Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 27 September 2016

Apa yang menarik tentang Filem STORKS?

assalamualaikum semua,

hari nak cerita pasal filem yang sempat kami tonton hujung minggu lepas... filem Storks! sebenarnya pada awalnya kami nak tonton cerita Pete's Dragon untuk claim voucher tiket percuma di Golden Screen Cinemas... tapi disebabkan banyak betul halangan di hari Ahad baru ni makanya plan bertukar semuanya... dan kami akhirnya menonton cerita Storks!

STORKS


review
nampak tak gambar preview stork kat panggung pun nampak baby je.. haha



kalau tengok gambar pada iklan tu dan preview yang kami tengok di powerscreen semasa menunggu lampu isyarat di lampu isyarat Teluk Sisek hari tu kami cuma bayangkan cerita ni berkisar tentang burung yang buat penghantaran bayi ke sana sini.. haha.. kan ada je cerita dongeng pasal burung ni kan?

dan aku tak lupa untuk baca dulu samada cerita ni sesuai tak untuk tatapan kanak-kanak terutama anak-anak yang masih di bawah umur... yelah kalau bukan kita sebagai ibubapa yang kawal apa yang anak-anak tengok siapa lagi yang patut buat kan?

daripada pencarian aku aku tengok cerita Storks ni melepasi piawaian aku sebagai ibubapa.. dan sesuai untuk anak-anak aku tengok... antara yang aku perhatikan adalah ada tak cerita ni beri ilmu yang kurang baik pada anak-anak dan jugak ada tak cerita ni berikan positif impak pada kanak-kanak... dan ini yang aku dapat dari pencarian aku...



jadinya cerita ni lulus dari pandangan mata kasar


dan selepas kami tengok cerita Storks ni sampai habis... pada aku cerita ni sebenarnya sebuah kisah yang sarat dengan emosi... emosi seorang anak bila ibubapa hanya menyibukkan diri dengan kerjaya, emosi seorang anak yang tidak punya ibubapa dan terpaksa tinggal di kalangan mereka yang bukan keluarganya.... dan jugak emosi seorang anak yang tidak mempunyai teman untuk bermain...


dua watak utama dalam cerita ni



sebenarnya kisah Storks lebih berkisar tentang kisah dongeng mengenai penghantaran bayi yang dibuat oleh burung Stroks kepada sesiapa yang mengirim surat kepada mereka.. ada sedikit kekeliruan untuk anak-anak sebenarnya pada part bayi dihasilkan oleh mesin bayi lama dalam kilang penghantaran ni... part yang ni korang kena la pandai-pandai terangkan pada anak-anak...


kilang bayi

dan cerita ni lebih kepada kisah pengembaraan 2 watak utama iaitu seekor burung Stork bernama Junior dan seorang anak yatim bernama Tulip yang dalam misi untuk membuat penghantaran seorang bayi yang terhasil dari mesin secara tidak sengaja...

ini bayinya di tengah-tengah

ok... aku menangis masa tengok cerita ni ok... terutama bila part Tulip meninggalkan Junior dari atas kapal.... kenapa Tulip tinggalkan Junior? haa... yang tu korang kena la tengok sendiri untuk nangis jugak macam aku... hahaha...


part Tulip meninggalkan Junior... huhuhu...


tapi serius pada aku mesej filem ni yang sebenarnya nak tunjukkan yang anak-anak ni sebenarnya tak pandai nak nyatakan apa yang diorang rasa... terutama bila diabaikan oleh ibubapa tau... alahai... mula la hati aku dah rasa macam ada hujan lebat je ni... 

apapun... untuk sesiapa yang rasa nak tengok cerita ni dengan anak-anak sangat la di alu-alukan... orang dewasa pun suka je tau... hadi yang biasa kalau tengok wayang tak sporting pun kali ni sangat sporting sampai minit terakhir yang akhirnya dia boleh tidur... hehehe...

hadi tertidur di pawagam


dan misi terakhir adalah ambik gambar beramai-ramai di hadapan poster filem yang biasanya memang mengecewakan... hahaha... layan je la...

anak-anak riang!


Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: