Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 8 Disember 2016

Kuih Lopes tradisi Johor tetap di hati

assalamualaikum semua,

hujung minggu lepas aku balik kampung di johor.. kononnya balik kampung boleh la kebahkan demam selsema kat badan kami anak beranak tapi rupanya makin teruk pulak.. mungkin jugak disebabkan cuaca yang agak berbeza antara Kuantan dan Kluang.. Kuantan tengah sibuk hujan tak berhenti berbanding dengan Kluang yang sangat panas dan terik sekarang ni.. apapun terima dengan bersyukur sebab semua tu rezeki dariNya.. cuaca hujan atau panas tentu ada kebaikan yang kita tak nampak di sebaliknya..


johor
kuih lopes


tapi bukan pasal cuaca pun nak ceritakan sangat tapi lebih pada rezeki pulang ke kampung aritu.. dapat jamah kuih tradisi yang semakin ditelan zaman.. sebab apa aku kata ditelan zaman tau ? sebabnya kuih nan satu ni dah bermacam variasi dah selepas diubahsuai dari resepi yang asal.. kuih yang aku maksudkan ialah kuih lopes.. ada sesiapa yang belum kenal kuih ni ?

kalau ikutkan aku memang tak pernah buat kuih ni sendiri.. rajin kan aku ? hahaha.. aku biasanya akan makan kalau mak abah buat je.. tak pun aku beli bila balik ke johor.. 

haaa.. mesti akan ada yang tanya nanti kenapa nak tunggu balik johor baru nak beli kan ? padahal ada je kuih lopes yang dijual di Kuantan pun sebenarnya.. tapi ye la.. tetap yang di Johor jugak yang lekat dihati.. nak tau kenapa ? haaa.. yang tu kena tanya orang Johor.. atau pun tanya shah pun ok jugak.. dia dah lama kawen dengan orang johor mesti dia pun tau kenapa orang johor macam bini dia ni selalu sangat cari makanan yang asal dari johor jugak..

sebenarnya antara salah satu sebab aku akan beli yang dijual di Johor adalah kerana cara pembuatannya yang lain benor dengan yang dijual di luar negeri Johor.. kalau di Kuala Lumpur contohnya.. aku pernah beli kuih lopes yang ditanak pulutnya dan kemudiannya ditekan dalam acuan untuk membentuk bulat atau segitiga.. dan tak asli lagi dah rasa dia.. kat Kuantan ni pun sama...

kalau di Johor, cara penghasilan kuih lopes ni sangat berbeza... pulut dibasuh terlebih dahulu kemudian ditoskan dan dibungkus dalam daun pisang yang dibentukkan segitiga macam gambar kat bawah ni.. dan kemudiannya diikat.. sebelum dikukus sampai pulut masak.. bila dah masak.. ditoskan.. lepas tu bolot dia dengan kelapa parut kemudian curah air gula yang marbeles dan makan.. kenikmatan yang tak terhingga..


kuih lopes yang sudah siap dimasak



kalau korang nak tau apa beza pulut yang dah direbus atau ditanak dan kemudiannya dibentukkan dengan pulut yang dikukus dengan cara tradisional macam ni korang cuba la buat dan bezakan.. kalau tak pun korang beli je bila melancong ke negeri Johor kelahiranku tu ye.. sehingga jumpa lagi..
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

singgah pagi khamis

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Da lama nk try ni tp x pnh jmpa kat sni..