Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 6 Januari 2017

Kat mana nak cari biskut Gery Saluut Malkist yang sedap ni?

assalamualaikum semua,

dari 2 minggu lepas aku tengok orang sibuk betul viralkan pasal satu biskut ni, biskut Gery Saluut Malkist.. aku tau pun bila ada sorang kawan mulakan cerita dalam group whatsapp.. katanya siapa ada orang ngidam-ngidam nak makan.. pelik jugak kan ? sedap benar ke ? 

biskut viral
biskut Gery Saluut Malkist


dan yang aku tau dari seorang kawan yang duduk di Sarawak, katanya biskut ni sebenarnya di jual di Indonesia.. tapi tak pasti pulak boleh masuk ke pasaran Malaysia ataupun tidak.. yang pastinya tetiba je benda ni popular.. siap ada yang kongsikan resipi macamana nak buat biskut Gery DIY lagi tu.. yang resipi tu ada kawan dah tag dan aku dah beli jugak bahan-bahan dia.. nanti kalau aku dah cuba aku bagitau ok..

kali ni aku cuma nak kongsikan kat mana korang boleh dapatkan biskut ni dengan mudah.. macam aku aku cuma beli je ni.. mudah kan ? hehe.. 

kalau ikutkan memang dah ramai yang jual biskut Gery viral ni.. memang meletup la dia punya jualan.. kalau kat Kuantan ni pun dah ramai jugak yang jual.. tapi harganya tu la.. mahal tak menahan wei.. macam boleh kumpul modal tukang jual tu untuk bayar dia punya tiket kapal terbang je.. hahaha...

kalau untuk aku selagi tak mengidam aku akan cuba la cari yang lebih berbaloi.. maunya tak kan.. dah ada family besar gini la.. kena cari alternatif supaya semua orang merasa.. 

dan alhamdulillah.. akhirnya aku jumpa jugak tempat yang jual Biskut Gery Saluut Malkist ni kat kuantan ni tau.. jumpa kat mana tu ? Jumpa kat Pasaraya Mydin Kuantan je.. haha.. mudah kan ?

gambar dalam kereta pun jadi.. punya la tak sabar nak rasa tu


kat Mydin ni diorang jual sebungkus macam ni cuma RM3.20 je satu.. boleh la kan ? dalam tu ada dalam 10 keping biskut gula yang disalut keju.. berbaloi la jugak.. kami beli dua bungkus aritu.. sudahnya mak bapak dapat makan sikit je tau.. teringat cikgu add math aku dulu pernah cakap.. korang kalau nak makan apa-apa sila la makan masa korang takde anak.. kalau dah ada anak esok-esok memang tak merasa la... hahaha.. betul rupanya..

tapi alhamdulillah tak sesia la membeli dan merasa.. dengan rasa biskut gula dia yang ranggup dan rapuh sangat disaluti keju yang berlemak tu... pehhh... memang hancur diet... hahaha.. eh penimbang mana penimbang ?


Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murah.
Member opis jual sampai rm5 !