Syukur.. Allah masih beri peluang.. - Cerita Ita                                                             Syukur.. Allah masih beri peluang.. Langkau ke kandungan utama

Syukur.. Allah masih beri peluang..

assalamualaikum semua,

sihat ke semua hari ni? semalam aku ada update kisah kami pergi makan-makan masa atas bas kan? dan hari ni nak cerita pulak kisah mengenai bas semalam.. kisah yang nyata jadikan diri aku berfikir bermacam perkara selepas tu.. lepas abis majlis semalam.. nanti aku kisahkan majlis apa ye.. aku terus ambik bas balik ke Kuantan..

tragedi bas ekspress

tiket bas aku dah beli sesiap online.. ada aku ceritakan melalui beli tiket  bas online.. jadinya kerja aku dah senang kan ? tapi aku malas nak cerita pasal beli tiket tu lagi macamana.. korang boleh la pergi baca entri tu sendiri ok.. 

kali ni aku nak cerita pasal tragedi malam tadi.. ditakdirkan aku ni ke KL bersama dengan sorang lagi kawan aku.. kami bertolak dari Kuantan jam 8.45 pagi semalam dan akhirnya pulang semula ke Kuantan mengikut bas yang dijadualkan bergerak pada jam 8.50 malam.. tapi ntah macamana rezeki kami lagi bas bergerak 5 minit lebih awal dari yang dijadualkan.. macam serasi pulak dengan angka 8.45 tu kan ? adakah nak dapat rezeki berganda mungkin.. mana la tau kan..?

dan selepas semuanya penumpang memenuhi tempat duduk bas, bas pun bergerak.. ramai jugak dalam bas ni.. ada lebih kurang 20 orang gitu la.. kalau tak salah kerusi untuk penumpang ada lebih kurang 24 buah.. dan hampir kesemua tempat duduk diisi penumpang.. dan pemandu pun meneruskan perjalanan dari TBS menuju ke Kuantan melalui MRR2..

tiba di suatu kawasan di MRR2 tu, aku terdengar bunyi yang agak kuat.. bunyi macam benda patah tapi memang kuat la.. hati dan cuak bila nampak pemandu bas mula memperlahankan bas untuk cari tempat untuk berhenti..

hati yang tak sedap aku rasakan tu betul rupanya.. tak lama dari tu terdengar pemandu menghubungi samaada rakan atau syarikat bas yang beroperasi untuk maklumkan kerosakan yang dialami bas kami ketika tu.. aku cuma terdengar macam bunyi-bunyi hydraulik macam tu la kalau tak salah.. dan cuma terdengar pemandu berkata, "ok..ok aku tengah cari stesen minyak  nak berhenti ni".

hati terus rasa cemas... aduhai.. macamana ni.. masa kejadian tu lebih kurang jam 9.15 malam.. ramai yang aku perhati tak perasan akan keadaan bas ketika tu.. kawan aku yang duduk di belakang pun tak sedar.. dan aku terus call shah yang masih dalam mood standby untuk jemput aku kalau aku tiba dari KL yang dijangka tengah malam tadi..

bila aku call je, shah dah susah hati.. "kalau hydraulik teruk la tu.. ambik masa nak repair... ada bas ganti tak?" kata shah.. aku cuma mampu jawab tak tau je.. sebab sebenarnya pemandu tak nyatakan apa-apa keadaan pun pada kami ketika tu.. kami ni tercenggang-cenggang di dalam bas yang sedang berhenti..

di kawasan ni la penumpang dialihkan..


ramai penumpang lelaki dah mula turun ke tandas atau melepak menghisap rokok di tepi jalan.. pada ketika tu bas berhenti di tepi stesen Petronas berdekatan dengan Tesco Extra Pandan.. lebih kurang jam 9.50 malam pemandu memanggil semua penumpang untuk naik dan beralih kedudukan bas ke bahagian tepi jalan hadapan supaya senang untuk dialihkan ke bas gantian.. masa naik semula bas dan bas bergerak ni amat menakutkan.. bahagian kanan belakang bas sebenarnya dah senget menyembah bumi tau.. berdebar-debar je hati bila bas bergerak..

mungkin tak jelas tapi bas depan tu dah senget tau sebenarnya..
ni view dari bas gantian..


kemudian kami menunggu lagi dalam masa lebih kurang 10 minit sebelum bas gantian sampai.. alhamdulillah bas sampai dan akhirnya kami bergerak menghala ke Kuantan tepat jam 10.10 malam.. akhirnya kami sampai di Kuantan pada jam 2.15 pagi.. syukur.. alhamdulillah.. itu je yang dapat aku sebut..

Allah berikami semua peluang untuk bernafas lagi di muka bumi ni.. tak dapat bayangkan kalau tiba-tiba bas yang kami naiki tu mengalami kerosakan masa tengah dalam keadaan laju di lebuhraya nanti.. apakah nasib kami agaknya.. tentu akan keluar di muka hadapan akhbar agaknya.. nauzubillahimindzalik.. nikmat yang mana satu yang hendak kau dustakan ita.. ? Allahuakhbar !

Ulasan

  1. alhamdulillah takder apa yang serius berlaku

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah,mujor masih diawal perjalanan....

    BalasPadam
  3. Perghhhh...suspen jugak mak baca hokey.
    Alhamdulilah semuanya selamat.

    Sekarang ni naik bas pun seram yek Ta lebih lebih lagi kalau perjalanan waktu malam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum