Logo KBBA

Khamis, 8 September 2016

Apa yang Ibubapa perlu tau tentang Zika?

assalamualaikum semua,

malam tadi negara dikejutkan lagi dengan berita satu lagi jangkitan virus Zika dikesan dalam Malaysia... dan kali ni lebih merisaukan kerana melibatkan golongan yang sangat berisiko iaitu ibu mengandung... aku pun terkejut sangat bila dengar berita semalam... kalau sesiapa yang berisiko macam ni jangan panik ye... cuba baca apa yang perlu dibuat untuk mencegah... kalau nak tau lanjut boleh baca kat Info Zika yang aku pernah tulis dulu...


kes pertama Zika pada ibu mengandung


bila ada jangkitan tempatan macam ni aku rasa yang paling panik tentulah ibu bapa kan? terutamanya mereka yang ada anak kecil macam kami ni kan...? oleh sebab tu aku awal-awal lagi dah cari info pasal apa yang ibubapa patut tau bagi mencegah anak-anak dijangkit virus berbahaya ni...

gejala Zika

Info perlu tahu Tentang Zika

1. Bayi dan kanak-kanak boleh dijangkiti oleh Zika. 


~ Setakat ni ada laporan yang mengesahkan jangkitan didapati dari gigitan nyamuk.
~ Tiada kes dilaporkan mengaitkan jangkitan berlaku dari proses penyusuan susu ibu kepada bayi. Dan disebabkan penyusuan susu ibu itu sendiri memberi banyak manfaat, penyusuan susu ibu digalakkan diteruskan walaupun dikawasan virus Zika dikesan.
~ Tanda-tanda dijangkiti Zika ialah demam panas, ruam, sakit sendi dan kemerahan pada mata. Tanda ini biasanya akan hilang dalam masa beberapa hari hinggalah ke satu minggu. Tetapi kebanyakan mereka yang dijangkiti Zika tidak menunjukkan sebarang tanda.
~ Tiada vaksin atau ubat untuk Zika setakat hari ini.

2. Kecacatan pada bayi termasuk microcephaly dilaporkan berlaku pada bayi yang dilahirkan oleh wanita yang dijangkiti Zika ketika mengandung.


~ Virus Zika boleh dipindahkan dari ibu kepada bayi sewaktu kandungan atau ketika proses kelahiran berlaku. Kajian sedang dibuat untuk mengesahkan fakta ini.
~ Sehingga 2015, Brazil merupakan negara yang mempunyai wabak terbesar. Semasa wabak berlaku, dilaporkan kenaikan bilangan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan microcephaly.
~ Terdapat juga laporan keguguran dan masalah lain dalam kandungan dilaporkan pada wanita yang dijangkiti ketika mengandung. Zika juga dikaitkan dengan kecacatan lain termasuk masalah mata, masalah pendengaran dan masalah tumbesaran.
~ Tidak semua bayi yang dikandung oleh wanita yang dijangkiti mengalami masalah kesihatan. Kajian masih dijalankan untuk mengesahkan fakta ini.
~ Microcephaly boleh berlaku disebabkan banyak sebab, bukan hanya Zika boleh menyebabkan microcephaly.

bayi dengan tanda microcephaly ~sinarharian

Yang Kita Tidak Tahu Tentang Zika


~ Tidak dapat dipastikan Zika dipindahkan dari ibu mengandung ketika dalam kandungan atau ketika proses melahirkan berlaku.
~ Tidak dapat dipastikan juga adakah usia kandungan sewaktu ibu dijangkiti mempengaruhi tanda yang terdapat pada bayi.
~ Tahap kesihatan bayi yang dilahirkan dengan jangkitan Zika untuk jangkamasa panjang.

Apa Yang Kita Patut Buat Sebagai Ibubapa?


1. Halang gigitan nyamuk.


~ untuk halang gigitan nyamuk boleh mengamalkan cara berikut:
a. Pakaikan pakaian yang panjang yang menutup keseluruhan kaki dan tangan.
b. Gunakan kelambu di rumah dan pada stroller bayi.
c. Jangan menggunakan sebarang insect repellent pada bayi berumur 2 bulan ke bawah.
d. Jangan menggunakan sebarang insect repellent pada tangan, mata, mulut dan kulit yang luka untuk kanak-kanak berumur lebih 2 bulan.
e. Elakkan anak anda bermain di luar rumah pada waktu lewat petang atau malam.

2. Kawal pembiakan nyamuk di dalam dan luar rumah.


3. Jika anak anda menunjukkan sebarang tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, sila bawa anak anda ke hospital dengan segera. Bawah ni terdapat senarai hospital di sekitar Malaysia yang membuat pemeriksaan terhadap jangkitan Zika jika ada..


Senarai hospital untuk pemeriksaan ZIKA


diharap dapat membantu Ibubapa di luar sana untuk bersedia dan memastikan anak-anak amanah Allah ni selamat di bawah jagaan kita... insyaAllah...

* info dari laman web CDC
Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau mcm lisa ni boleh kena zika juga tak

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semua org berisiko lisa..doa je la mintak dijauhkan dr kita..

Dkna Abza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Risaunya ngan penyakit cam ni. Doakan kita semua jauh dr zika..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan... risau jugak.. mcm takut lain macam pulak bila tengok nyamuk..huhu

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ujian besar buat mereka yg sedang pregnant sekarang ni
Takut betul kakak..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul kak.. ganjaran sgt besar buat ibu2..