Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 2 Disember 2016

Demam selsema

assalamualaikum semua,

pagi ni aku bersiaran dari rumah.. semalam kononnya ambik cuti untuk kemas rumah.. tapi sudahnya aku melepek sebab bersin tak berhenti dari pagi dan hingus sama laju menitik macam hujan kat luar rumah saat ni.. demam selsema menyerang!



dan malam semalam kami anak beranak dah gi jumpa doktor untuk mintak ubat.. doktor siap bagi mc untuk aku dan shah rehat kat rumah.. memang berat sangat kepala ni bila kena selsema kan.. rasa tak larat nak berfikir pun.. kali ni semua kena demam ni kecuali abg long.. tapi pagi ni abg long pun macam dah mula selsema jugak..

ditambah pulak dengan rasa sakit-sakit badan pun ada ni.. hujung minggu ni konon berangan nak balik kampung tapi dah tak larat macam ni ntah macamana agaknya ni ntah..

abg long siap bagi cadangan pulak tadi.. ummi dengan ayah bergabung la.. baru larat nak memandu.. pandainya anak.. nak makan ubat kejap ni.. bagi lega sikit rasa berat kepala ni..

ada jugak kawan-kawan yang bagi cadangan untuk minum lemon dengan madu.. madu ada lemon pulak takde.. tak daya nak gerak pegi cari pulak.. minum air detox oren je la dulu.. 
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ha a.. kalau seme mmg berat rasa kepala, batang hidung lagilah haha...
Moga cepat sembuh ye Ita. Oklah jugak tu dapat MC, kalau tak sakit, tak dapat ye dak....

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Musim kot skg.. Moga sepat sembuh