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Jadual Tabung 52 minggu

assalamualaikum semua, sejak beberapa hari lepas aku asyik tengok kisah tabung 52 minggu lalu lalang di dinding facebook aku.. kisahnya ialah kawan-kawan yang mengutip hasil dari tabung 52 minggu mereka.. macam best je bila aku tengok.. biasalah kan bila nampak hasil duit tu kita akan rasa macam seronok sangat, lagi-lagi la bila nampak duit banyak sekali gus depan mata tu kan.. tapi hakikatnya mereka kumpul dengan gigih selama 52 minggu iaini setahun lamanya tu tau.. siap ada jadual tabung 52 minggu tu lagi..

tabung 52 minggu
Jadual Tabung 52 minggu ~ gambar ni aku dapat dari Google 


apa maksudnya tabung 52 minggu ni sebenarnya? aku pun baru sedar ada orang buat azam gigih kumpul duit dengan cara macam ni.. alternatif yang sangat bagus untuk orang yang tak berapa berdisiplin nak menyimpan duit dan nak tanam sifat suka menyimpan dalam diri.. dan jugak untuk orang yang suka letakkan target tapi taknak letak target tinggi sekali gus.. ini memang cara yang sangat berkesan rasanya..

caranya kita sediakan jadual penyimpanan duit untuk 52 minggu iaitu setahun.. mengikut minggu dan bulan.. lepas tu tetapkan yang kita akan isi pada setiap hari Jumaat setiap minggu.. jumlahnya pulak adalah sama dengan nombor pada minggu tu.. misal la pada minggu pertama sekarang ni.. dan hari ni merupakan hari Jumaat, jadinya kita masukkan not bernilai RM1 pada hari ni.. begitulah untuk minggu-minggu seterusnya.. RM2 untuk hari Jumaat minggu yang kedua.. dan seterusnya sampailah kita masukkan RM52 pada minggu yang terakhir..

tabung 52 minggu
Jadual Tabung 52 minggu yang aku google ~ kredit pada tuan yang rajin buat ni..


dengan cara ni kita sebenarnya akan mengumpul hasil sebanyak RM1,378 dalam setahun tanpa sedar.. bagus kan? aku dah cari dalam internet jadual tabung 52 minggu ni yang cantik cuma jumpa yang macam kat atas ni je.. tapi aku perlukan ruangan kosong kat bawah jumlah tu untuk aku tandakan samada aku dah capai atau tak.. jadinya aku buatkan satu lagi jadual khas untuk aku.. dan untuk bagi semangat aku letakkan nama sekali kat situ.. senang nanti aku boleh tampal je kat kotak simpanan tu nanti.. aku dah terbayang dah ada satu kotak nutrimax yang sesuai sangat jadi tabung ni kang.. satu untuk aku dan satu untuk shah.. 

tabung 52 minggu
Jadual Tabung 52 minggu 


yang atas ni ialah Jadual Tabung 52 Minggu yang aku buat sendiri.. ada ruangan kosong untuk tulis nama kat situ.. jadinya bolehlah nak tulis nama siapa tuan punya tabung tu kan.. bagi semangat jugak secara tak langsung untuk tuan tu.. jadi buat en. shahir, mari kita tengok kita kuat tak hadapi cabaran ini bersama ye bang!.. hehe.. ada jugak yang aku nampak cadangan untuk tabung 52 minggu ni untuk anak-anak.. nanti aku nak cuba buat jugak untuk anak-anak.. insyaAllah.. semoga Allah berikan kekuatan untuk kami simpan duit tahun ni.. 

Ceritaita


Ulasan

  1. Bagus jugak ni kak ita.. tp bila dah hujung2 tu amount makin besar tu agak mencabar jugak nak simpan tu.. haha.. so far Dilah buat tabung hijau jer.. Tabung RM5 dah 2thn buat.. setahun dapat la dlm RM500-600.

    BalasPadam
  2. macam nak try jugak...duk tgk ramai yg share...

    BalasPadam
  3. ada tgk kwn2 share juga psl ni ..bole la cuba

    BalasPadam
  4. Semoga terus istiqamah kak..saya pun dah buat juga !

    BalasPadam
  5. Menarik juga nie Ita, nak buat juga lah..

    BalasPadam
  6. macam mane nk dapat semangat menyimpan ye?

    BalasPadam
  7. bagus juga tabung 52 minggu ni, boleh cuba juga ni.

    BalasPadam
  8. Sy dh buat kugak kak..tp duit smpan dlm.bank muamalat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus