Logo KBBA

Khamis, 16 Februari 2017

Shah kena bedah hari ni!

assalamualaikum semua, 

hari ni aku bersiaran dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, menemani teman serumah sejak hampir 11 tahun yang lalu untuk jalankan pembedahan kecil yang dijadualkan hari ni.

pembedahan di Day Care, Tingkat 3, HTAA


mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku ada kat sini pagi ni kan? (eh2 perasan artis..haha..). bagi yang tertanya-tanya tu kalau ada ni aku nak cerita sikit apa yang berlaku sebenarnya. 

sebenarnya sejak beberapa bulan lepas shah dah mula datang untuk beberapa temujanji dengan doktor berkenaan sakit belakang dia satu masa dulu. yang sakit belakang tu dah satu cerita tapi ntah macamana pulak tetiba muncul satu dua biji ketulan timbul kat belah belakang shah. 

bagi shah pulak memula dia ingat cuma biji angin dan takde benda yang serius yang perlu diberi perhatian sangat la. jadinya dia cuma diamkan dan buat tak tau saja. tapi bila doktor buat pemeriksaan doktor terus bagi rujukan untuk buat ujian lanjut.

jadinya shah kena jalani ujian ultrasound untuk pastikan yang ketulan tu tak melibatkan apa-apa yang lebih serius. aku pun temankan shah jugak haritu dengan harapan benda tu tak serius. 

dan akhirnya perjumpaan dengan doktor pada bulan lepas , satu diagnosis telah dibuat dan doktor dah mengesahkan yang shah menghidap Angiolipomatosis, satu keadaan di mana adanya ketumbuhan lemak di bawah lapisan kulit.

2 diagnosis atas ni yang masalah sebelum ni, yang bawah tu yang baru


ada banyak sebenarnya tapi cuma 2 je ketulan yang bila doktor tekan rasa sakit sangat. walau yang lain tu sakit jugak. jadinya doktor tanya pendapat shah samaada nak buang ataupun tidak. 

2 ketulan yang perlu dibuang
dan akhirnya kami ambik keputusan untuk buang ketulan tu yang dijadualkan pada hari ni, 16 Februari 2017. kata doktor pembedahan tak ambik masa lama dan cuma bius setempat (local anaesthesia) sahaja yang akan diberi. kalau ada komplikasi atau susah nak buang baru la doktor akan beri tarikh lain untuk buang mengikut prosedur bius keseluruhan (general anaesthesia).

ini yang terpaling besar 5x5

ini kecil sikit 3x3

mesti korang nak tau apa tu Angiolipomatosis ni kan?


kalau ikut pembacaan dan pengetahuan aku, Angiolipomatosis ni keadaan di mana terdapat beberapa lipoma terbentuk dalam tisu lemak. lipoma pula ialah tisu lemak yang bergabung dan membentuk ketulan di bawah kulit. tanda-tanda lipoma ni ialah timbulnya ketulan-ketulan lembut dan bila ditekan akan terasa sakit pada pesakit. terdapat beberapa cara nak diagnos lipoma ni antaranya yang shah cuba iaitu ultrasound. sebab yang mempengaruhi terjadinya lipoma ni tak diketahui samaada sebab genetik atau bukan genetik. ada jugak kes kecederaan yang menyebabkan lipoma terjadi.  

cara rawatan terbaik lipoma ni ada 1 iaitu membuang lipoma secara sedutan lemak (lipo suction) yang biasa orang guna untuk merawat obesiti yang teruk atau membuang melalui pembedahan.  

satu lagi yang jadi tandatanya aku ialah adakah lipoma ni akan melarat dan jadikan masalah lain di kemudian hari? dan nampaknya dari pembacaan menunjukkan yang ianya tidak akan menjadi bahaya atau mendatangkan mudarat lagi teruk di kemudian hari. 

semoga segalanya Allah aturkan yang baik-baik untuk abang <3 font="">


ok aku lega la sikit bila dah baca banyak info dan diharapkan hari ni berjalan dengan lebih baik.. insyaAllah.

Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Suzie Zie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga tabah menghadapi dugaan ni, & sy doakan semoga semua urusan di permudahkan

mas saari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Moga pembedahan suami Ita dipermudahkan.

Seorang Syed berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga dipermudahkan urusan dan semoga tabah menghadapi ujian.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Moga Allah permudahkan urusan korang Ta....
Rasanya hakak dulu pun pernah tumbuh macam tu kat pergelangan sebelah bawah tangan ni. Tapi hakak biarkan aje. Lama lama hilang sendiri....

Yelah kalau terasa sakit, elok ajelah buang ....

Farah Waheda Wahid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga segalanya ok sahaja dan dipermudahkan oleh Allah SWT... done follow awak...thanks tinggalkan link di status FB Farah...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga Shah cepat sembuh, kuatkan semangat ya Ita.

Norasikin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aduh, boleh buntu kepala saya bila nak paham pasal penyakit ni. Bagaimanapun semoga berhasil dan dibawah perlindungan Allah selalu.

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

E'ehh lebih kurang macam member opiz kena.. Tp dah selamat buat pembedahan.. Alhamdulillah..