Logo KBBA

Rabu, 7 Disember 2016

Jom Kerja!

assalamualaikum semua,

korang sihat? aku masih lagi di fasa tak berapa sihat.. batuk masih lagi bersisa.. dan tukar ke ubat batuk jenis lain pulak kali ni.. sehingga semalam sebenarnya aku masih lagi demam panas tapi alhamdulillah pagi ni nampaknya demam makin kebah.. cuma kepala masih lagi terasa berat..





walau macamana pun kesihatan badan, disebabkan dah terlalu lama bercuti maka hari ni terpaksa ke tempat kerja jugak bagi melunaskan semua kerja yang tertunggak.. digagahkan jugak badan ke tempat kerja hari ni..

kalau ikutkan duduk di rumah pun bukannya boleh berehat sangat pun.. maklum saja la.. duduk di rumah dengan anak-anak kecil yang sedang membesar.. dengan bermacam ragamnya.. ada 4 orang pulak tu.. Allah saja yang tau.. nak dihantar ke transit dan rumah pengasuh semuanya menggeleng taknak bila ditanya.. agaknya tak seronok nak ke transit atau rumah pengasuh bila nampak ummi ada di rumah..

bila ada di rumah pulak.. pagi-pagi lagi dah gaduh tanya apa kita nak makan pagi ni? huhuhu.. bertabah la wahai ummi.. bila mana la nak rehat kan? aku masih tak terbayang kalau la aku ni jadi surirumah sepenuh masa tanpa kerja yang lain.. aku rasa kena doa jangan Allah bagi ujian sakit yang tak tertanggung la jawabnya.. tak rasa aku cukup kuat dengan anak-anak lagi.. 

ini pun tengok rumah dah macam apa dah.. tongkang pecah pun orang masih sanggup lagi nak mengais cari apa yang ada kat dalam dia yang boleh dibuat harta karun.. rumah kami ni? huwaaaa... bila ntah nak baiknya tongkang umah yang pecah ni..

ada beberapa azam mengemas yang masih lagi membeku disebabkan demam aritu.. insyaAllah kalau sihat, hujung minggu ni akan diusahakan jugak.. sekurang-kurangnya dapat mengasingkan kain baju yang banyak tak boleh pakai lagi tu.. dan menggunung dah pun.. doakan aku sihat ek...
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: