Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 9 Februari 2017

Masalah rambut lelaki : gugur sampai botak!

assalamualaikum semua,

kalau ada orang yang cakap rupa penampilan tu tak menjadi ukuran tapi pada aku lain pulak.. aku memang dari awal letak beberapa ciri-ciri yang aku taknak.. haha.. bukan yang aku nak ok.. tapi yang aku taknak dan kalau boleh aku nak elakkan.. antaranya ialah Lelaki Botak !

rawatan rambut gugur
masalah gugur rambut sampai jadi botak pada lelaki


ok maaf bukan nak merendah-rendahkan sesapa pun.. aku tak kata pun orang botak tak hensem.. itu pandangan masing-masing dan itu cuma matlamat aku nak dapat teman yang ada rambut cantik.. tu je.. bukan semua pun yang kita nak kita dapat kan? jadinya dah ada jodoh yang sempurna dan sayang kita tu terima la seadanya dan bersyukurlah.. dan sekarang ni padanlah dengan muka sebab shah dah seminggu ni botak sebab tukang gunting rambut salah gunting... hmmm.. kau rasa ?

ok balik pada cerita masalah rambut lelaki ni.. tak lain tak bukan aku nak cerita pasal masalah rambut suami tersayang la, shah .. siapa lagi kan ? aku dari dulu minat gila lelaki yang ada rambut lurus yang boleh selak-selak tu.. peh.. macam macho je bila tengok diorang selak-selak rambut tu kan.. kalau tak takkan dulu aku minat gila dengan Zamani Slam, Badrul Muhayat dan Anuar Zain.. hahaha.. ok tu cerita lama.. cerita sekarang ni cuma ada sornag je buah hati yang sedang botak.. eh..

sebenarnya kalau nak tau awal kahwin dengan shah dulu rambut dia agak ok jugak.. rambut lebat sampai ke depan.. tapi ntah kenapa makin lama.. rambut shah semakin menghilang dan berundur ke belakang pulak.. hehe.. dan shah ada jugak sebut dan mula risau je tau.. pasal dia tau aku tak suka orang botak.. haha.. dan dia pun ada cakap ni mungkin salah satu puncanya ialah keturunan.. kata shah, arwah abah pun gitu jugak dulu.. 

gambar sebelum guna BON - fokus kat kepala je ye..haha


ok lepas tu mulalah sibuk nak cari penyelesaian untuk rambut shah yang makin gugur teruk ni.. dan ada kawasan dah macam nampak sangat takde rambut.. macam gambar kat atas ni la.. aku memang tak berapa risau sangat.. selagi ada rambut kan.. tapi tuan badan memang sangat risau sampai dia beli beberapa syampu yang ada tulis untuk rawatan rambut.. sampai pernah jugak cakap nak pergi buat rawatan rambut kat Yun Nam.. aku pulak yang tak bagi.. ajer..gila ke nak bagi orang lain ramas-ramas kepala suami aku ?

last-last dia cuba beli syampu yang ada gambar Jackie Chan tu.. alamak tak ingat pulak aku apa namanya.. ada formula untuk melebatkan rambut tu.. tapi dah guna berulang kali pastu macam tak berkesan ditambah pulak dengan baunya yang sangat kuat menyegat.. ok aku yang tak tahan ok.. jadi shah berenti guna.. lepas tu shah guna pulak Tyzara untuk kurangkan rambut gugur.. tapi setakat kurang gugur je la.. belum lagi nampak kesan tambahkan rambut yang hilang pulak.. 

lepas tu baru je lagi ni.. masa kami jalan makan-makan kat Hutan Bandar Bistro baru ni kat Teluk Cempedak tu ada seorang lelaki jual minyak rambut kat tepi-tepi tu.. shah tertanya pulak dia pasal krim rambut untuk lebatkan rambut ada ke tak.. laju je budak tu tunjuk kat shah satu produk ni.. BON namanya.. bekasnya besar jugak.. 250 ml kalau tak salah.. harganya cuma RM30 je satu tiub macam kat gambar bawah ni..

ini la BON yang aku nak tunjuk


dan lepas tu bermula la dengan gigihnya shah pakai siang malam tau.. sejak dari mula beli tu la.. dan aku rasa bau dia ok jugak.. tak la busuk menyengat atau kuat sangat macam bau syampu pelebat atau pelurus rambut yang selalu jual tu.. ada bau wangi jugak.. dan lepas je shah guna untuk tempoh sebulan dah nampak perbezaan tau.. meh aku tunjuk gambar selepas guna sebulan.. 


gambar selepas guna BON - nampak tak beza ?


nampak ketara kan perbezaannya ? kalau korang yang ada masalah rambut gugur sampai botak ni patut la cuba guna krim rambut BON ni tau.. memang berkesan dan harga yang berpatutan.. kalau kat area Kuantan ni boleh cari kat sepanjang gerai Teluk Cempedak tu.. ala budak yang jual tu bukak meja je kat tepi-tepi batu orang duduk-duduk tu je... ada jugak ditulis untuk menyuburkan misai dan janggut tapi shah tak cuba la pulak..

ini bukan gambar sekarang sebab sekarang ni cik abang aku ni dah botak.. asalnya dia suruh tukang gunting tu gunting sikit je kat tepi tapi eh.. eh.. dia tengok budak tu dah salah gunting je tak macam yang dia nak.. makanya dia terus bagi cadangan.. "gunting nombor 1 terus la bang"... (sila baca dengan nada seram ok)

dan dah sampai kat rumah.. aku tengok dengan muka macam apa tau.. huwwwaaaaaa... "abg botak???".. tapi boleh dia senyum simpul je macam takde masalah.. eh..eh.. dan semalam adik hadi pulak kata ayah comel bila botak.. dan dia pun nak botak jugak.. huwaaa... dugaan apakah ini? ok petang ni cari gambar Anuar Zain balik la.. eh... hahaha...
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

emalin mohd berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mungkin lepas botak rambut terus tumbuh lebat kan?