Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 26 November 2016

Hari Kanak-Kanak di Petrosains Kuantan

Assalamualaikum semua,

pagi tadi kami ke pasar besar untuk beli barang basah untuk keperluan kami mungkin untuk sebulan biasanya.. dan mungkin la akan tambah sikit-sikit barang-barang yang lain yang tak ada dijual di pasar besar atau yang mana lebih murah kalau dibeli di tempat lain.. balik dari pasar tu kami singgah bawak anak-anak ke Hari Kanak-kanak di Petrosains Kuantan..



ada yang masih tak tau kat mana Petrosains Kuantan ke? Kalau nak tau Petrosains Kuantan berada kat dalam bangunan Yayasan Pahang sendiri.. dah lama dah pun berada di sini.. dari awal kami menetap di kawasan perkampungan Kempadang lagi sejak kecik abg long tahun 2008 macam tu..

bermula asalnya bangunan tu digunakan untuk pameran Dinosaur dari Petrosains dan ianya terus bertapak di situ menempatkan barang-barang ujikaji dan eksperimen sains yang sesuai untuk semua peringkat umur terutama kanak-kanak.. yang pastinya semuanya ditawarkan secara percuma kepada semua pelawat terutama penduduk di sekitar Kuantan.. dan kami memang merupakan antara pelawat tetap la di sini memandangkan kedudukan Yayasan Pahang tu yang sangat dekat dengan rumah kami di Bandar Putra..

Apa yang menarik di Petrosains Kuantan ?


kalau tanya aku la apa yang menarik di Petrosains Kuantan ni selain dari perkhidmatan semua permainan minda yang didatangkan percuma untuk pengunjung tu ? aku akan jawab.. ia merupakan tempat yang sangat sesuai jika anda menginginkan tempat bermain yang agak santai untuk anak-anak.. 

sebab apa tau.. dalam ni korang kena tanggalkan kasut di bahagian luar dewan yang menempatkan alat permainan tu dan dalam kawasan dewan yang berkarpet yang agak selesa dengan penghawa dingin korang boleh biarkan je anak-anak bebas berlari dengan pengawasan minima.. 

kerana apa aku kata pengawasan minima? sebabnya akan ada je sukarelawan di mana-mana sudut petrosains ni terutamanya bila ada je sesuatu aktiviti istimewa di sini..

macam hari ni kami datang lagi sebab adanya sambutan Hari Kanak-kanak selama 3 hari di sini mulai semalam 25 November 2016 hingga esok 27 November 2016.. banyak sangat aktiviti yang boleh diikuti sepanjang 3 hari di sini.. kalau korang nak abiskan masa sepanjang hari pun takpe sebab adanya kemudahan surau dan kafe yang disediakan jugak di sini..

kalau hari - hari biasa Petrosains ni dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dan ditutup setiap hari Isnin dan dibuka mulai jam 10 pagi hingga 5 petang tapi akan berhenti rehat pada jam 1 hingga 2 petang.. tapi apabila adanya karnival atau acara tertentu ianya akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang tanpa waktu rehat di tengahari..






banyaklah aktiviti yang boleh diikuti untuk membolehkan korang terutama yang bawa anak-anak untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa macam yang kami dapat hari ni di Teddy Bear Hospital.. 






menarik betul aktiviti untuk perkenalkan konsep hospital dan apa yang dijalankan sepanjang mendiagnosa dan merawat pesakit.. anak-anak sangat belajar sesuatu hari ni.. bukan hanya melihat tapi mereka jugak terlibat sama dalam proses.. 

kalau korang nak datang masih ada sehari lagi esok.. semoga dapat luangkan masa dam manfaatkan kemudahan yang disediakan percuma dengan kerjasama dari Petronas ini.. 

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnya dpt mcm ni tau!!!

Sidratul Muntaha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam alaik
ya Allah ramainya orang
tempat besa ke kecil ye?
tgk mcm best je

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alamak Ita....bab bab ilmiah ni mmg kurang menarik minat. Maklumlah dah nak hampir menapose haha....

Seronoklah bebudak tu ye Ita...