Logo KBBA

Sabtu, 11 Februari 2017

adik hadi mencuba petua selsema

assalamualaikum semua,

hari ni kami ada kat kampung, rumah mak shah.. adik shah balik kampung sekejap sempena cuti Thaipusam.. korang pun balik kampung ke? kami tak balik sebab Pahang tak ambik cuti untuk Thaipusam..


budak selsema tetap aktif


walau ada kat kampung tapi aku tak lena tidur sejak semalam.. hadi selsema teruk sampai tak boleh nak letak bawah pun.. suasana yang sejuk sangat kat kampung agaknya sampai jadikan adik selsema lagi teruk.. aku dah tersengguk-sengguk sambil meriba adik hadi.. aduhai gini la kalau jadi mak-mak ni.. sebab tu bila dah ada anak baru aku tau macamana pengorbanan mak abah waktu membesarkan kami dari kecik dulu..

aku belek pulak dalam beg alat-alat kecemasan yang biasa kami angkut ke hulu hilir minyak apa-apa yang digunakan untuk kecemasan.. cuma ada vick je.. aduhai.. minyak pati batook ori dengan minyak herba asmak tertinggal pulak.. kecewa abis.. 

tapi aku cuba jugak la sapu kat bawah hidung, kat batang hidung, kat betis, kat dada, belakang badan dan tapak kaki dia jugak sambil gosok-gosok supaya adik hadi rasa panas dan selesa sikit.. pastu aku tinggikan sikit bantal sebelum letak dia untuk bagi dia selesa sikit hidungnya semasa baring..

ada petua kawan bagi aritu suruh tampal bawang putih kat tapak kaki orang yang selsema tapi adik hadi ni aku cuba tak jalan la pulak.. ada jugak yang kata sapu kunyit hidup kat hidung tapi cari kunyit hidup pun tak jumpa.. ada lagi yang cadangkan suruh titiskan lemon dalam air dan bagi minum.. tapi mana nak cari lemon.. huhu.. esok kena la gigih gi beli rasanya..

ok kami nak bersiap balik dan hadiri sambutan hari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari kat De Rhu Beach Resort Kuantan.. macam jauh sangat je kan.. hehehe..


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Seorang Syed berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ala kesiannya dia selsema teruk. semoga cepat sembuh ya :)

Scha Nazri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dia dah okay belum ni? wuwuwu. risau pulak. harap2 adik hadi sembuh!

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang tak selesa kalau selesema ni....Kita yg tua ni pun susah nak bernafas kan Ta. Kesian Hadi. Tapi hakak selalu makan ubat klinik jer Ta...pas tu buh vicks kat hidung kat leher