Logo KBBA

Rabu, 14 September 2016

Kenapa dipanggil kakitangan?

assalamualaikum semua,

tadi pagi ada cerita menarik sewaktu kami berada di hospital untuk rutin setiap pagi selama 3 hari ni... sebenarnya selama 3 hari ni semua anak-anak ikut aku ke pejabat... asalnya semalam je transit tutup tapi hari ni dah bukak balik dah.. cuma diorang yang taknak pergi ke transit dah... alasannya takde kawan... ceh... memang alasan betul sebab kat tempat kerja ummi pun bukannya ada kawan... tapi ntah apa yang seronok ntah agaknya...

Kenapa Kakitangan?


dan pagi ni semasa rutin melalui Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, abg long ternampak tulisan di bahagian tepi kawasan meletak kereta yang ada di hospital tu... kawasan tu tertulis "Tempat Letak Kereta Kakitangan Sahaja".. abg long cuma baca dengan jelas bahagian "Kakitangan" tu saja...

abg long : "Ummi, kenapa dia tulis kakitangan?, apa kakitangan tu?"

aku : "Kakitangan tu pegawai dia la"

abg long : "pegawai tu apa?"

alamak.... biru dah muka ummi awak masa ni nak oii... apa nak jawab ni...?

aku : "pegawai tu pekerja dia la"

abg long : "kenapa dia panggil pekerja dia kakitangan?"

huwaa.... ni lagi soalan berbentuk kbat ni...

korang rasa kalau muka macam ni yang tanya...sampai hati ke tak jawab? 


aku : "tempat kerja ni macam badan kita la.. kalau ada kaki dengan tangan boleh la bergerak... kalau takde kaki dengan tangan mana boleh bergerak... jadi pekerja tu macam kaki dengan tangan la yang menggerakkan tempat kerja tu..." 

fuh... ambik jawapan mak kau nak...

abg long : "oooo macam tu... kalau macam tu kenapa dia tak panggil tangankaki je?... kan kita jumpa tangan dulu baru kaki... jadi patut sebut tangankaki la... kenapa kena sebut kakitangan?"

hahaha... ambik kau ita... kali ni aku betul-betul menyerah... dia tanya soalan lagi susah... 

aku : "mana la ummi tau nak... dari dulu memang diorang dah namakan kakitangan... ummi pun tak tau kenapa tak sebut tangankaki..."

nasib lepas tu dia senyap tak tanya-tanya lagi dah... fuh...

aduhai... nampak tak fikiran budak di situ... betul-betul berfikir di luar kotak betul... dan disebabkan anak dah fikir di luar kotak, hari ni ummi dia terpaksa cari makna kakitangan dalam kamus dewan.... hahaha...


takde pulak sejarah perkataan kakitangan ni wujud..



Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh perkongsian yang bagus walaupun soalan nyer nampak simple

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terima kasih idzwa..

Eeca Shyaa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahah kelakarlah. budak2 ni curious byk hihihi