Logo KBBA

Jumaat, 24 Jun 2016

Fried Dumplings : Resipi mudah dan ringkas

assalamualaikum semua,

lamanya tak menulis... rindu dengan blog tapi apakan daya keadaan agak tak mengizinkan untuk menulis... kali ni nak kongsikan tentang resepi mudah yang aku dapat dari blogger terkenal... Pinky Momma... rugi klau korang tak cuba... meh terus baca ye...

kelas betul bila baca tajuk ek... ? tetiba pulak terbayang seorng orang melayu yang lupa diri... hehehe... maaf la ye... dah namanya pun orang Malaysia yang pelbagai kaum... jadi haruslah kita cuba resipi pelbagai kaum yang mudah dan cepat seperti Fried Dumplings ni... memang senang sangat-sangat la... abg long pun boleh tolong buat...

sebenarnya resipi ni dah lama dah aku buat.... awal-awal bulan puasa aritu lagi dah... tapi disebabkan banyak masalah aku tak dapat nak kongsikan apa-apa dengan korang... jadi sebelum aku bercuti panjang ni... aku tinggalkan korang dengan resipi yang sangat mudah ni...


Fried Dumplings

Bahan-bahan


Udang - ikut la berapa banyak korang nak letak
Aku letak isi ketam jugak
Lada sulah - ikut suka jugak
Lada Hitam - pun ikut suka
Garam -secukup rasa
Tepung gandum - agak-agak... (Diya tak letak tapi aku derhaka dan letak tapi tak menjejaskan rasa kot... kot la... hahaha)
Kulit wantan @ kulit dumpling
Air secukupnya


Cara-cara


1. udang tu dicincang lumat.
2. Pastu gaul semua bahan bagi sebati
3. Letakkan tepung kemudian sekali
4. pastu sediakan kulit wantan atau dumpling untuk balut (tak kisah mana-mana sebab rasa dia sama je)

cara aku bungkus macam gambar kat bawah ni ye.... meh follow... (kredit kepada photographer cilik : abg long)



isikan inti yang telah disiapkan tadi

basahkan keliling dia dengan air


kemudian korang cantumkan ikut bahagian yang dah dibasahkan air tadi

tarra.... dah siap dan dah boleh goreng...


pastu dan siap semua korang gorengkan dia dengan api yang perlahan je tau... pastikan dia masak rata.... jangan sesekali guna api kuat ok...dan bila dah masak boleh hidang dengan sos.... cubalah... gerenti mengulang tau... sedap gila... sekelip mata je anak-anak abiskan...



ni gambar dalam dia

ni yang memula buat dan garing

ini yang buat kat rumah mak

disebabkan anak-anak suka dan sedap maka aku ulang buat kat rumah mak kat kampung... ni gambarnya... masa ni aku gunakan yang bulat tu... agak comel... dan disebabkan aku tak sabar menggoreng maka dia tak rangup dan liat sikit... maka korang kena la bersabar dan goreng lama sikit ok... 

untuk kulit dia tu korang boleh gunakan yang ni ye.... ada 2 pilihan... nak guna kulit popia macam diya buat pun boleh....

contoh kulit wantan dan dumpling


p/s aku balik kg malam ni dan kemungkinan balik terus sampai raya... apapun masih harapkan doa korang untuk abah walau aku masih belum boleh untuk share dengan korang pasal abah... (nanti abah marah aku share dalam blog dan fb :'(  ).......



Rabu, 15 Jun 2016

Tolong doakan abah saya...

assalamualaikum semua,

hati tengah sedih sekarang ni... berperang dengan emosi... tapi kerja berlambak tak siap-siap lagi.... petang semalam dalam jam begini la aku terima berita yang paling tak mengembirakan hati...

sebelum tu pagi semalam aku ada telefon mak sebelum nak ke jualan lelong di Paun Awam Kg Mahkota... sempat la berbual dengan mak... berbual dengan mak pasal GC Tea... pastu tanya khabar mak dengan abah... tetiba mak cakap... "abah masih tak sihat... tapi dah takde kena berak-berak lagi macam aritu... cuma perut abah sebu je... pergi bilik air tak tak buang apa-apa pun... asyik kentut je..." (Allah terus susah rasa hati semalam)....

pastu mak sambung lagi..." malam tadi pun abah dah tak boleh makan sangat... makan bubur sikit je... pastu makan ubat yang untuk tangan tu...." (sebelum ni abah ada mengadu gatal tapak tangan... yang ni aku cerita nanti... doakan aku sihat sebab banyak hutang entri kat korang...)... pastu mak sambung.... "pastu pagi tadi abah dah tak boleh nak makan apa-apa..." kemudian tak lama tu aku akhiri perbualan telefon dengan perasaan berbelah bagi... risau dengan kesihatan abah sejak akhir-akhir ni... kalau ikutkan aku nak cerita lagi panjang tapi sebab mak cakap ..."teruskan kerja la"... terus aku terpaksa letak sambil pesan... "apa-apa hal nanti mak bagitau orang eh"...

dan semalam petang adik aku yang kedua last, Acik mesej dalam whatsApp group family.... dengan berbunyi begini :


acik anto abah pegi hospital...nt ad ap2 acik bg thu...


Allah.... terus teringat perbualan dengan mak pagi tadi... risau datang balik.... ya Allah Kau selamatkanlah abah... moga takde apa-apa yang serius pada abah.... semua orang tanya acik kenapa...acik kata abah sakit perut sangat-sangat...

perbualan kami adik beradik...


lepas tu bermula la sibuk tunggu telefon je tak berganjak... beralih pun cuma sebab solat dan masak untuk juadah berbuka suami dan anak-anak... shah siap dah cakap... "kita sedia.. kalau jadi apa-apa kita terus balik tengok abah..." sebak pulak masa dia cakap tu... aku memang dah takleh nak respon... sekarang ni pun rasa nak telefon mak tapi aku rasa macam aku tak kuat je... Allah... tak tau nak cakap apa lagi dah... 

diorang menunggu sampai lepas maghrib untuk semua ujian dan saringan... dan lepas maghrib acik kata ujian darah abah ok... tapi lepas tu akak ipar, Kak Long aku yang keja sebagai nurse di hospital yang sama kata HB abah cuma 9 lebih... dan kak long aku kata hospital biasanya tak buat prosedur scope waktu malam..... dalam kepala aku masa tu tak terfikir pendarahan dalaman dalam perut je..... masa tu dah tetiba buat differential diagnosis sendiri... adakah appendik? gastrik ? atau ulcer? atau lebih takut lagi.... kanser? Allah.... aku cuba tenangkan diri untuk tak fikir bukan-bukan... aku cuba banyakkan doa dan baca quran untuk doakan abah... harap Allah dengan doa aku....

dan di saat ni dapat  tau dah siap buat X-ray tapi belum ada pemberitahuan apa-apa dari doktor... dan malam ni abah kena puasa untuk jalani ujian colonoscopy pagi esok... dan abah masih menanggung sakit perut....

dan aku mohon sangat kepada semua pembaca Cerita Ita saat ini supaya tolong doakan abah aku, Abd Rahman bin Mohd Ali supaya sembuh ye... aku hargai sangat pertolongan kalian.... semoga Allah rahmati kalian dalam apa jua yang kalian lakukan....amin...


p/s kerja masih tak siap.... hati dah takde di tempat keja dah pun :'(

Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

assalamualaikum semua,

dah lama tak join segmen... terutama bloglist.. hari ni merajinkan diri...



Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

p/s hati tengah gundah gulana.... mintak kawan2 doakan abah....

Wordless Wednesday # 108 : Amalan Bulan Ramadhan

assalamualaikum semua,

Amalan baik di bulan Ramadhan




nanti tengahari kita sambung cerita sakit telinga adik ye... baca dulu yang pertama dan kedua...

p/s ada entry masak-memasak akan menyusul...hehe

Selasa, 14 Jun 2016

Burasak makanan tradisi Masyarakat Bugis

assalamualaikum semua,

kami baru je berpeluang balik ke kampung di johor untuk berbuka puasa bersama keluarga di sana... alhamdulillah... sangat meriah... kebetulan pulak pada masa yang sama salah sorang jiran kami di kampung yang berketurunan Bugis turut menghantar hidangan tradisi orang Bugis bila menyambut perayaan iaitu Burasak...

Burasak 



mungkin bagi sesetengah orang, nama makanan ini sendiri agak pelik kan? tapi ianya sendiri sebenarnya adalah salah satu menu hariraya yang enak dimakan zaman berzaman... walaupun bunyinya agak pelik tapi sebenarnya Burasak merupakan hidangan yang hanya memerlukan bahan asas yang mudah bagi melengkapi resepinya...

bagi aku sendiri, walaupun kami mempunyai susur galur yang berasal dari keturunan Bugis di sebelah mak tapi kebanyakan tradisi dan makanan orang Bugis yang kami sendiri tak tau atau kenal... ditambah pulak dengan ketiadaan arwah Tok Bak sejak dari zaman mak anak dara lagi... kami lebih dikenalkan dan dibesarkan dengan mengenali adat dan makanan orang Jawa... mujur kami berjiran dengan waris Bugis yang berasal dari Pontian serta masih kuat mengamalkan tradisi Bugisnya...

daripada jiran inilah kami mengenali hidangan raya tradisi Bugis iaitu Burasak... ini kerana jiran kami ni memang tak pernah sekalipun terlepas peluang mengunjungi kami atau dalam bahasa jawanya munjung (memberikan hidangan berupa makanan pada saudara mara atau jiran tetangga menjelang hari perayaan)... hidangan wajib setiap tahun ialah Burasak yang dihidangkan bersama kuah asam pedas ikan parang...


asam pedas ikan parang







mesti ada yang tertanya-tanya apa rasanya Burasak ini? Sebenarnya rasa yang paling mudah untuk menggambarkan rasa sebenar Burasak adalah seperti kita makan nasi lemak kosong yang telah dipadatkan... rasa lemak nasi tu cukup sedap jika dipadankan dengan kuah asam pedas pekat ikan parang...

resepi atau resipi penyediaan Burasak jugak sebenarnya agak rumit jika dimasak dalam kuantiti yang besar tapi logik la kan sebab makanan untuk raya memang kebanyakkannya rumit untuk disediakan... antara bahan yang digunakan adalah beras, santan, garam dan air... kalau ikut pemahaman aku yang memang tak pernajh cuba buat sendiri ni penyediaannya dimulakan dengan santan dimasak terlebih dahulu... bila dah mendidih kemudian api dimatikan dan santan dicurahkan ke dalam beras yang telah dibasuh... kemudiannya dimasak seperti memasak nasi lemak biasa... bila nasi dah dimasak proses pembungkusan menggunakan daun pisang dan tali rafia pula dilakukan... daun pisang disalai terlebih dahulu supaya lebih lembut dan senang dibentuk... kemudian dipotong kecil sebesar kertas A4.. dan nasi dipadatkan ke dalam daun pisang seperti membuat lepat pisang... nasi yang telah dipadatkan ini kemudiannya diikat bersama-sama sebelum direbus selama 3-4 jam... 






menarik kan? kalau ikutkan Burasak ni sedap jugak kalau dimakan dengan serunding dan jugak rendang... rasa dia yang lemak manis tu boleh je ngam kalau dengan rendang dan serunding... pada aku la... tapi mesti orang Bugis marah kang... pepandai je derhaka resipi Burasak orang... hahaha....

bila dihidangkan bersama ~ Burasak dan Asam Pedas Ikan Parang ~


p/s hari ni ada lelongan awam... mari kita bekerja dengan gembira... sesiapa yang minat dengan GC Tea boleh email ya... ;)

Sabtu, 11 Jun 2016

5 Terapi Tekanan @ Terapi Stress dan Cara Cegah Penyakit Jantung

assalamualaikum semua,

aku terima komen dari seorang pembaca blog Cerita Ita ni... dia minta cadangan apa yang aku lakukan untuk terapi tekanan atau terapi stress bila aku dalam keadaan stress dulu... tertekan sampai aku terpaksa buat ujian ECG dan ujian hormon.... aku ada cerita di ENTY NI... keadaan masa tu memang sangat menekan... bebanan kerja yang amat tak setimpal dengan kemampuan aku masa tu sebenarnya... aku jadi tak terurus... pertambahan ahli keluarga pada masa yang sama...

selepas doktor nasihatkan aku dengan ayat yang amat menyentap jiwa tu....STRESS BOLEH MEMBUNUH... nak baca ayat dia? baca ENTRY NI ... aku terus ubah cara hidup aku supaya aku boleh hidup secara lebih sihat...oleh kerana ni bukan kali pertama orang tanya aku apa aku buat untuk terapi stress ni maka datangnya idea aku untuk tolong orang...semoga dapat beri manfaat pada sesiapa yang memerlukan ye...

Antara terapi tekanan cara yang aku cuba:


1. Bela binatang peliharaan - aku cuba bela ikan la... tapi ikan mati.... kemudian aku cuba bela kura-kura tapi sejak kura-kura melarikan diri macam malas pulak...nak bela kucing aku memang tak mampu nak jaga...takut jadi lagi stress...

2. Membaca - setakat yang aku cuba membaca memang boleh hilangkan tekanan tapi masalahnya masa pulak takde... dan satu lagi baca Al-Quran pada yang muslim...amat membantu ye... selepas solat cuba amalkan..baca dengan makna sekali..

3. Menggembirakan diri - cuba gembirakan diri anda dengan apa saja yang anda suka... walaupun benda tu nampak simple... cuba renungkan apa yang korang buat yang rasanya korang suka tapi dah lama tak buat... macam aku memang cara ni berkesan sangat-sangat... aku cuba baking dan memasak... apa saja resepi yang aku jumpa aku cuba dan aku sibukkan diri aku dengan ini.. aku bakar biskut dan kek siap berjualan lagi... tapi aku enjoy... sangat enjoy... tak rasa stress pun masa tu....







4. Berjumpa dengan orang tersayang - dalam kes aku...aku kerap balik kampung masa aku stress dulu... sekurang-kurangnya boleh la mengurangkan ketegangan bila kita dapat berbual dengan orang yang tersayang... abiskan masa di kampung pun sangat-sangat melegakan... 

5. Berzikir dan dengar bacaan ayat Al-Quran - yang ni aku rasa semua orang boleh mengamalkan dan akan rasa kesannya nanti... hati rasa sangat tenang...



dan ini pula yang disarankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan bagi menangani tekanan...

Pencegahan Stress atau tekanan







8 Cara Pengawalan  Tekanan @ Stress 


1. Rancang masa secara bijak.
2. Ketahui kemampuan diri.
3. Berfikiran secara positif.
4. Tangani kritikan dengan baik.
5. Buat keputusan secara bijak.
6. Kongsi masalah dengan orang lain.
7. Rancang perubahan dalam kehidupan.
8. Jalin persahabatan.

jom hidup secara sihat..... kurangkan tekanan sayangi jantung anda...

p/s masih ada sampel GC Tea percuma untuk sesiapa yang ada kencing manis atau darah tinggi yang nak cuba ye...



Jumaat, 10 Jun 2016

Adik Hadi, Sakit Telinga dan Ujian Audio

assalamualaikum semua,

hari ni nak sambung cerita pasal sakit telinga adik hadi yang bersambung dari cerit Adik Hadi dan Sakit Telinga aritu... dan kali ni ada yang lagi penting... ujian audio untuk pastikan fungsi telinga adik hadi...

pagi selasa tu aku pegi ke hospital untuk temujanji adik hadi di Pakar ENT HTAA macam selalunya... dan sampai kat hospital sebenarnya kami terawal dari masa temujanji diberikan... kalau ikut pengalaman sampai awal.. awal jugak akan siap... dan hari tu kami sampai pukul 8.15 pagi dan alhamdulillah kami dapat jumpa doktor pun awal... jam 9 lebih tu kami dah ke belakang untuk berjumpa dengan audiologist pulak...

kenapa kena jumpa audiologist? 


masa berjumpa doktor pakar ENT tu... doktor periksa telinga adik hadi dan tengok... telinga kanan dia yang bernanah pekat sebelum ni dah pulih dan takde dah cecair lain keluar... dan telinga kiri pun macam ok... tapi disuruh pulak doktor supaya berjumpa dengan audiologist...  kami dah mula cuak masa ni... risau... risau masalah ni akan makin serius... di kala umur adik hadi cuma 1 tahun 9 bulan... risau masalah yang serius akan menyukarkan proses pembesaran adik hadi... tapi dalam masa ni aku dah mula berdoa je la... masa ni shah kena kerja cuma aku sorang je yang ada untuk jumpa dengan doktor masa tu... dan doktor minta kami ke belakang untuk pemeriksaan lanjut oleh audiologist...







part ni yang paling stress.. haha... bagi aku la... dah la aku masuk dalam bilik tu sorang je dengan adik hadi... pastu suasana dalam bilik tu memang sangat la tak mesra alam... senyap sunyi ko... aku rasa kalau ko kentut senyap pun boleh dengar kot... hehehe... dalam tu ala-ala dalam bilik untuk deejay on air tu... ada meja sebuah dan kerusi 2 buat untuk aku dan audiologist tu duduk... pastu ada mesin ala-ala mesin deejay kawal lagu-lagu tu atas meja tadi dan 2 buah  kotak kat kiri dan kanan aku ... bilik agak suram cahayanya... dan kedap bunyi dari luar...  sebab tu aku kata agak stress... sebab macam menyeramkan kot bilik tu... ada la mainan kat tepi sudut dekat dengan audiologist tu duduk... mujur la audiologist dia tu sangat bagus dan mesra alam... (cuma sayang dia tak bagi aku can la ambik gambar dalam tu... rugi...)... ada la sekali dia keluar ambik peralatan... tapi laju gila la... memang tak sempat nak on hp pun masa tu...

dan ujian audio pun bermula... nak tau macamana dia buat? memula dia memain kejap macam nak bagi adik hadi tak takut la... (tapi masa ni sebenarnya adik hadi dah ngantuk jadi dia ok je dengan sapa pun)... lepas tu dia mula pasangkan earphone besar gedabak kat telinga adik hadi... lepas tu bila dah agak ok ujian dimulakan... alamak silap la...maaf...aku malas padam jadi kita sambung je la... lepas dia memain dengan adik hadi tu dia periksa dulu telinga adik hadi dengan otoskop atau alat untuk periksa telinga... masa ni la dia perasan alat dia tu tak berapa ok dan gi tukar kejap... tapi serius memang kejap gila... (mesti masa tu dia risau takut aku godeh-godeh peralatan dalam tu kan... hehehe... aku tau dah)...

kemudian dia mula pulak ujian pertama iaitu mengesan sebarang kerosakan pada gegendang telinga adik hadi... part ni memula aku rasa macam tak kisah je... tapi bila dia mula masukkan pada telinga kiri... timbul bacaan pada graf dia kat skrin tu... bacaan graf tu mendatar atau cuma nampak garis seakan-akan lurus... aku diam sebab tak faham bacaan tu... kemudian bila dia masukkan pada telinga kanan... bacaan graf keluar dengan tanda ada kenaikan pada tengah graf... macam rupa gunung gitu la... masa ni aku agak musykil... pelik pun ada... kenapa bacaan graf kiri dan kanan tak sama kan ? terus la terkeluar soalan dari mulut aku... antara soalan aku....

kenapa bacaan dia macam tu ? memang beza eh telinga kiri dan kanan ? apa maksud garis lurus dan graf yang ada naik turun tu ?


nampak tak kerisauan yang bersarang dengan soalan yang bertubi-tubi ? mau tak kan... hati risau wooo... dan dengan tenang puan audiologist tu berkata...

kita cuba periksa telinga kiri dia sekali lagi ye puan...







alahai masa tu rasa nak luruh tau jantung... dah kenapa dengan telinga kiri adik ni ? aku pun bertanya lagi... kenapa ye graf tu jadi beza-beza ? sambil audiologist tu periksa telinga kiri adik sekali lagi... dan dia kata...

graf tu menunjukkan ada kerosakan yang mungkin berlaku pada gegendang telinga anak puan... kalau bacaan graf ada turun naik bermakna gegendang dia ok.. tapi kalau ada garisan lurus bermakna ada sesuatu berlaku pada gegendang telinga... mungkin ada cecair atau kebocoran kecil yang kita tak nampak...


Allah... masa tu aku rasa macam nak pitam ok... ujian apakah ini... ? tapi aku tak rasa sangat down waktu tu... aku masih positif... insyaAllah adik hadi akan ok...

dan kemudiannya bermula ujian kedua... adik hadi dipakaikan earphone macam aku cerita kat atas tadi... bila dah sarung earphone tu audiologist tu pun ambik tempat duduk dia berhadapan dengan aku menghadap mesin yang aku kata ala-ala alat kawalan deejay tu tadi la... dia pun memulakan ujian... dia kata dia mulakan dulu dengan telinga yang takde masalah... dan ujian dimulakan dengan telinga kanan... bila dia nak mula tu dia capai permainan kat tepi tempat duduk dia dan tarik perhatian adik hadi pada dia... dan sambil tangan dia menekan dan memusing punat yang ada di hadapan dia... dan adik hadi memalingkan kepala ke kanan... serta merta kotak yang ada permainan anak patung anjing kat dalam dia tu bernyala... haaa baru ku tau apa yang ada dalam kotak yang gelap tu tadi... dan baru faham apa fungsinya lampu bilik yang agak suram ni tadi... berulang kali ujian dijalankan... dan adik hadi berjaya memalingkan muka atau sekurang-kurangnya menggerakkan arah mata dia ke arah kanan... dan alhamdulillah ujian telinga kanan nampaknya berjaya...

dan ujian diulangi untuk telinga kiri pulak... seperti yang dijangka... respon adik agak lambat... walaupun berkali ujian ulangan dijalankan... sah adik hadi tak berapa dengar telinga ni... huwaaa... rasa macam nak nangis pun ada tau masa ni... sebenarnya ketika ujian ni dijalankan ada beberapa frekuensi yang diletakkan aku rasa... dari rendah sampai tinggi dan adik gagal dalam ujian frekuensi rendah pada telinga kiri... dan masa ujian ni sebenarnya aku tak dengar pun apa yang adik hadi dengar waktu tu... ujian telinga kanan tu aku cuma nampak lampu... dan ujian telinga kiri aku cuma dengar bila bunyi yang paling kuat dimainkan dan adik hadi dah menoleh pun... dan selepas abis ujian dijalankan aku diberi tunjuk graf seperti ini...

audiogram - ihsan google


merujuk pada graf adik hadi ketika itu telinga kanan adik memberi bacaan bawah dari 25 dan dikategorikan sebagai normal tapi telinga kiri adik hadi bacaan melebihi 30 tapi tak melebihi 40 bermakna adik hadi berada di dalam tahap pertama bagi masalah kurang pendengaran ni...  dan menurut audiologist tu dia kata mungkin disebabkan macam dia cakap sebelum ni samaada cecair atau ada kebocoran kecil yang menghalang pendengaran adik hadi... dan aku masih positif....

selepas tu kami dirujuk semula kepada doktor pakar... aku sambung lainkali ye... letih dah menaip....

tapi tak sah lagi kalau tak tepek gambar budak comel penyejuk hati ni... doakan adik hadi sembuh ye semua!

comot pun comel :P

dah taknak sangat duduk kat depan bila dalam kereta


p/s petang ni nak balik johor... dah mula terbayang nasi ambeng... wah.. apakah...


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Johor Tahun 1437H / 2016M

assalamualaikum semua, 

mesti ada yang pelik bila tengok tajuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri Johor macam kat atas tu kan? hehehe... jangan la pelik... aku tak pernah malu nak mengaku yang aku masih anak jati Johor walaupun sekarang ni sedang mencari sesuap rezeki dari negeri Pahang Darul Makmur... 

masih banyak perkara tentang Johor yang aku bawak bersama ke Pahang ni... antaranya makanan tradisi Johor yang memang sentiasa memikat hati... mee bandung, nasi ambeng, otak-otak...hish banyak lagi la... rasa tak tertulis... lagi la pulak bila sampai bulan Ramadhan ni... semuanya bila ditulis dapat bayangkan kesedapannya... al maklumlah... iman nipis... memang banyak menu yang kami akan beli bila kami balik ke Johor bila tiba masa bulan Ramadhan... antaranya ialah murtabak... murtabak yang sangat best tiada tandingan bagi tekak kami ni... sampaikan shah dah tak berapa makan murtabak biasa-biasa yang dijual di sekitar Kuantan ni... nak tunggu balik Johor jugak baru beli... hehehe... nampak tak jerat orang Johor mengena.. ? haha...

dan disebabkan kami akan ada jugak meluangkan masa dan ketika untuk mencari juadah berbuka puasa di samping berbuka bersama keluarga di Johor seperti ENTRY INI (pernah menang hadiah tau entri ni)... maka aku nak letakkan jugak jadual berbuka puasa kat dalam blog ni untuk perkongsian semua pembaca... mana tau ada pembaca blog yang setia datang dari Johor ke kan.... terima kasih tau korang!



Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Johor Tahun 1437H / 2016M



p/s bila tengok balik entri berbuka tu terus rasa macam nak buat roti jala je hari ni la...tapi eh...nak balik kampung la... hehe...doakan kami ye...

Khamis, 9 Jun 2016

Adik Hadi dan Sakit Telinga

assalamualaikum semua,

hari selasa lepas, adik hadi ada temujanji dengan Pakar ENT sekali lagi... sesiapa yang tengok IG dan FB aku mesti perasan gambar yang aku hantar... kalau tak perasan atau belum follow IG silalah klik kat tepi tu ye...  

mesti ada yang tertanya-tanya kenapa adik hadi ada temujanji dengan Pakar ENT ni kan? sebenarnya kronologinya begini... sejak bulan Januari 2016 lagi adik hadi ni ada masalah cecair berupa nanah keluar melalui telinga dia... mula-mula kami perasan tu cuma telinga kiri je... jadi bila dah perasan kami bawa dia ke Klinik Kesihatan Bandar Kuantan untuk pemeriksaan lanjut... akhirnya doktor bagi ubat titis telinga... tapi masalah adik hadi masih macam tu jugak selepas 2 minggu kemudian... lepas tu doktor tukarkan dengan ubat untuk masalah selsema dia yang jugak berpanjangan dalam masa yang sama...

di pakar ENT HTAA


doktor percaya selsema tu la punca telinga dia bernanah... kami pun rasa macam tu jugak sebab setiap kali dia ada selsema setiap kali tu la jugak akan ada nanah keluar dari telinga dia... namun selepas kami bagi ubat selama dekat 3 minggu masih tak selesai masalah maka kami mintak doktor untuk buat rujukan ke Klinik Pakar ENT di HTAA... maka bermula la rutin kami mengulang klinik pakar ini setiap 3 minggu...

pada temujanji pertama dulu adik hadi ada masalah nanah yang sangat banyak kat telinga kiri sampai doktor buat keputusan untuk sedut (suction) dalam telinga adik... Allah...luluh hati aku masa ni... tak tau nak cakap la bila tengok anak menangis... aku tau sangat prosedur tu memang menyakitkan sebab aku pernah lalui dulu macam aku cerita kat SINI... alhamdulillah selepas tu doktor sambung semula ubat untuk rawat selsema dan akhirnya reda sekejap... 

tapi selepas 3 minggu tu kami datang semula dan masa ni adik hadi memang tengah selsema dan ada masalah nanah bagi kedua telinga la pulak... tapi telinga kiri cuma nanah cair tapi telinga kanan dah jadi pekat pulak... aduhai... dugaan sungguh... terpaksa pulak untuk sedut (suction) telinga kanan pulak pada masa tu... dan paling menyedihkan kami ialah kami boleh nampak lubang pada gegendang telinga adik... aduhai... lagi la luluh hati kami sebagai mak bapak... kami dirujuk semula kepada pakar selepas itu...ada cerita di SINI dan SINI...

kalau nak tau sebenarnya adik hadi ni mengalami masalah sama macam abg-abg dia dulu-dulu yang sampai kena masuk wad sebab masalah selsema... ada aku ceritakan kat SINI... cuma adik hadi agak kuat paru-parunya tapi dia pergi ke telinga la pulak... dan masalah ni biasanya memang berlaku pada kanak-kanak yang dihantar ke Taska... (ok...mood pasrah....mak kena keja nak...)

nanti aku cerita pulak apa terjadi lepas kami dirujuk semula ke pakar tu...

p/s hari ni kena gerak ke jerantut pulak...

Rabu, 8 Jun 2016

Jumaat, 3 Jun 2016

Resepi Maggi Goreng Mudah

assalamualaikum semua,

teringat dah banyak kali berjanji tapi selalu je ada halangan nak tunaikan... Allah... terasa sangat berdosa... lainkali memang serik rasanya nak berjanji lagi... kali ni nak cuba tunaikan janji untuk kongsikan resepi yang menjadi kegemaran anak-anak Resepi Maggi Goreng Mudah atau ada jugak yang panggil megi goreng... bahan-bahannya sangat la senang... tentu semuanya ada kat dalam rumah korang la...

sebenarnya resepi asalnya aku olah dari Resepi Mee Goreng Paling Sedap dan Mudah di Dunia hari tu... aku ada kongsikan sebelum ni... nanti rerajin la gi jengah... rugi kalau tak tengok tau.... tapi sekarang kita kongsikan dulu resepi yang sangat mudah jugak ni....

Maggi goreng @ Megi goreng Mudah dan sedap

Resepi Maggi Goreng Mudah

sumber : Cerita Ita

Bahan-bahan

6-7 keping mee maggi kering @ mee tanpa goreng (direndam air panas dalam 2 minit dan toskan)
2 biji telur ayam
*2 ulas bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*5 helai cili kering (boleh je kalau taknak letak atau gantikan dengan 1 sudu makan cili boh)
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan kicap lemak manis
1 kiub ayam
sayur-sayuran , bebola ikan , dan tomato boleh ditambah jika mahu..
bahan bertanda * tu semua kisar sekali ye...






Cara-cara

1. Letakkan sesenduk kecil minyak dalam kuali. Bila minyak dan panas, tumis semua bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.
2. Lepas tu masukkan sos tomato, sos cili , sos tiram bersama kiub ayam.
3. Kemudian perlahankan api dan pecahkan telur dan biarkan sedikit dan kacau bagi hancur.
4. Masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan sayuran serta bebola jika ada. kacau rata. Jika pekat masukkan sedikit air. (dalam 2-3 sudu makan)
5. Akhir sekali masukkan mee yang telah ditoskan tadi dan kacau rata sehingga semua bahagian mee rata.
6. Masak mee hingga agak kering dan masukkan tomato jika ada.
7. Dah siap! dah boleh hidang dah...

Selamat mencuba!

eh terlupa... aku nak tunjukkan mee maggi yang selalu aku gunakan untuk masak maggi goreng ni kat rumah...

contoh maggi 


tak mahal mana pun untuk memasak di rumah kan? gerenti anak-anak akan ulang-ulang mintak masak lagi dan lagi... bukan susah pun nak pikat selera anak-anak...

p/s insyaAllah hari ni kami nak bergerak... doakan kami selamat ye...

Khamis, 2 Jun 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Pahang Tahun 1437H / 2016M

assalamualaikum semua,

cuma tinggal tak sampai seminggu lagi untuk bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sedunia iaitu bulan Ramadhan akan tiba... ada rasa tak sabar di hati rasanya... rasa seronok dan terbayang-bayang kemeriahan suasana di dalam bulan penuh keberkatan ni... 

dalam bulan ini la biasanya akan terserlah kasih dan sayang sesama umat Islam... juga kasih sayang di kalangan anggota keluarga... dalam keluarga kami pulak biasanya bulan Ramadhan ni memang bulan yang cukup dinanti oleh anak-anak... bukan sebab mereka dah pandai berpuasa... tapi disebabkan suasana berkumpul menunggu waktu berbuka tu jarang sekali dapat dirasai di bulan yang lain...

abg long sendiri dan mula belajar berpuasa sejak umur 6 tahun tapi tak berjaya... dan mulai tahun lepas baru dia belajar berpuasa dengan baik... walaupun ada juga hari-hari yang tertinggal tapi alhamdulillah semangat dia masih kuat menjelang Syawal... dia paling suka bangun untuk bersahur... dan paling senang jugak bangun bila dikejutkan bangun untuk makan di awal pagi... harapnya semangat tu bertahan la sampai bila-bila pun...

tahun ni giliran nak mendidik abg ngah berpuasa pulak... mungkin agak payah sikit kot... kalau abg long dulu sebab dia kurang makan dan banyak minum air... tapi abg ngah ni boleh tahan jugak dalam makan dan minum... mungkin jadi cabaran pulak tahun ni... aku dah sedia ambik cuti awal di awal Ramadhan ni... harapnya dapat la menyajikan hidangan yang enak untuk suami dan anak-anak di hari pertama berpuasa nanti... moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan kali ni... tetiba hati rasa sebak pulak...

dan setiap tahun memang kami akan bersedia awal dengan mencari jadual waktu imsak dan berbuka puasa di Negeri Pahang khususnya di daerah Pekan dan Kuantan kerana 2 tempat ni merupakan tempat biasa kami berbuka puasa... sebabnya awal puasa jika tak dapat balik ke Johor , kami akan berbuka puasa di rumah mak shah di Pekan... tahun ni insyaAllah rezeki di Pekan awal Ramadhan...

jom kita tengok jadual penuh untuk daerah Kuantan dan Pekan bagi tahun 1437H / 2016M ni...


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Pahang 2016



semoga dapat memberikan maanfaat kepada semua pembaca di luar sana...

p/s hari ni dah mula bercuti dan hari jumaat akan bergerak ke Kelantan insyaAllah... 

Rabu, 1 Jun 2016