Logo KBBA

Rabu, 7 September 2016

Kecacingan pada biri-biri

assalamualaikum semua,

pagi ni aku nak cerita sikit pasal kerja... mesti bila korang baca perkataan kerja tu je dah rasa macam nak terus tutup blog ni kan? hehehe... rilek la... kerja aku insyaAllah menyeronokan.. orang putih kata "fun".. kenapa aku kata seronok? pasal aku akan jumpa sesuatu yang berbeza pada setiap hari-hari aku bekerja... walaupun rutinnya tetap sama tapi tetap ada sesuatu yang berbeza... dan ini jadikan hidup kami sangat best!

kecacingan pada bebiri
nampak tak cacing pada sarung tangan dan yang berselirat pada ketulan ni?


ok jom kita cerita pasal kes yang aku lawat ni... kes ni berkaitan dengan haiwan besar iaitu Bebiri... haa.. bila nak cerita pasal kerja mula la ada ayat macam formal keluar... huhuhu... bertabahlah korang... meh cikgu nak ajar meh... ginilah... dulu-dulu bercita-cita nak jadi Cikgu tak tercapai...kita jadi cikgu binatang je la ye... 

sebenarnya kami dapat laporan kes yang ternakan ni mengalami kadar kematian yang tinggi... jadi lawatan untuk siasatan penyakit perlu dijalankan... dan di hari kejadian dengan kerjasama dari Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah kami pergi ke destinasi siasatan... 

hasil siasatan hari tu kami mendapati yang ladang ini sebenarnya mengalami masalah kecacingan yang agak serius... diagnosis ditentukan dengan melihat pada simptom atau tanda-tanda penyakit yang ada pada bebiri... antara tanda-tanda ternakan diserang cacing adalah seperti berikut...

Tanda kecacing pada biri-biri atau bebiri:


1. Hilang berat badan yang teruk, haiwan kurus.

2. Pucat, boleh dilihat ketara pada bahagian mulut, gusi dan mata.

3. Bengkak pada bahagian pangkal leher dan bawah dagu. (dalam english dipanggil bottle jaw)

4. Kehilangan selera makan.

5. Demam.

6. Cirit birit dengan najis yang cair.

7. Bulu tegak berdiri. (merinding istilah biasa kita sebut)

8. Kehilangan darah. (ini boleh dilihat melalui tanda no. 2)

9. Monyok

10. Kekeringan.

11. Mati

* kebanyakan tanda-tanda ni datang bersekali atau adakalanya hanya satu dua yang dikesan... bergantung pada beban kecacingan yang dialami oleh ternakan.. 

di bawah ni adalah gambar berkaitan dengan tanda yang aku dah senaraikan di atas tadi... ada aku letakkan penerangan pada setiap gambar... kalau tak faham boleh tanya ye.. hehe...

kekurangan berat badan ~ kurus

muka bengkak (bottle jaw)

bottle jaw

pucat

bulu tegak dan cirit

mati


bila korang dah dapati yang ternakan korang alami semua tanda-tanda kecacingan macam kat atas tu apa korang patut buat? haaa.... ni soalan yang agak popular... senang saja sebenarnya... apa yang korang perlu buat adalah...

Rawatan yang perlu diberi jika kecacingan:

1.   Asingkan ternakan yang mengalami kecacingan dari ternakan lain yang sihat.

2. Pastikan ternakan diberi air secukupnya untuk mengatasi kekeringan badan dan mengembalikan tenaga pada badan ternakan yang lemah. Boleh juga memberi multivitamin bagi menambah kecergasan badan.

3.   Rawat kecacingan dengan menggunakan ubat cacing yang sesuai. (sila rujuk Pejabat Veterinar berdekatan)

4.  Pastikan kandang bersih dari najis ternakan yang diserang kecacingan.


kebanyakan dari pengusaha ladang ternakan ni dah ada pengetahuan tinggi dalam mengenalpasti sendiri tanda-tanda penyakit macam ni tau... mereka lebih hebat dalam pengendalian ternakan berbanding kami di jabatan veterinar yang cuma berjumpa ternakan sekali sekala berbanding dengan mereka yang berada seharian dengan ternakan... cuma masalahnya ada di antara penternak ini yang tidak faham bagaimana sistem ragut boleh mempengaruhi ternakan... 

di sini la peringkat pencegahan bermula... untuk mencegah korang kena tau atau kenal apa yang hendak dicegah... di sini la pengetahuan mengenai penyakit haiwan menjadi sangat penting... bukan suruh korang jadi seorang vet pun untuk tau penyakit untuk haiwan ni... cukup sekadar korang tau apa yang bakal menyerang ternakan yang korang bela... pengetahuan macam tu pun dah lebih dari cukup sebenarnya... tak rugi pun ambik tau sebenarnya... percayalah dengan ambik tau serba sedikit punca penyakit dan apa kesannya pada ternakan tu akan membantu menaikkan hasil produksi ternakan nanti...

macam kes kecacingan macam ni sebenarnya bagus untuk tau berapa lama telur cacing boleh hidup di permukaan tanah atau rumput, suhu apa yang akan musnahkan telur cacing ini, faktor apa lagi yang boleh digunakan untuk cegah kecacingan melarat... meh aku terangkan serba sedikit pasal kitar hidup cacing ni... 

ada banyak jenis cacing sebenarnya yang boleh menyebabkan kecacingan pada bebiri tapi yang pentingnya perlu tau adalah cara cacing-cacing ni membiak... kebanyakan cacing yang menyebabkan masalah dalam ternakan ni membiak dengan kaedah seperti di bawah ni.. gambar bawah ni aku dah edit untuk bagi kefahaman lebih tentang kitaran hidup cacing dari telur hingga dewasa...

kitaran hidup cacing  menjangkiti haiwan

jadinya berdasarkan gambar di atas... kita perlu pantau ternakan supaya tidak diserang oleh L3 yang akan menyebabkan kecacingan... antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah membuat pusingan ragutan untuk ternakan... atau melepaskan ternakan meragut selepas matahari naik tinggi sekitar jam 11 pagi dan ke atas... sebab telur cacing ni akan musnah dengan cepat iaitu tak sampai 20 jam pada suhu 22 darjah celsius dan ke atas...  antara langkah pencegahan lain adalah memberi ubat cacing secara berkala kepada ternakan...

ok lawatan dah selesai, siasatan dah selesai, diagnosis dah selesai dan rundingan pun dah dijalankan... maka terletak atas budi bicara tuan punya ladang untuk menjalankan rawatan bersama kerjasama yang akan diberikan oleh pihak berkuasa veterinar daerah pulak... seperti ladang ini mereka kemudiannya diberi perkhidmatan pengambilan sampel najis dan darah bagi ujian seterusnya oleh pihak kami iaitu makmal..

sampai kat sana aritu , aku agak kagum dengan ladang ni sebenarnya... dibangunkan dengan dana sendiri dari seorang orang ternama tempatan yang telah bersara atas dasar HOBI... menarik kan? jarang ooo orang nak ada hobi bela bebiri atau kambing ni... ramai yang buat atas dasar bisnes je pun... bukan suka-suka macam ni... betul tau ni diakui oleh tuan punya sendiri... beliau memang buat atas dasar suka-suka...


ladang bebiri

tapi inilah punca masalah sebenarnya.. bila kita bangunkan sesuatu tanpa kita nampak ke mana hala tuju apa yang kita bangunkan tu.. kita sebenarnya tak tau nak mulakan macamana... betul tak? itu apa yang aku percaya dan pendapat aku la... bila kita ada minat dan kita ada matlamat buat sesuatu, kita akan buat sehabis baik untuk capai matlamat tu... walau apa pun dugaan berlaku...

dalam pembangunan sebuah ladang ternakan, penting untuk kita tau potensi ternakan yang kita bela... itu yang utama.. selebihnya barulah kita boleh merangka berapa hasil yang patut kita perolehi dalam tahun pertama, kedua dan seterusnya... ini semua bergantung pada kualiti dan kos makanan yang kita laburkan... termasuk jugak kos perubatan jika ada... semua perlu diambilkira... setiap satu perlu direkodkan walaupun kita rasa itu agak remeh... yang ni kita cerita lain kali boleh? dalam pengurusan biri-biri ke lainkali kan? insyaAllah.... teruskan membaca Cerita Ita ye.... terima kasih...


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

thanks for sharing

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sama-sama anum :)

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam manusia juga kena cacing jadi kurus, pucat dsb.
Kalau yg kurus nak buat korban rugi dagingnya sikit.
Tapi biasa utk korban kena cari yg sihat-segar-bugar.

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul kak... biasa yg sakit memang tak lepas la untuk korban.. kesian..