Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 10 April 2017

Apa isi bungkusan besar tu?

assalamualaikum semua,

minggu lepas ada aku tunjuk bungkusan yang besar gila kan? psstt kakak husna tak bagi cakap besar gila.. dia kata nanti jadi gila betul-betul.. hee.. jadi aku kena tukar bungkusan bapak besar.. adohai.. dah anak beranak orang Pahang, orang johor sila bertabah la ye..


bungkusan besar apa tu ita oiii?


dan kali ni aku nak tunjuk dengan korang apa sebenarnya isi perut bungkusan besar tu.. aku rasa semua orang tau kot kat Lazada aritu ada buat jualan sempena Birthday Lazada dan yang baru ni pulak ada jualan untuk Baby Fair.. disebabkan masa jualan birthday aritu aku tak dapat nak beli sesuatu yang aku idamkan.. ada aku cerita kat SINI.. jadinya aku usha je la setiap kali bukak website Lazada tu.. memang nak sangat sebenarnya tapi disebabkan masa aku nak bayar tu dah sold out dan aku anggap takde rezeki la masa tu.. tapi serius terkilan woo..

dan 2 minggu lepas masa Baby Fair tu aku jenguk lagi website Lazada nak tengok harga Drypers.. memang murah jugak dari harga biasa kat pasaran dan takde cas penghantaran.. laju je aku beli 2 kotak terus untuk stok adik hadi.. yang bestnya dia ada bagi hadiah percuma, flash card lagi tu.. suka la adik hadi bila dapat tu..


Drypers Wee Wee Dry 

eh tersenget pulak.. haha



sesambil aku beli tu aku tengok lagi la barang yang aku kata nak beli tapi kecewa tak dapat tu kan.. tetiba aku tengok elok je ada harga yang macam aku nak dan cuma ada 3 je stok dia masa tu.. laju la aku masuk dalam troli dan teruskan untuk bayar.. tapi.. alamak masa tu duit dalam akaun tak cukup pulak nak bayar.. aku terus tengok pilihan bayaran yang ada.. kalau Drypers tu boleh buat bayaran masa terima sebab yang tu terus dari Lazada.. tapi yang satu lagi ni tak boleh sebab dari pembekal lain iaitu Tesco.. alamak.. terus aku tengok lagi pilihan bayaran lain yang ada.. ok boleh bayar melalui rangkaian kedai 7 eleven.. wah menarik.. laju je la aku klik yang tu.. dan aku kena bayar dalam masa 48 jam dari masa aku confirmkan order tu..

ok meh tengok barang apa aku beli tu ye.. hehehe..

cak!!!! eh budak ni pulak ada.. silap-silap..hehe




sebenarnya kan aku ada cakap yang oven aku dah rosak sejak tahun lepas lagi kan.. lepas tu terus aku agak kurang masak menggunakan oven sebab aku cuma ada satu oven lain yang comel lote tu je.. dahlah kebanyakan gajet baking aku tu bersais agak besar.. jadinya aku banyak gunakan kek dan kuih yang resepinya banyak guna kukus je la.. sebab tu aku selalu juga usha harga oven kat mana-mana website dan kedai-kedai elektrik.. setakat ni belum dapat yang harga mampu milik..


haa.. ini isi bungkusan tu yang betul.. Oven Faber 42 Liter


tetiba pulak aritu kat Lazada ni Tesco buat promosi oven jenama Faber yang 42 liter tu cuma berharga RM189.. kau rasa tak terkejut aku tengok harga tu? sebab oven yang rosak ada kat rumah aritu pun 42 liter jugak.. aku beli dengan harga RM300++ tak salah masa tu.. teruja betul la bila tengok ada pulak promosi tambahan dari Tesco dapat lagi diskaun 15%.. tapi tambahan diskaun ni masa aku tak dapat beli aritu la.. masa yang baru aku beli ni tambahan diskaun tu dah takde.. rugi.. ada lagi kos tambahan penghantaran RM17.. jadinya satu oven tu berharga RM206.. ok la kan?


ada kotak dalam kotak..


bersama dengan oven Faber ni disertakan jugak 2 hadiah percuma.. ada dapat buku resepi tau.. sakan aku membelek buku ni.. 


ada banyak resepi best dalam ni.. boleh cuba nanti


anak dara ni pun sibuk nak belek jugak.. sambil bagitau.. "yang ni kita takde lagi kat rumah"..hahaha


ada jugak satu lagi apron yang cantik.. saya suka.. saya suka.. aku sebenarnya tak sangka sangat dapat 2 lagi barang percuma disertakan dengan oven ni.. jadi sangat-sangat la berasa puashati beli dengan harga tu.. 


aksessori yang ada dan apron cantik..

ada banyak fungsi boleh gunakan oven ni.. diantaranya boleh panggang ayam jugak.. ada dibekalkan sekali besi pemanggang dalam tu.. teruja aku nak cuba.. yang paling best kat belah bawah dia ada satu tray untuk takung tau.. mana tau korang nak panggang ayam ke kan.. boleh la pasang tray nu untuk takut kalau-kalau ada air yang menitik masa panggang ayam tu.. haa.. yang ni masa beli oven lama dulu takde dapat macam ni..menarik!


cadangnya dalam minggu ni aku nak cuba buat kek marble la guna oven tu.. ada resepi guna resepi mak yang aku rasa sangat sedap sejak dulu lagi.. sejak aku kecik kalau ada kenduri kendara di kampung kami mesti mak akan bawakkan kek marble istimewa mak ni.. dan tak pernah la orang cakap tak sedap.. nanti aku dah cuba dengan oven baru ni aku kongsikan ye.. doakan kerajinan aku menggunung tinggi tau.. chaiyokk ita!

eh lupa Lazada buat promosi sempena minggu kesihatan sekarang ni.. banyak jugak la promosi barangan kesihatan termasuk gajet kesihatan untuk periksa tekanan darah dan kandungan gula tu.. korang boleh klik banner kat bawah ni untuk tengok..


Lazada Malaysia
Promosi Lazada


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

SITI AWADAH berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh shopping sakan! :D

Bahrain Ramlan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow..shopping sakan tu.. besar2x smua barang2xnya. hehe

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhhh best !