Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 9 Februari 2017

GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA?

assalamualaikum semua,

tetiba hari ni nak join pulak satu segmen giveaway yang agak santai.. untuk orang yang suka sangat menulis merapu macam aku sangat sesuai ok.. hehe.. terima kasih buat hawa yang sudi anjurkan giveaway ni..

klik gambar untuk join


bila ditanya soalan ini blog siapa? tak susah kot aku nak jawab pasal kat tajuk blog pun dah terang-terang tulis Cerita Ita.. ok ini sebenarnya blog yang ditulis oleh seorang  blogger yang pada asalnya menulis untuk simpanan peribadi dan bacaan teman-teman yang jauh di mata.. dan blogger itu tak lain tak bukan ialah aku sendiri yang diberi nama Rozita oleh arwah atuk ayah satu masa dulu (ambik punya la panjang intro..haha)

aku bermula menulis pada zaman adanya platform friendster pada masa dulu.. kalau generasi baru blogger mungkin tak tau.. ada banyak catatan pengalaman aku kat situ tapi sayangnya dah terpadam pulak dah... dan aku bermula di platform blogspot pada tahun 2008 apabila dikenalkan oleh kawan rapat aku sendiri dari sekolah dulu.. Adda yang jugak aktif berblog..

kerjaya aku sekarang ni ialah Pegawai Veterinar atau korang panggil Doktor Veterinar atau lebih popular Doktor Haiwan.. memulakan kerjaya pada tahun 2004 sehinggalah sekarang.. sudah berkahwin dari tahun 2006 dengan jejaka pilihan hati sepanjang zaman insyaAllah, Shah dan mempunyai 4 orang permata hati, 3 lelaki dan 1 perempuan, Abg long, abg ngah, kakak husna dan adik hadi... 

sentiasa berharap blog ini akan menjadi rujukan ilmu berpanjangan walaupun aku dah tak ada satu hari nanti.. 
Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

SITI AWADAH berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum... doktor Ita. kebetulan post entry Hawa pagi ni tenang haiwan, kenal pulak sini dengan doktor haiwan. anyway, terima kasih sudi join, inshaa Allah nanti Hawa akan cuba singgah sini selalu.. teruskan menulis tau. Goodluck

galaksi viral berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam doktor, nak tanya kalu kucing dah umur 5 tahun tapi x tahu dah vaksin ke blum. lepas tu nak vaksinkan kucing tu boleh ke? kalu vaksin kat klinik haiwan kerajaan lagi murah kan? blogwalking dan sambil tu klik iklan menarik di sini. :)

Seorang Syed berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Good luck doktor! hehe.

nohas berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Good luck, Dr..

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam kenal Dr Rozita..lama jugak tu dah berblogging...jengah dr GA yg sama..gud luck ya

http://sweetsourleyra.blogspot.my/2017/02/giveaway-ini-blogs-siapa.html

Nurul Syahirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

all the best kak ^^

singgah sini
http://www.syahirahvaliant.com/