Hotel Mihrab, Hotel bajet di Putrajaya - Cerita Ita                                                             Hotel Mihrab, Hotel bajet di Putrajaya Langkau ke kandungan utama

Hotel Mihrab, Hotel bajet di Putrajaya

assalamualaikum semua,

hari ni aku bermalam di Putrajaya untuk hadiri mesyuarat esok.. dan sejak semalam aku dah cari hotel untuk duduk sementara tunggu hari mesyuarat.. dan alhamdulillah aku dapat cari maklumat melalui google pasal Hotel Mihrab atau Mihrab Hotel Purajaya yang merupakan hotel bajet di Putrajaya ni..

hotel bajet putrajaya
Mihrab Hotel Putrajaya


kalau sebelum-sebelum ni aku suka cari hotel di kawasan berdekatan macam area Kajang, Bangi atau Serdang.. atau pun aku menginap dekat Puspanitapuri kalau semua ahli keluarga ikut sama.. tapi disebabkan kali ni aku sorang dan aku malas nak cari hotel yang jauh-jauh.. makanya aku cari yang berada di kawasan Putrajaya je la..

kalau aku sorang-sorang memang jarang sangat aku nak duduk hotel yang mahal-mahal sangat pun.. asal ada tempat nak tidur dengan selesa tu pun dah cukup sangat dah.. tapi kalau dapat WIFI laju tu bonus.. haha..

dan kali ni aku rasa aku boleh bagi 4 bintang kat Hotel Mihrab Putrajaya ni tau.. 4 bintang untuk hotel bajet la.. sebabnya.. aku tengok semua kelengkapan cukup.. alhamdulillah.. ada disediakan jugak sejadah dan Al-Quran Terjemahan untuk dibaca.. 

molek je katil dia dan bersih

ada disediakan sejadah tersedia dalam bilik, pintu yang ada cermin tu bilik air


walaupun ruang biliknya tidaklah begitu besar berbanding dengan hotel lain tu tapi aku rasa selesa  dan berpatutan dengan harga jika dikira berdasarkan lokasi.. macam bilik yang aku duduk ni bayarannya RM100 untuk semalam.. aku rasa harganya berpatutan sebab aku pernah menginap di satu hotel dengan bayaran yang sama tapi biliknya terlalu kecil sampaikan masa nak solat tu terpaksa bersolat atas katil.. serik terus..

pasal lokasinya pulak dia berada di Jalan Diplomatik, dan macam kat Precint 15 ni rasanya.. maaf kalau salah info ye.. tapi kedudukan hotel yang sangat strategik yang mana berhadapan dengan Mydin Putrajaya, serta tempat makan bermacam pilihan ada di sekitar hotel je.. pilih je nak apa.. semua ada kat bawah tu.. kedai makan melayu, kedai makanan arab dan restoran mamak pun banyak..

betul-betul berhadapan dengan Mydin Putrajaya


aku pilih kedai makan melayu malam tadi dan makan bihun tomyam.. kuah dah ok cuma bihunnya pulak tak celur.. aiseh.. kacau selera betul bila makan mihun macam tali tangsi.. hihi.. 

persembahan ok dah tapi rasa pulak gagal


eh lupa nak kongsikan pasal perkhidmatan lain.. siaran tv kat hotel ni sangat bagus pada aku.. jelas dan dapatlah tengok semua saluran tv yang asas tu.. macam tadi dapat jugak aku tengok Drama Biarkan aku jadi penunggu kat TV3 tu kejap.. dan yang paling best ialah Wifi dia yang agak laju tau.. sampai dapatlah aku update blog ni haa.. hehe.. jom tidur.. esok hari yang panjang akan bermula..

Update 14/1/2023 : Hotel Mihrab sudah ditutup operasinya.

Ulasan

  1. Betullah tu, kita bukan nak berendam dalam swimming pool pun haha.... yg penting selesa. Murah lagi bonus hihi...
    Diaorang ni agaknya kalau mee berkuah mcm tu suka tak celur dulu kot meenya. Hakak pun selalu terkena.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum