Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar dan rumah. Nak parking pun

Nak Susu Segar dan GCTea? Temui kami esok di sini !

Assalamualaikum semua,

dah tengah malam baru sempat tulis entri... ada banyak benda berlaku hari ni... yang tu esok-esok la aku cerita... panjang sangat kisahnya...



kali ni nak sambung promosi pasal gambar kat atas ni haa... kami akan berada di majlis ni esok ... insyaAllah kalau takde aral melintang kami akan bawa sekali susu segar legend yang wanted selama ni dan jugak GCTea terlaris di pasaran yang sememangnya banyak membantu pesakit diabetes di luar sana...

susu segar berperisa


kalau anda rasa nak rasa susu segar berperisa zaman berzaman ni dan jugak boleh rasa GCTea dengan percuma... marilah datang ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan ni...

nak cerita sikit pasal Majlis Walimaturus Perdana ni... kalau nak tau majlis walimaturus perdana ni bukan yang kali pertama diadakan dan setakat ni menarik ramai pasangan yang berhajat disatukan tetapi tidak mempunyai bajet yang besar tetapi tetap dapat meraikan perkahwinan mereka secara besar-besaran... dihadiri jugak oleh sedara-mara terdekat serta rakan-rakan...

dan lebih menarik semua orang awam dijemput hadir sama untuk memeriahkan majlis..menarik kan? majlis perkahwinan biasa-biasa pun cuma orang yang kenal je boleh hadir.. ini orang ramai boleh hadir sama tau.. meriah memang sangat meriah... dah macam majlis kahwin artis-artis dah ni...

rezeki betul kan? zaman kami kahwin dulu kenapalah takde pilihan macam ni.. nak sanding lagi sekali boleh tak agak-agak.. haha..

kalau nak rasa kemeriahan suasananya jom datang esok ke Kafa  yang berdekatan Masjid sungai Ular, Kuantan, Pahang untuk sama-sama memeriahkan suasana... jumpa esok!

kuantan
gctea

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus