Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Apakah ciri hard disk terbaik?

Assalamualaikum semua,

kali ni aku nak tulis pasal perkara yang berada di ruang lingkup aku sekejap walaupun benda ni memang selalu aku guna.. boleh katakan semua orang perlukan hard disk drive (HDD) dalam kerjaya di zaman IT sekarang ni kan ? aku pun tak lari jugak tapi hard disk terbaik yang pernah aku ada cuma yang macam kat gambar bawah ni la.. dah lama pun guna.. alhamdulillah setakat ni tahan lasak..

Apakah ciri hard disk terbaik ?
Apakah ciri hard disk terbaik ?

Ciri-ciri hard disk terbaik

cuma kalau boleh teringin sangat nak cari pengganti yang baru.. dan kalau boleh yang ada ciri-ciri hard disk terbaik yang aku idamkan.. dalam pada tu terfikir jugak apa sebenarnya antara ciri-ciri hard disk drive yang terbaik ni.. disebabkan aku tak berapa mahir jadi aku cuma senaraikan ciri-ciri yang aku nak cari je la..antaranya..

1. Nipis dan mudah dibawa


nipis



cewaaah... ye la kan.. selalu kita guna hard disk ni untuk simpan apa saja yang penting di mana-mana saja kita pergi.. macam kerja aku sekarang ni kadang-kadang perlukan aku keluar dari pejabat untuk menghadiri kursus atau menyampaikan ceramah jadinya tentu akan ada sesi mengeluarkan hard disk untuk kegunaan ni.. ciri-ciri nipis tu sesuai sangat untuk dibawa kemana-mana..

mudah dibawa 


2. tahan lasak


hard disk tahan lasak




kenapa aku nak cari hard disk yang tahan lasak ? korang kena faham.. menjadi seorang mak yang anak ramai ni peluang untuk setiap benda yang korang pakai jatuh berkecai tu memang akan ada tau.. jadi keperluan untuk cari hard disk drive yang ada ciri-ciri lasak ni memang utama la pada aku.. kalau jatuh pun takde la korang nangis berlagu pulak kang..


3. kalis hentakan dan air

kalis hentakan



kalis hentakan dan air ni penting tau.. penting sangat untuk jaga semua dokumen penting dalam tu..


kalis air


4. kapasiti besar


hard disk drive yang mempunyai kapasiti besar ni memang jadi keutamaan la.. sebabnya aku cuma bawak satu je hard disk drive untuk simpan semua benda.. sangat praktikal kalau jenis yang suka travel atau bekerja ke sana sini terutama bila kena mengangkut banyak keperluan yang lain tu.. belum lagi kalau sentuh part hard disk korang jadi tempat simpan segala jenis cerita kartun untuk rujukan anak-anak lagi.. #eh..

5. bergaya


bergaya


jangan cakap ciri bergaya ni tak sesuai ok.. ramai je orang yang di luar sana tu cari barang untuk bergaya.. jadi kalau korang dapat beli barang untuk kegunaan di samping tu dapat bergaya tu dah kira satu bonus kan.. haha dan bergaya tu perlu untuk menampilkan imej lebih yakin.. siapa setuju dengan aku ?


6. kelajuan

kelajuan memindah data


ada kelajuan yang bagus untuk korang simpan data atau transfer data ke mana-mana.. haa.. yang ni pun penting terutama kalau nak benda cepat semasa meeting tu..


7. harga berpatutan


kalau sebut pasal harga hard disk drive ni ada bermacam-macam yang dijual di pasaran sebenarnya.. tapi nak cari yang berpatutan dengan semua ciri-ciri yang aku cari atau senaraikan kat atas tu haruslah kena cari banyak kali.. tapi sekarang ni pilihan ada je di hujung jari.. klik-klik je boleh cari.. 

Kalau nak tau lanjut pasal apakah ciri hard disk terbaik boleh klik "HARD DISK TERBAIK"

Ulasan

  1. Dah survey lum? Kalau belum pergi cari sekarang....jangan risau, tak jumpa kat Kuantan, mai databg KL hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus