Fried Dumplings : Resipi mudah dan ringkas - Cerita Ita                                                             Fried Dumplings : Resipi mudah dan ringkas Langkau ke kandungan utama

Fried Dumplings : Resipi mudah dan ringkas

assalamualaikum semua,

lamanya tak menulis... rindu dengan blog tapi apakan daya keadaan agak tak mengizinkan untuk menulis... kali ni nak kongsikan tentang resepi mudah yang aku dapat dari blogger terkenal... Pinky Momma... rugi klau korang tak cuba... meh terus baca ye...

kelas betul bila baca tajuk ek... ? tetiba pulak terbayang seorng orang melayu yang lupa diri... hehehe... maaf la ye... dah namanya pun orang Malaysia yang pelbagai kaum... jadi haruslah kita cuba resipi pelbagai kaum yang mudah dan cepat seperti Fried Dumplings ni... memang senang sangat-sangat la... abg long pun boleh tolong buat...

sebenarnya resipi ni dah lama dah aku buat.... awal-awal bulan puasa aritu lagi dah... tapi disebabkan banyak masalah aku tak dapat nak kongsikan apa-apa dengan korang... jadi sebelum aku bercuti panjang ni... aku tinggalkan korang dengan resipi yang sangat mudah ni...


Fried Dumplings

Bahan-bahan


Udang - ikut la berapa banyak korang nak letak
Aku letak isi ketam jugak
Lada sulah - ikut suka jugak
Lada Hitam - pun ikut suka
Garam -secukup rasa
Tepung gandum - agak-agak... (Diya tak letak tapi aku derhaka dan letak tapi tak menjejaskan rasa kot... kot la... hahaha)
Kulit wantan @ kulit dumpling
Air secukupnya


Cara-cara


1. udang tu dicincang lumat.
2. Pastu gaul semua bahan bagi sebati
3. Letakkan tepung kemudian sekali
4. pastu sediakan kulit wantan atau dumpling untuk balut (tak kisah mana-mana sebab rasa dia sama je)

cara aku bungkus macam gambar kat bawah ni ye.... meh follow... (kredit kepada photographer cilik : abg long)



isikan inti yang telah disiapkan tadi

basahkan keliling dia dengan air


kemudian korang cantumkan ikut bahagian yang dah dibasahkan air tadi

tarra.... dah siap dan dah boleh goreng...


pastu dan siap semua korang gorengkan dia dengan api yang perlahan je tau... pastikan dia masak rata.... jangan sesekali guna api kuat ok...dan bila dah masak boleh hidang dengan sos.... cubalah... gerenti mengulang tau... sedap gila... sekelip mata je anak-anak abiskan...



ni gambar dalam dia

ni yang memula buat dan garing

ini yang buat kat rumah mak

disebabkan anak-anak suka dan sedap maka aku ulang buat kat rumah mak kat kampung... ni gambarnya... masa ni aku gunakan yang bulat tu... agak comel... dan disebabkan aku tak sabar menggoreng maka dia tak rangup dan liat sikit... maka korang kena la bersabar dan goreng lama sikit ok... 

untuk kulit dia tu korang boleh gunakan yang ni ye.... ada 2 pilihan... nak guna kulit popia macam diya buat pun boleh....

contoh kulit wantan dan dumpling


p/s aku balik kg malam ni dan kemungkinan balik terus sampai raya... apapun masih harapkan doa korang untuk abah walau aku masih belum boleh untuk share dengan korang pasal abah... (nanti abah marah aku share dalam blog dan fb :'(  ).......



Ulasan

  1. Sedapnya Kak ita.....nak buat la nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap SA...kalau tak takkan ulang2 buat..

      Padam
  2. boleh try ni.. time masak nti minyak meletop2 tak.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la lisa... tak meletup pun.. ok je.. pastikan minyak betul2 panas masa nak goreng dan api betul perlahan masa mengoreng..

      Padam
  3. Mmg sedal.. Sebelum ni Moon cuba guna ayam.. Nanti nak try pakai udang mcm u buat juga la

    BalasPadam
    Balasan
    1. udang memang jauh sedap dari ayam moon... cubalah try...

      Padam
  4. Balasan
    1. ini resepi memang masuk kategori wajib cuba... hehe..

      Padam
  5. Wantan memang sedap...suak dedua versi...sup @ goreng.... lapar plak memalam ni haa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah la kan... yang sup @ stim tak cuba lagi ni.. harus try ni..haha.. tq..

      Padam
  6. Wah 3 bahan je, blehlah cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kak... dah try bagitau eh... skrg ni ditimpa dugaan nak BW blogg kawan-kawan pun tak sempat..

      Padam
  7. Balasan
    1. kan kak... lelagi orang dah buatkan...tinggal makan je...hehehe

      Padam
  8. Siapa tak suka kalau dpt
    Rangup di luar sedap isinya pula:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat tu kakzakie... hish... terbayang pulak lagi kesedapannya... manis intinya kak...

      Padam
  9. Salam sis.. Nmpk mcm sedap.. InsyaAllah nnti akn dicuba.. 😍😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang gerenti hasil sedap walau bahannya sikit... cubalah...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum