Logo KBBA

Rabu, 21 Disember 2016

Cara nak dapatkan kek pisang sedap

assalamualaikum semua,

pagi ni bersiaran dari rumah untuk ke HUKM.. doakan perjalanan kami selamat dan urusan kami sekeluarga dipermudahkan ye kawan-kawan.. sebelum nak bergerak aku nak tunaikan janji untuk berkongsi cara nak dapatkan kek pisang yang sedap..


kek pisang sedap


baru ni aku ada kongsikan gambar kat instagram.. kalau belum follow boleh tengok sidebar tepi blog atau di bawah kalau menggunakan hp untuk follow IG Ceritaita ye.. gambar yang aku kongsikan tu sebijik macam gambar kat atas tu..

dan sekarang aku nak kongsikan caranya macamana nak dapatkan kek pisang yang cantik dan sedap macam dalam dalam gambar tu..

caranya senang je.. korang pergi ke pasaraya.. sediakan duit dalam RM8 dan beli je Kek Pisang jenama Samudra yang cuma berharga RM7.75 satu.. bawak balik, potong dan letakkan dalam piring cantik macam aku buat dan ambik gambar.. haha mudah kan?

nak lagi mudah korang potong dan terus makan untuk rasa kesedapannya.. lembut dan cair je dalam mulut tau.. cubalah.. 

ada yang marah ke aku tak bagi resepi kek pisang yang sedap betul-betul ni ? hihihi.. jangan la gitu.. hidup tak jadi seronok kalau serius sangat.. jom cuba cara mudah ni untuk dapatkan kek pisang yang sedap.. selamat mencuba..
Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Jun Zie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

smgt nak tgk resepi haha

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha nie namanya resepi tunjuk

AINA ZAIRULNIZAM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Laaa terkena rupanya hahah xD

Nadia Nurul berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

adoi...terkena cek..huhu...

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ita....beria lah akak baca nak tau resepi...huhuu.
Tapi betul lah mudah je kan.

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hihi... ini baru betul-betul senang kan Ita
Hulur aje duit dah boleh menikmatinya:)