GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA? - Cerita Ita                                                             GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA? Langkau ke kandungan utama

GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA?

assalamualaikum semua,

tetiba hari ni nak join pulak satu segmen giveaway yang agak santai.. untuk orang yang suka sangat menulis merapu macam aku sangat sesuai ok.. hehe.. terima kasih buat hawa yang sudi anjurkan giveaway ni..

klik gambar untuk join


bila ditanya soalan ini blog siapa? tak susah kot aku nak jawab pasal kat tajuk blog pun dah terang-terang tulis Cerita Ita.. ok ini sebenarnya blog yang ditulis oleh seorang  blogger yang pada asalnya menulis untuk simpanan peribadi dan bacaan teman-teman yang jauh di mata.. dan blogger itu tak lain tak bukan ialah aku sendiri yang diberi nama Rozita oleh arwah atuk ayah satu masa dulu (ambik punya la panjang intro..haha)

aku bermula menulis pada zaman adanya platform friendster pada masa dulu.. kalau generasi baru blogger mungkin tak tau.. ada banyak catatan pengalaman aku kat situ tapi sayangnya dah terpadam pulak dah... dan aku bermula di platform blogspot pada tahun 2008 apabila dikenalkan oleh kawan rapat aku sendiri dari sekolah dulu.. Adda yang jugak aktif berblog..

kerjaya aku sekarang ni ialah Pegawai Veterinar atau korang panggil Doktor Veterinar atau lebih popular Doktor Haiwan.. memulakan kerjaya pada tahun 2004 sehinggalah sekarang.. sudah berkahwin dari tahun 2006 dengan jejaka pilihan hati sepanjang zaman insyaAllah, Shah dan mempunyai 4 orang permata hati, 3 lelaki dan 1 perempuan, Abg long, abg ngah, kakak husna dan adik hadi... 

sentiasa berharap blog ini akan menjadi rujukan ilmu berpanjangan walaupun aku dah tak ada satu hari nanti.. 







Ulasan

  1. assalamualaikum... doktor Ita. kebetulan post entry Hawa pagi ni tenang haiwan, kenal pulak sini dengan doktor haiwan. anyway, terima kasih sudi join, inshaa Allah nanti Hawa akan cuba singgah sini selalu.. teruskan menulis tau. Goodluck

    BalasPadam
  2. Salam doktor, nak tanya kalu kucing dah umur 5 tahun tapi x tahu dah vaksin ke blum. lepas tu nak vaksinkan kucing tu boleh ke? kalu vaksin kat klinik haiwan kerajaan lagi murah kan? blogwalking dan sambil tu klik iklan menarik di sini. :)

    BalasPadam
  3. salam kenal Dr Rozita..lama jugak tu dah berblogging...jengah dr GA yg sama..gud luck ya

    http://sweetsourleyra.blogspot.my/2017/02/giveaway-ini-blogs-siapa.html

    BalasPadam
  4. all the best kak ^^

    singgah sini
    http://www.syahirahvaliant.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum