Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

#GooseySelfie MyTOWN Shopping Centre menawarkan hadiah bernilai RM10,000 !

assalamualaikum semua,

sempena hari baru di tahun baru 2017 ni aku nak kongsikan dengan korang semua pasal satu pusat membeli belah baru iaitu MyTOWN Shopping Centre yang akan dibuka pada awal tahun 2017 ni tau.. menarik bunyinya ek ? kalau nak tau kemunculannya jugak datang bersama hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000 tau !

MyTOWN Shopping Centre


lokasi MyTOWN Shopping Centre ni strategik dan sangat mudah nak jumpa tau.. sebabnya kerana ianya bersambung dengan IKEA Cheras.. aku pernah ulang alik dari Kuala Lumpur ke HUKM sebelum ni memang nampak jelas dari jauh IKEA Cheras tu.. sangat senang nak pergi.. dan ianya akan dibuka pada awal tahun 2017.. jadi boleh tengok facebook MyTown ni untuk hadiri pembukaannya nanti.. 

location
Lokasi MyTOWN Shopping Centre


Pusat membeli belah ni akan mempunyai lebih kurang 460 buat lot kedai dalam pusat setinggi 5 tingkat yang berkonsepkan F & B dan jugak retail.. sesuai sangat la untuk mereka yang ada family yang mencari tempat untuk menghabiskan masa bersama keluarga.. 

bersempena dengan kempen pra-perlancaran MyTOWN Shopping Centre ni jugak ada pertandingan #GooseySelfie yang sangat senang tetapi menawarkan hadiah lumayan sehingga RM10,000 tau.. jom tengok macamana nak masuk peraduan ni..


Syarat peraduan #GooseySelfie


1. Masuk ke laman web https://www.gooseyselfie.com.my/

2. Tekan "Join Now"

3. Tekan "Start"

4. Login dengan akaun Facebook korang

5. Muat turun atau ambik gambar selfie korang 

6. Goosify gambar selfie korang dengan elemen goosey

7. Tekan "Submit"

8. Kongsikan penyertaan korang di Facebook menggunakan hashtag #GooseySelfie


dan untuk pengetahuan korang 10 pemenang akan dipilih setiap minggu tau.. dan takde pulak tu limit berapa penyertaan yang boleh korang hantar.. jadi jom la sertai sekarang.. mana la tau ada rezeki korang berpeluang dapatkan hadiah bernilai RM 10k tu kan..

ini penyertaan yang aku cuba hantar.. jangan gelakkan ye.. maklumlah aku ni kan jenis pemalu.. huhuhu.. tengok la Ms Asparagoose & MyTown Goose Squad.. hahaha..


#GooseySelfie oleh Cerita Ita 


untuk maklumat lanjut korang boleh ikuti facebook MyTown Shopping Centre di 

        Facebook Page MyTown Shopping Centre















Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus