Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 24 Februari 2017

Khasiat Buah Bidara yang sedap!

assalamualaikum semua,

Baru ni ada adik ipar aku tanya dalam group family, ada sesiapa tak yang nak beli buah bidara.. kebetulan ada kawan sepejabat yang sebut aritu keluar cerita buah bidara dalam Majalah 3 sebelum tu.. dan dia memang nak cari buah bidara ni.. aku pun terus la tanya sesiapa kawan setaman yang nak beli jugak.. tapi masa tu harganya masih mahal.. mungkin sebab dapat tempias liputan meluas dari TV3 barangkali..

buah bidara
buah bidara


tapi semalam aku ke pasar malam di sini, dapat beli dengan harga  jauh lebih murah.. jadi kami beli jugak sekilo untuk anak-anak makan.. korang pernah makan tak buah bidara ni? kalau bagi kami yang tak pernah merasa buah bidara ni  macamana, boleh ulaskan rasanya macam makan buah epal hijau yang rangup tapi berasa manis.. sedap! tak reti nak ungkapkan macamana rasanya tapi pendek kata memang sedap la..

tapi tadi aku terbaca pasal khasiat buah bidara ni.. rupanya selain rasanya yang sedap tu tersirat jugak banyak khasiat yang mungkin kita tak tau.. kalau yang menonton Majalah 3 aritu mungkin dah sedia maklum agaknya.. meh kita senaraikan apa khasiat buah bidara ni sebenarnya.

Khasiat dan Manfaat Buah Bidara


  1. Buah bidara ni boleh dimakan mentak, dijerukkan atau digunakan dalam minuman.
  2. Ianya berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Kedudukan kandungan vitamin C di dalam buah bidara adalah lebih tinggi dari limau atau epal dan bawah sedikit dari buah jambu.
  3. Buah bidara boleh digunakan dalam perubatan sebagai tampalan luka dan ulser, merawat penyakit paru-paru dan demam, juga boleh dicampur dengan garam dan cili sebagai rawatan gangguan fungsi pencernaan, pedih ulu hati dan mual.
  4. Buah bidara yang kering boleh digunakan sebagai julap ringan.
  5. Buah bidara juga boleh dibuat makanan bertepung, mentega atau pes seperti cheese dan digunakan sebagai perasa.
  6. Ianya juga digunakan untuk membuat gula-gula dan jeruk.
  7. Buah bidara juga adalah sumber terbaik bagi karotena, vitamin A dan C dan minyak lemak.
  8. Biji buah bidara boleh melalikan, digunakan untuk menhentikan loya, muntah dan sakit perut semasa kehamilan, boleh juga digunakan untuk mengelak cirit biritdan tampalan pada luka serta jika dimasak bersama minyak boleh digunakan sebagai sapuan sakit sendi.

comel macam epal kecik kan? yang kuning tu dah masak dan rasanya tak sedap


Banyak rupanya khasiat dan manfaat buah bidara ni.. baru la aku tau.. ada di sesetengah negara yang memang mengeringkan buah bidara ni supaya boleh digunakan di luar musim jugak.. banyak rupanya benda yang masih kita tak tau kan? bila digali baru tau faedah dan khasiatnya.

sumber dari SINI.





Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

SA x pernah rasa lagi..tp tau buah ni tgh viral..sedap erk..alaaaa...terus terasa nak makan...

Seorang Syed berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aikkk kalau dekat tempat saya buah bidara tu macam buah mata kucing. kalau ni buah apa eh? buah kundang kot?

Nor Azimah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tak pernah makan dan tk pernah jumpa lagi buah ni.

Ainniah Zulkefli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe tak pernah dengar apakan lagi rasa. haha :)

Mommy Muhaimin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Balas kunjungan.

Latest from me, http://lynk.my/jlwD

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Buah bidara ni ada lagu kan Ta....
Tak pernah makan Ta, tengok pun mcm tak pernah rasanya weyh. Sedap ek?

sirna dna berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sis tinggal kt mana? Kat mana nak cari buah nie sis? Teringin nak makan, hrtu pernah rasa mase pergi perlis..memang sedap sgt