Logo KBBA

Ahad, 20 November 2016

Apa adik beradik ni tengah buat?

assalamualaikum semua,
pagi tadi aku ada upload gambar di facebook.. dan kemudiannya aku tanya sesiapa yang tau apa yang tengah adik hadi dan abg ngah buat pada masa tu.. saja je la nak bagi teka teki kot-kot orang tau jawab kan..gambarnya macam kat bawah ni...





tak sangka ramai yang hebat.. kebanyakan tekaan betul tau.. dan kali ni aku nak tanya pulak pembaca blog Cerita Ita ni pulak.. rasanya dua beradik kat atas tu tengah buat apa agaknya.. dan apa yang ditengoknya?

korang cuba teka dulu.. kemudian aku bagi jawapan boleh?...





hahaha.. ok aku malas tunggu dan aku bagi jelah jawapan sekali la kat sini.. gambar kat bawah ni akan menjawab persoalan kat atas tu..





yaa... diorang tengah bagi kucing makan.. ni antara hobi anak-anak kalau ada kucing kat area kedai makan.. memang kegemaran anak-anak la kiranya ni tapi biasanya aku akan bagi perlepasan kat anak-anak ikut pada kedai jugak..

sebab ada kedai yang tak bape suka orang bagi makan pada kucing-kucing yang datang-datang macam ni kan.. ada yang anggap bila sorang mula bagi makan kucing tu akan datang dan mintak makan kat orang lain pulak..

memang tak nafikan la.. tu sebabnya aku tengok kedai jugak baru bagi kebenaran.. biasanya aku bagi kat tepi-tepi jauh dari kedai sikit.. supaya diorang tak ganggu operasi kedai tu di lain masa kan .. sebenarnya hobi macam ni bagus jugak untuk galakkan anak berkongsi rezeki yang ada..

lokasi di atas kat kedai mamak Farouk Maju kat Pekan.. masa anak-anak bagi tokey kedai tu ok je takde pun bising-bising atau tengok-tengok... tapi perasan tak kucing memang banyak kat memana kedai mamak? aku rasa sebab diorang memang tak kisah kot pelanggan bagi makan agaknya ek?

korang pulak macamana? ada kegemaran sama macam kami tak? atau korang kategori tak suka orang bagi kucing makan? meh la share korang kategori mana?

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Mazni Azmi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ada baiknya bagi kucing makan. Nanti doa untuk kita juga. Cuma betullah, sepah dan kotor lantai kedai. Marah tuan punya.

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suak gak bgi makanan kt kucing . kdang kalau kt tmpt keje tu .. tau je timing kita makan.. kucing datang lalu pintu belakang . kalau tkde makanan.. bg air minum pun dah ok kucing tu .

Uncle Zuan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe bagus la kecik2 dah jadi penderma ;)