Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 9 Disember 2016

Resepi Kek coklat kukus mudah menggunakan pressure cooker

assalamualaikum semua,

sebelum balik kampung aritu aku adalah cuba resepi yang memang dah lama ada dalam simpanan aku ni.. sebenarnya lebih kepada terjumpa resipi kek coklat kukus mudah ni secara tak sengaja la.. tak percaya eh ? ye tau.. aku masa dulu rajin tinjau-tinjau resepi kat group-group resepi kat facebook tu lepas tu terjumpalah resepi yang sangat mudah ni..



kek coklat kukus mudah


sebelum ni kalau aku nak buat kek pun aku akan buat ikut resepi yang aku pernah kongsikan dalam blog ni jugak.. kejap ye cari... haaa.. ni dia Resepi Kek Coklat Kukus.. tapi kali ni aku nak kongsikan resepi yang agak lain sedikit dan jauh lebih mudah dari yang biasa aku buat tu.. jom teruskan baca..

Resipi Kek Coklat Kukus Mudah

oleh www.ceritaita.com



bahan-bahan

bahan A
2 biji telur gred A (gred B pun boleh)
2 cawan susu cair @susu segar @ 1 cawan susu + 1 cawan air ( aku biasa letak 2 botol susu segar yang shah jual.. nak lebih sedap rasa dia guna susu perisa coklat 2 botol)
1 cawan minyak masak
garam secubit

bahan B 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang @ 1 cawan gula perang + 1 cawan gula castor
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder (nak lebih lembut boleh ganti double action baking powder)

cara-caranya

1. gaul semua bahan B sampai takde lagi berketul-ketul
2. sebatikan bahan A dengan menggunakan handwhisk je
3. lepas tu satukan dengan bahan A yang dah disebatikan dahulu..
(guna handwhisk atau senduk pun boleh..)
4. kukus dalam loyang yg disapu minyak selama 30 minit.. ( macam kes aku sebab aku gunakan pressure cooker jadi aku cuma setkan kat butang memasak "CAKE" je dan biar dia masak selama 1 jam.. ini sebab aku guna pressure cooker biasa jenama Elba ok.. bukan jenama mahal macam N**** tu pun.. )


kek coklat kukus versi mudah dengan hiasan 


dan inilah hasilnya... aku dah hiaskan dengan topping coklat ganache dan jugak kacang hancur yang telah siap dipanggang dan jugak sedikit coklat chip.. yang penting rasanya tetap lembut dan sedap... cubalah.. senang sangat ni.. yang penting anak-anak tentu suka..



Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnya

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mudah sangat resepi nya ya ita....akak suka kek yang kukus2 ni.

Sarah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya,
boleh try buat guna resepi ni,

explorasa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

fuuuh nampak mcm sedap...!