Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 7 Februari 2017

Rezeki makanan sentiasa ada

assalamualaikum semua,

nak dijadikan cerita semalam shah ada urusan dengan mak dia di Pekan sekejap.. jadinya dia balik sekejap petang semalam untuk hantarkan mak untuk selesaikan urusan.. bila balik dari rumah mak, mak siap bawakkan bekal kuah asam pedas ikan kerai atau ikan krai.. pernah tengok tak ikan kerai macamana?

Lempeng cicah asam pedas ikan kerai



ikan kerai atau krai atau nama saintifiknya Hypsibarbus sp. yang merupakan salah satu spesies ikan terkenal yang menghuni sungai-sungai di negeri Pahang.. selain dari ikan jelawat, patin, kelah,baung , belida, lampam dan banyak lagi la...

cantik kan ikan kerai ni? ~ sumber google


sebelum aku duduk Pahang dulu, aku agak pelik bila orang sebut nama-nama ikan kat area Pahang ni.. ye la.. aku kan anak jati Bangsa Johor.. mana la nak kenal perkara atau benda dari tempat lain kan.. tapi bila aku merantau lepas kerja.. terutama ke Kelantan dan Pahang ni.. alhamdulillah banyak jugak la benda yang aku kenal.. 

kalau di Kelantan dulu, aku suka sangat bila tiba musim hujan.. sebab waktu tu la orang sibuk jual putu halba kat tepi-tepi jalan.. banyak betul yang bukak gerai.. tak sampai seratus meter dah jumpa satu lagi kedai.. kiranya kalau korang terlepas nak beli gerai sebelum tu jangan risau la kat depan tu mesti ada gerai lain yang jual jugak.. putu halba ni sejenis makanan yang dibuat dari ubi kayu yang diparut dan kemudiannya dimasak macam orang masak putu piring.. sedap dimakan waktu panas-panas..

yang lagi satu menarik, etok salai.. yang ni kalau korang jumpa kat area Kelantan ada jual tepi jalan bungkus segitiga berpunjut-punjut tu sila la beli ok.. bukan kacang rebus tau.. tapi etok salai dalam tu.. sejenis kerangan yang dimasak dengan rempah.. sedap sangat rasanya walau susah nak mengopeknya tu.. kena kekuatan yang sangat gigih.. hahaha...

eh tercerita pasal Kelantan pulak dah.. haha.. maaf.. makanan di Pahang ni pulak ada bermacam jugak jenisnya.. paling aku jatuh cinta ialah Ikan Patin masak gulai tempoyak..lelagi kalau makan part kepala dia tu.. peh.. kena pulak makan yang lemak-lemak banyak tu kan.. perrghhh.. tak leh cakap la nikmatnya.. sambal hitam pahang pun tak leh lupa.. bestnya.. sedap makan dengan nasi panas.. dan yang paling pelik aku pernah makan masa awal-awal kahwin dengan shah dulu ialah Gulai Asam Rong.. yang ni menangis la.. berulang gi tandas lepas tu wei... hahaha... azab...

tapi semua tu mengajar kita untuk mengenal hati budi orang kita tau.. dari makanan la sebenarnya.. makanan pencetus keakraban dalam berkeluarga dan bersahabat.. siapa setuju dengan aku ? dari makanan jugak kita tau orang tu ikhlas atau pun tak.. 

dan semalam mak shah bekalkan Asam pedas ikan kerai yang dimasak dengan penuh keikhlasan tau.. sedapnya terasa-rasa lagi ni.. boleh rasa kasih sayang yang disertakan dalam masakan tu.. aku cuma makan lempeng je cicah kuah mak bekal tu terus rasa kenyang sampai petang ni.. alhamdulillah.. terima kasih ye mak.. buat susah-susah je.. 
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah, rezeki yg tak akan putus bila kita sentiasa bersyukur, kan. Lawo sgt ikan krai tu.. berkilat2