Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 20 Disember 2016

Review Novel : Teori X

assalamualaikum semua,


ada tak kalangan korang yang suka sangat bila jumpa buku ? kalau dapat jadi jenis macam aku simpan pun jadilah walau tak baca pun ? haha.. aku kategori tu tau.. tapi bila dapat peluang baca buku.. lebih "syurga dunia" lagi rasanya tau.. memang tak ingat dunia la kalau dapat buku best.. dan kali ni aku nak cerita pasal buku yang baru je aku abiskan baca.. Teori X !

review novel teori x
Teori X

Teori X : Novel wajib baca !


sebenarnya secara jujurnya aku memang tak pernah baca lagi karya penulis Sha Hanim Ramli ni.. dan masa awal-awal aku tengok muka depan novel ni aku rasa aku tak dapat lagi nak bayangkan apa isinya.. tapi bila aku dan baca bab pertama terus rasa macam taknak berenti baca tau.. best gila ! 

kalau korang jenis macam aku yang suka berangan ala-ala aku termasuk dalam novel yang aku baca memang patut baca buku ni.. cara penulisannya boleh membuat pembaca sama tertarik dan rasa berada dalam penulisan tu sendiri.. 

Teori X ni berkisar tentang kehidupan Rafi, seorang blogger yang menghidap penyakit panic disorder yang akhirnya terlalu asyik menjadi keyboard warrior bagi mengatasi penyakit yang dialaminya..  terlalu asyik hingga menulis semua konspirasi tanpa memikirkan kesan dari penulisannya.. sehingga ada antara pembaca yang berakhir di katil hospital dan ingin berpindah ke negara lain.. juga sampai sanggup mengaku dirinya Imam Mahdi !

terlalu banyak yang dikongsikan di dalam novel ini sebenarnya.. dari awal hingga separuh buku aku memang rasa nak marah sangat dengan si Rafi ni.. tak tau la macamana si Adam, rakan serumah Rafi sanggup bersabar dengannya sampai sanggup menanggung Rafi yang persis 'biawak hidup' yang sangat tinggi egonya.. rasa menyampah pun ada dengan si Rafi ni.. 

tapi tak dinafikan terdapat sesuatu yang istimewanya pada pemuda ini yang terbukti dengan kebolehannya merentasi masa lampau.. pengembaraan ni memang best gila.. aku baca dengan terpaku sebab ditulis dengan baik macam seolah-olah penulisnya pernah berada di zaman penjajahan Komunis.. bagaimana penyeksaan yang dilakukan di zaman komunis ditulis dengan baik seolah-olah kita berada bersama menyaksikan penyeksaan ini.. tak sanggup rasanya menghabiskan pembacaan sambil membayangkan keadaan mereka yang diseksa oleh komunis ni.. dipijak, dikelar, dirogol.. walaupun dari kalangan keluarga sendiri..

Rafi jugak mengembara ke peristiwa 13 Mei.. Bab peristiwa 13 Mei tu memang aku sangat suka baca sebabnya kami yang lahir di akhir zaman 70an ni agak kurang pendedahan dengan apa yang berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 tu sebenarnya.. pengembaraan demi pengembaraan yang dialami Rafi cukup menjadikan dia seakan sasau dan keliru dengan kebolehan yang dialaminya.. 

keistimewaan pemuda ini yang akhirnya menemukan dia dengan Ramli dan Mat Aini, watak dari pengembaraan istimewanya tapi di zaman berbeza.. sukar nak gambarkan dengan kata-kata pertemuan ni.. yang pasti aku menangis wei.. rasa sebak pulak bila baca bahagian ni.. 

bukan saja pengakhiran cerita si Rafi cukup membuat pembaca mengintai lagi mukasurat di sebalik novel yang mempunyai 558 mukasurat ni.. tetapi masih banyak lagi misteri yang belum terungkai dalam cerita ni.. misteri Panji 1, kisah 7 manusia istimewa, dan jugak di sebalik tafsiran mimpi Ustaz Syamail.. semuanya cukup untuk buat aku tak sabar nak nantikan kemunculan karya Sha Hanim Ramli yang seterusnya..



buku wajib baca


buat penggemar novel pastikan buku ini ada dalam senarai wajib beli anda kerana walaupun ia katanya adalah novel yang bersambung dari 2 karya penulis sebelum ni tak dinafikan setelah aku berjaya habiskan novel Teori X ni aku rasa nak cari 2 lagi novel beliau tu.. Kitab Lama dan Dialah Bunga Berembun Bulan.. insyaAllah akan ada review 2 karya ini di masa akan datang dalam Cerita Ita.






Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

mas saari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mas pun minat membaca tapi jarang dpt luangkan masa, kdg novel yg beli berbulan² baru hbs baca. Tapi buku Teori X ni nampak menariklah utk dibaca.

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tertarik

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama juga tak beli buku ... hehehe .nti la kalau sempat lisa g beli

BudakVanilla berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik nie. BV suka baca novel2 yg ada pengembaraan masa macam nie. :D boleh baca kalau jumpa nanti :)

Dura Norell berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Suka juga baca bahan bacaan yang berinformasi dan ada moral of the story cenggini :)

yanie yusuf berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah menarik..pengembaraan ke zaman dulu..

Yanieyusuf.com