Logo KBBA

Khamis, 3 November 2016

Kursus RAT di Institut Teknologi Unggas Melaka

assalamualaikum semua,

hari ni dah masuk hari ke 3 dan merupakan hari terakhir kami berkursus di Institut Teknologi Unggas Melaka ni... cantik tempat ni.. kalau nak tau inilah kali pertama aku datang ke ITU Melaka ni.. sebelum ni ada jugak diberi kesempatan untuk berkursus di sini tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tolak...

jemputan RAT


dan kali ni ditawarkan pula sekali lagi bagi mengikuti kursus RAT bagi tahun ni.. mesti korang pelik kan.. kenapa la kena berkursus RAT pulak kan? kena tangkap tikus ke? atau kami yang jadi tikus agaknya... hahaha..

sebenarnya nama penuh Kursus ni ialah Rapid Action Team atau singkatannya RAT.. objektif kursus ni ialah melatih pasukan gerakan pantas untuk menghadapi wabak penyakit.. kiranya kalau ada wabak penyakit yang melanda ternakan dalam Semenanjung Malaysia ni kamilah antara orang yang akan digerakkan untuk menjalankan segala operasi yang terlibat.. 

tapi bukan la kami saja sebenarnya.. akan ada kumpulan lain yang sama-sama terlibat.. dan kami merupakan pasukan pertama yang menjalani latihan.. latihan bermula dari hari Selasa lepas.. sampai la ke hari ni.. 

alhamdulillah banyak yang dipelajari selama aku ada di sini.. banyak ilmu baru yang dikongsikan oleh penceramah undangan.. yang terdiri dari pegawai veteran jabatan kami yang telah bersara jugak,, aku sangat hargai kesudian mereka untuk hadir dan mengajar kami dalam kursus ni.. amat bermakna rasanya.. kerana antara penceramah tu merupakan mantan Ketua Pengarah kami dan jugak mantan Timbalan Pengarah Unit Penguatkuasa kami yang dah banyak berjasa dalam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia..

nanti kalau ada rezeki aku akan ceritakan apa lagi intipati yang aku dapat dari kursus ni.. termasuk jugak nak ceritakan keistimewaan Institut Teknologi Unggas yang bertempat di Masjid Tanah Melaka ni jugak...

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

singgah pagi

umminani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah, bagusnya...teruskan dalam bekerja akak juga sebenarnya berjihad..alhamdulillah..

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau dah nama hadir kursus pasti dpt ilmu baru..