Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 20 September 2016

Ilmu untuk dikongsi

assalamualaikum semua,

semalam ada komen menarik kat blogger dashboard masa aku semak komen-komen yang masuk... ecece.. macam banyak sangat komennya kan... hahaha... komen ciput je tapi tetap kena tapis... alasan nak tapis? pasal pernah dapat komen yang pasti kau boleh terkujat baca dan kesannya sampai tak boleh tidur malam sebab memikirkan wajarkah entri itu dipadam terus dari alam maya... tapi sekejap je aku rasa macam tu... bila dah lama-lama aku rasa ada je orang akan dapat manfaat dari blog aku atau dari entri yang aku tulis... dan tak semua orang akan setuju dengan apa yang orang lain cakap...

baca komen yang panjang lebar kedua tu... di entri INI



dan semalam bila aku baca komen macam di atas ni... aku rasa aku dah capai sedikit dari matlamat yang aku nak... kalau tak dpat capai semua pun atau tak dapat capai sebahagiannya pun aku rasa dan puashati bila ada orang boleh tolong aku untuk capai matlamat yang sedikit tu...

antara matlamat aku buat blog di awal dulu adalah sebagai tempat meluah rasa yang akhirnya memberi manfaat pada orang lain yang membacanya... juga menjadi medan perkongsian buat sesiapa yang memerlukan... dan bila aku baca komen sebegini aku rasa terharu sangat-sangat... ada orang yang sudi menambah saham dengan berkongsi ilmu yang dia ada... rasa syukur dan dikelilingi oleh insan yang sentiasa menyayangi orang lain dan suka orang lain dapat kebaikan setiap masa...

semangat macam ni yang kita mahukan supaya ada di mana-mana... sifat untuk berkongsi ilmu dan tak berkira orang menggunakan petua atau ilmu yang dia ada... syabas aku ucapkan... aku sendiri pun kadang kala agak terpesong matlamat bila disajikan dengan imbuhan-imbuhan sampingan... terima kasih kerana komen korang kadang kala mengingatkan aku semula asasnya blog ini ditulis...

semoga apa saja yang aku tulis di dalam blog ini dapat memberi manfaat tak kira pada siapa jua di luar sana... terutamanya jika satu ketika nanti aku dah tiada.... dan jika ada yang buruk atau tak elok boleh je korang suarakan pada aku secara langsung dalam komen atau melalui email... insyaAllah mana yang boleh diperbaiki aku akan cuba tambah baik...  

terima kasih juga kepada semua yang sudi singgah baca tanpa tinggalkan komen... jasa kalian tak akan kulupakan... 

p/s eh tetiba rasa macam ucapan menang anugerah pulak...
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mmglah niat tu utk berkongsi ilmu walau kadang kadang mcm merapu je hihi....tp insyaallah sedikit sebanyak harapnya adalah faedahnyakan Ta