Logo KBBA

Jumaat, 23 Disember 2016

Alhamdulillah pembedahan selesai

assalamualaikum semua,

macam aku cerita dalam entri sebelum ni yang kami ada perjalanan ke HUKM kelmarin.. dan alhamdulillah urusan pembedahan abah yang dijadualkan semalam di HUKM berjalan dengan lancar dengan izinNya..

waktu melawat di HUKM


dan kami sangat bersyukur semua urusan abah dipermudahkan  dari awal kes sehingga pembedahan selesai dan sekarang ni masih ditahan di wad..

walau apapun.. maaf aku masih tak sedia lagi nak berkongsi tentang apa yang dialami abah kerana tuan punya badan pun tak beri izin untuk kami terutamanya anak-anak untuk hebahkan apa yang berlaku pada abah selama ni.. termasuk berkongsi tentang apa yang berlaku dengan sedara mara terdekat..

maaf sebab abah maaf belum sedia.. kalau ikutkan aku sendiri..ingin sekali aku kongsikan kronologi kes abah dalam blogku nan satu ni.. terutamanya untuk coretkan sedikit kenangan buat kami melalui detik-detik sukar dari penyakit abah dikesan sehingga sekarang.. tapi apakan daya.. perasaan abah lebih penting untuk dijaga..

dan apa yang lebih penting sekarang ni doa semoga abah terus sihat tanpa ada komplikasi lain kemudian..

buat masa ni abah dah tunjuk perkembangan baik.. abah jalani pembedahan panjang dari jam 8 pagi semalam hingga jam 7 lebih malam tadi.. dan alhamdulillah abah dah bukak mata sejurus selepas dipindahkan ke wad.. 

salur di hidung dan salur kencing abah pun dah dibuka pagi tadi dan abah dah boleh diberi minum.. dan petang tadi dah mula boleh makan yang lembut-lembut.. syukur.. semoga proses penyembuhan buat abah jugak berjalan lancar insyaAllah.. 

terima kasih untuk semua kawan-kawan dan saudara mara atas doa yang dikirimkan.. semoga Allah kembalikan yang lebih baik buat kalian..
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: